Monday, January 14, 2019

SATU DEMI SATU GELAGAT MENTERI MEMBURUKAN KERAJAAN DAN TUN PADA PANDANGAN RAKYAT..

BERMULA dengan kulasegaran, Mujahid, Maszlee, waytamoorthy, Lim GUAN eng, KINI Muhyiddin..

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/pas-persoal-peruntukan-kepada-kolej.html

Gelagat Muhyiddin atas alasan tak sedar sangat lemah, APA yang dia sebok sangat?
Di Mana setiausaha sulitnya?  tak buat kerja?
Mencampuri URUSAN Ketua Setiausaha Negara dalam URUSAN Penjawat Awam tidakkah sangat melampau?








Sunday, January 13, 2019

POLITICAL COMEBACK NAJIB, ANWAR ADALAH BERBEZA DENGAN POLITICAL COMEBACK MAHATHIR, MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ...JANGAN SALAH SONDOL DAN TERKAM..

Political comeback Najib dan Anwar adalah untuk membersihkan diri...cuba menafi dan memadam rekod hitam lepas dan  lampau...all the best, selamat mencuba..

Peribadi nombor wahid, Negara nombor tiga?

Anwar baru mengakhiri sebuah episod dan sedang masuk dalam satu lagi episod baru... perjuangan mengesahkan integriti politik dan kepimpinannya di kalangan kawan kelompok lawan dan pembangkang.

Najib baru saja di mukaddimah dalam satu episod tuduhan dan pendakwaan yang sangat panjang,

Documented - bukan sekadar tuduhan A sondol B, tetapi soal pengkhianatan kepada rakyat dan negara.



Political comeback Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz adalah untuk selamatkan Malaysia.. membuktikan kemenangan akhirnya akan berada di pihak benar.

Meletakan mereka dalam missi yang agak mustahil - anti korupsi anti kroni di tengah tengah kemuncak pemimpin²  yang baru dapat kuasa...
Cabaran untuk bangkit ketika Negara lemas di lautan hutang.

Umno Dan najib masih bernasib baik Dan kekal RELEVAN untuk tempoh 2018/19 kerana kedudukan ekonomi Negara masih mengecut.
Nasib mereka akan berubah menjelang 2020.







Sejarah akan ditulis.


EKONOMI DAN SENTUHAN TUN, NILAI 17K SEKELIP MATA MENJADI 5J..



Jauhari jua mengenal maknikam...
Kebijaksanaan TUANKU Sultan meraikan tetamu berada di class tersendiri dan tertinggi...

Saturday, January 12, 2019

NAJIB KENA FIKIR DENDAM RAKYAT KEPADANYA...JANGAN BUAT BUAT LUPA..


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berharap perbezaan pendapat antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sampai tahap berkelahi dan berdendam.
Bekas perdana menteri itu berkata, orang Melayu tidak patut mempunyai sikap sedemikian, sebaliknya kepentingan negara perlu menjadi keutamaan.
“Kita boleh ada perbezaan pendapat, tetapi kita taklah orang kata sampai berpatah arang. Ini bukan sikap orang Melayu. Tak berkelahi teruk-teruk sangat.
“Saya harap kita ini beza pendapat, tetapi mestilah utamakan kepentingan negara, ini penting.
“Kalau kita ada niat nak balas dendam kesumat, benda ini akan berterusan. kalau buat hari ini, esok akan berlaku balik…jadi bila nak berkesudahan? Apa jadi pada politik negara kita?” katanya dalam program bersama penduduk di Kerinchi, hari ini.
Beliau menjawab soalan jika Dr Mahathir pernah cuba menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka berdua.
“Setakat ini tiada sebarang isyarat. Tetapi, jika anda mahu tanya, anda patut tanya beliau,” kata Najib.


# MAAF, Komen terdahulu yg terdelete..

RAKYAT PILIH KERAJAAN MEMERINTAH TANPA PERLU CAMPURTANGAN.. BIARKAN IA JADI SATU KETETAPAN, SATU KAPAL SATU NAKHODA SAHAJA...


Sokong atau jadi pembangkang.. pilihan yang tepat kepada mereka yang cenderong berpolitik secara berlapang dada.

Sampai masa rakyat menggunakan hak dan budibicara memilih kerajaan MELALUI Pilihanraya...

Rakyat bertanggungjawab kepada SELURUH kaum dan kepentingan Negara TANPA kepentingan peribadi atau kelompok kecil SaHAja.

