
Kita anggap, diberi layanan istimewa oleh kerajaan sebagai satu perkara yang mulia. Sebenarnya tidak mulia. Umpamanya, kalau di dalam negara, kita perlu diberi perlindungan sepanjang masa, keadaan kita samalah seperti orang Red Indian yang terpaksa dilindungi kerana begitu lemah dan ini akan menjadikan kita bertambah lemah (lihat Utusan Malaysia 16/6/02 "Saya kecewa dengan Melayu")