Empat dilantik anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah
12/12/2011 11:50am
ALOR SETAR 12 Dis. – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah hari ini melantik satu Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan dengan sempurna selepas keberangkatan baginda ke Istana Negara esok.
Anggota jemaah yang dilantik terdiri daripada adinda baginda, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.
Tunku Annuar dilantik sebagai pengerusi Jemaah Pemangku Sultan.
Istiadat pemasyhuran Jemaah Pemangku Sultan berkenaan diadakan di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.
Upacara mengangkat sumpah semua anggota jemaah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun.
Sultan Abdul Halim akan berangkat ke Istana Negara esok bagi melaksanakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun. – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUJAH INI MUNGKIN KURANG TEPAT
Harga Emas Jatuh Teruk Hari Ini! Tapi… Inilah Hakikat Sebenar 👇 Harga emas menjunam RM60! Harga emas telah menjunam pada 28 Okt Oktober 2...
-
Memang le berok² ni terkejut sebab selalu diberi dedak..disuap. dicucuk hidung Apakah menderma untuk tabung bagi tujuan membayar huta...
-
Kepada ahli UMNO, sejauhmanakah di masa sekarang penerimaan parti anda di kalangan rakyat. Jawablah dengan jujur. Bolehkah parti ini sur...
-
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
No comments:
Post a Comment