Rakyat samasekali tidak akan mengatasi atau mencabuli demokrasi berpalimen dan raja berperlembagaan.

Rule of laws.







#Rule of laws JUGA bermaksud rasa bahagia dan sukacita sangat² kerana dapat  menghalang dan menapis komen² maki hamun dari disiarkan.

Friday, January 11, 2019

ANTARA CONTOH KAKI FITNAH MAKAN KASUT SENDIRI.. @ EAT YOUR OWN SHOES


KINI PERJUANGAN ANWAR LEBIH JELAS..



Bukan jawatan yang diburunya (?)..alhamdulillah, cakap serupa bikin.. beri peluang pada Tun dan Kabinet termasuk Azizah uruskan Negara..

Sikap Anwar jika berterusan begini akan menjadikan penyokongnya insaf diri dan berdisiplin, tidak mengada ngada macam budak kecik minta jilat aisakrim, tak perlu "jolok" Tun hari²... 

Kerajaan akan lebih fokus, parti KURANG bercakaran sesama sendiri dan rakyat hidup lebih Aman..

Sampai masa gantilah Tun..






Bagaimanapun  berhati hatilah dengan media dan kenyataan kedua belah pihak yang mungkin memberi maksud berbeza dari kenyataan Anwar dan Mahathir, ke arah melaga lagakan..

Berhati hatilah bila tiba² musuh BERCAKAP sesuatu yang baik tentang seterunya...




Mungkin ramai yang boleh TERIMA Dan bersetuju Anwar GANTI Tun..
Tetapi Anwar harus berhati hati dan berwaspada supaya kesah peribadi masa lampaunya tidak diselitkan bersama...

Siapa menzalimi siapa?

Perbicaraan panjang masa bertahun dengan puluhan peguam termahal dengan segala karenah diperhatikan rakyat dan keputusan Hakim ayat demi ayat dibaca dan difahami oleh rakyat....

Siapa menzalimi siapa?

Hingga sekarang pun, rakyat sedang memerhati kamu..
Rakyat lebih ikhlas, lebih benar, lebih adil dari pemimpin..

Rakyat tidak menzalimi pemimpin, rakyat tidak berkonspirasi..



Thursday, January 10, 2019

.MENCARI JATI DIRI

Kalau tak sebut demi Melayu, orang politik Melayu akan rasa hilang modal berpolitik, rasa tawar ....
tu sebab kena sebut "demi melayu" adalah gula².. ada manis sikit

Tak sebut, macam tak ikhlas, tak real dalam perjuangan...

Tetapi bab maasyyuukkk, bab projek...duit lebih penting dari Melayu..no money - layu.

Itu sebab DAP penting untuk politik, tanpa DAP, politik Melayu jadi tak gah...kutuk Mahathir hari² pun tak jadi apa² pun...kalau kutuk DAP ada sedikit bangga..

Itu mentaliti dulu, mentaliti takut hantu, asal pokok kekabu, di situ ada langsuir.. tetapi takut-takutkan DAP masih dibuat buat relevan..

Berkawan dengan DAP akan rosak iman? 
Berkawan dengan lanun, iman makin teguh?
konfius tak?

Sebuah kesah.. lepas baca tak perlu lah pro DAP, tetapi lebihkan teguh jati diri Islam dan Melayu..

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/01/10/the-malay-boy-who-lived-among-the-chinese/

Wednesday, January 9, 2019

JOM RAIKAN CALON UMNO DI PRK CAMERON

Pertama: Malaysia tidak perlukan satu lagi wayarmati..

Kedua: UMNO mesti menang untuk kekal relevan dan diterima semua kaum.

Yang ketiga: Terpenting  Termahal untuk membuktikan umno mampu menang tanpa rasuah dan salahguna kuasa.


Paling tidak, 100% undi Melayu mesti diperolehi oleh calon umno untuk kekal diyakini sebagai satu kebangkitan semula atas kesilapan lalu.



Najib kena turun kempen, tengok berapa ramai yang cium tangan lagi dan popular....



REDHUAN TEE MEMBERI NASIHAT TERBUKA KEPADA MAT SABU SAMBIL MENGAIB? LOKMAN ADAM PUN TAK BUAT MACAM TU...


https://www.amenoworld.org/2019/01/sabarlah-abang-mat-sabu.html

ustaz pro umno anti DAP? Dari segi etika conficius apakah nilai umno dan dap banyak perbezaan?

