Empat dilantik anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah
12/12/2011 11:50am
ALOR SETAR 12 Dis. – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah hari ini melantik satu Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan dengan sempurna selepas keberangkatan baginda ke Istana Negara esok.
Anggota jemaah yang dilantik terdiri daripada adinda baginda, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.
Tunku Annuar dilantik sebagai pengerusi Jemaah Pemangku Sultan.
Istiadat pemasyhuran Jemaah Pemangku Sultan berkenaan diadakan di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.
Upacara mengangkat sumpah semua anggota jemaah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun.
Sultan Abdul Halim akan berangkat ke Istana Negara esok bagi melaksanakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun. – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KESILAPAN LALU
1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...
-
Dengar betul²... Tak kira apa bangsa.. Tak kira apa ugama.. Tua atau muda.. Sabah Sarawak atau Semenanjung.. Missi utama buang Naji...
-
PAS dan umno elok bersatu kalau nak PH tewas. PAS perlu jaga imej jangan sampai calonnya tewas pada AMANAH. PAS wajar dibubarkan jika AMA...
-
Indonesia sudah 5@6 kali tukar Presiden dari parti yang berbeza hinggalah sekarang dengan ratusan juta penduduk ribuan pulau dan ratusa...
No comments:
Post a Comment