Saturday, December 17, 2011

UMNO dilihat kuat..

Pertelingkahan pembangkang membantu UMNO dilihat kuat..

17/12/2011 4:22pm

PONTIAN 17 Dis. – UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan dalam pertelingkahan terbuka yang kini berlaku di antara beberapa pemimpin kanan pakatan pembangkang, kata ketua penerangannya, Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, pertelingkahan yang berlaku sesama pemimpin pembangkang itu merupakan bukti jelas bahawa pakatan pembangkang sedang berhadapan dengan krisis.
"Apa yang berlaku pada pembangkang seperti Lim Boo Chang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pertelingkahan di antara Karpal Singh dan Dr P. Ramasamy serta Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa adalah petanda krisis terkini yang berlaku di dalam pembangkang.
"Ia tiada kaitan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Jikalau mereka keluar daripada PKR dan masuk Gerakan, ia adalah tarikan kepada apa yang kita buat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ahmad berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan tanaman semula kelapa sawit dan getah oleh RISDA kepada pekebun-pekebun kecil Parlimen Pontian di Parit Haji Sapran.
Beliau mengulas dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam bahawa Hassan, yang merupakan exco Selangor dan Nasharuddin, bekas Setiausaha Agung PAS, telah ”terheret” ke dalam agenda UMNO untuk melemahkan parti itu. – BERNAMA

1 comment:

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...