Yang berkiblatkan Conficius, seorang yang bukan Islam, seorang kapir - kenapa diambil sebagai rujukan untuk di agungkan?

dari nilai Islam, apakah mat sabu dan najib razak adalah sama?

seorang manusia sampai bila² tetap anak pada seorang ibu bapa tetapi selepas baligh atau menjangkau usia yang lebih dewasa apakah 100% tanggungjawab kehidupan dan tingkah laku mereka masih terbeban kepada ibubapa?

sesempurna mana anak isteri kita berbanding dengan anak isteri orang lain? dan seikhlas mana kita berbanding dengan orang lain?

sesuci mana kita di depan Allah apabila kuman di seberang laut nampak dan hebohkan tetapi gajah berskandal di depan mata, kita pejam mata kunci mulut...



# Kerja² mengukur dan mempertikai  keikhlasan orang lain adalah kerja² bangang.. hakikatnya kita sendiri pun tak ikhlas pada diri sendiri, asyik cuba menipu Allah dalam kehidupan dengan pelbagai alasan....
Masih tak mengaku?








Tuesday, January 8, 2019

ANWAR KE INDIA MAKAN ANGIN OR URUSAN KERAJAAN?


Atas perbelanjaan Mana?
Jika ianya URUSAN Rasmi kerajaan, atas kapasiti APA? APA jawatan? Jika Rasmi, wajar didedah agenda, sidang akhbar Dan diikuti wartawan..

Sebelum InI Anwar dikatakan tidak Akan menerima APA² jawatan..??

Bakal pengganti Tun sebagai PM bukan jawatan Rasmi..

Separuh Rasmi separuh peribadi? Siapa yang ikuti Delegasi tersebut?
InI Malaysia Baru??

APA kata Johari Abdul?
Bukankah sepatutnya Anwar duduk dalam Negara Dan fokus menggesa kerajaan PH TUNAI janji?
Atau Johari pun turut serta?



CALON DAP DI CAMERON HIGHLAND WAJAR DITOLAK JIKA BN LETAK CALON UMNO...

Kita tidak mahu satu lagi wayar mati dan rosak muncul dari PH, perkauman yang kelat dan hitam.

MELAYU WAJIB SOKONG CALON UMNO

POLITIK ANWAR MUSA SETARAF LOKMAN ADAM..MAKIN MURAHAN



Anuar Musa sudah benar² bermain POLITIK murahan dengan menjadikan ISU perletakan jawatan YDP sebagai ISU POLITIK ke arah fitnah...apakah masih terbawa kebiasaan POLITIK umno? Tak berubah ubah.

YDP letak jawatan atas keputusan peribadi yang baik dan tepat.

Tidak wajar perletakan jawatan atau perlantikan baru cuba dipalitkan dengan percaturan luar.

Jangan hina integriti dan kewibawaan Majlis Raja² yang diiktiraf bebas dan diluar kawalan mana² pihak. Mereka mampu buat keputusan sendiri.

Siapapun Agong IA TIDAK AKAN menjejaskan pentadbiran kerajaan atau tidak JUGA memberi UNTUNG dan rugi kepada pembangkang.

Semua pihak mempunyai peranan wajib masing² yang perlu disesuaikan dan fit dengan keperluan semasa.

Monday, January 7, 2019

BENARLAH MAHATHIR ITU BENAR...

# Terkini: Tun akan menemui Sultan Johor di Bukit Serene pada  Khamis ini. Tun akan diiringi Tun Dr Siti Hasmah.


Pembawa panji hitam samada benar berlaku atau tidak, Tun sudah pun mendahului dua langkah di hadapan...
Semakin dibedil semakin gagah..



Bukan kerana dia pandai  tetapi dipelihara dipandu... dan di belakangnya ada keramat iaitu rakyat.

Cash Is King kedua duanya tewas.


Sunday, January 6, 2019

RUMAH SUDAH ROBOH, BARU PAHAT BERBUNYI...


Ini cerita karangan MB untuk orang PAS dan MAJORITI rakyat Kelantan..

Hakikatnya secara umum dan lebih jelas..
https://kadirjasin.blogspot.com/2019/01/raja-turun-takhta-raja-atas-takhta.html


Rakyat MENDAULATKAN Raja, Sultan MENDAULATKAN RULE Of Laws - Rakyat Dan Raja Berpisah Tiada.

Ruler of laws?





RAJA ADIL RAJA DIDAULAT..

DAP menunjukan kematangan....


DI MALAYSIA SIAPA YANG ADA CUKUP KEKUATAN UNTUK MEMULANGKAN SUMBER DARI SKANDAL LAMA ATAU BARU...



If any?

Boleh mulakan 
dengan Mahathir?
Paklah?
Najib?
Zahid?
Muhyiddin?
KJ?
Mantan MB Dan MB semasa?
Mantan Menteri Dan Menteri Semasa?

Tidak ketinggalan Ketua Menteri Pulau Pinang..
Hadi Awang?

Tidak juga lupa
Anwar?


SIAPA lagi yang tertinggal..



Saturday, January 5, 2019

ISU ANWAR BAKAL PM REDA..

Isu Anwar ganti Mahathir yang selalu dibangkitkan oleh penyokong Anwar atas rasa bimbang mereka kini reda, sekurang-kurangnya sementara.

Tiada sabotaj cuma ada segelintir dari PKR sendiri ada yang tidak bersetuju kata Anwar?

Kenapa tidak setuju? sepatutnya bangga?sebulat suara?unless ada yang berminat juga kerusi tersebut?tidak perlu berselindung?

demokrasi, anwar boleh terima dan kena atasi..itu ciri² awal bakal seorang PM, cuma penyokong kena lebih tenang, jangan cepat dan kuat melatah, kelak makan diri...apatah lagi kalau cuba tuding kepada pihak lain..

Sekurang kurangnya tidak bertindak tanpa arahan Anwar.
Anwar sendiri kena tegur kroninya yang tidak sabar, gelojoh, gelabah puyuh menjolok siang dan malam kot kot Tun "luruh" lebih awal...hahaha

Tanpa tegur, yang berkeliaran sudah tentu diberi lampu hijau.

Tun dan Azmin faktor gagalnya Anwar, alasan yang sangat lemah...
Jangan ada lagi strategi "langkah" formula Rafizi..
Rujuk rakyat jawapan yang tepat..

Rakyat tidak terikat dengan Majlis Presiden...
Rakyat tidak terikat dengan janji manifesto..
Rakyat mungkin u-turn..
Rakyat tak mungkin salah!!!!!!

Rakyat may say NO to Anwar..
cuma not now, belum sampai masa..

BERTABAHLAH..

Friday, January 4, 2019

BLOGGER HEBAT PUN SEKADAR 0.0000000000001% PENGARUHNYA.

Jika ada yang masih merasakan mata pena lebih tajam dari pedang..itu sudah jadi fantasi masa kini.

Utusan Malaysia pun bungkus kerana gagal mempertahankan Najib.

Mykemut, rikky antara blogger ternama, akhirnya sendiri tulis, sendiri baca.

Apatah blogger cabuk macam aku.

Yang membaca dan memberi komen, aku percaya tidak terpengaruh dengan blogger sebaliknya kebetulan sealiran atau sudah mempunyai pendapat yang bertentangan dan berbeza pendapat.

Blogger boleh buat uturn atau berapa kali nak pusing dan corner baring pun, who cares..

Dapat dedak? Juga tak mungkin...
Zaman itu sudah berlalu, hasilnya gagal..
Masih adakah yang mahu membayar untuk kena tipu dengan blogger?

JADI IMAM KERANA APA? REZEKI DATANG DARI MANA?

Elok sangat lah imam² ini dipecat..












KERAJAAN WAJAR TAMBAH BAIK DAN TERUSKAN APA YANG BAIK DARI KERAJAAN TERDAHULU...KECUALI TAMAK HALOBA, KORUP DAN LANUN


http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/bohongtelahmenang-kini-semua-tiru.html?m=1

APA KOMEN TMJ? PEDAS DARI MUKHRIZ..


http://kedahlaniie.blogspot.com/2019/01/mukhriz-jika-mahu-akhyar-rm1-pun-kita.html



# alhamdulillah sejak komen ditapis, kaki merapu malas memberi komen, blog ini tidak kejar popular dan rating...memadai sedikit komen, tapi kualiti.

Thursday, January 3, 2019

POLITIK MURAHAN, DESPERADO, MUAL, MUAK, MEMALUKAN MASIH BERKELIARAN..

Masa untuk membangunkan semula Malaysia di  bazirkan dengan agenda peribadi.

Belum habis² lagi merengek!!!!

Sangat jijik MEMOHON simpati dan menggesa pangkat dan jawatan untuk peribadi, apakah kelayakan Anwar tidak mencukupi?

Reformasi sewajarnya bukan dalam bentuk SIAPA menggantikan SIAPA dalam tempoh dua tahun lagi tetapi kualiti dan integrasi yang patut ada dan relevan pada masa itu. 

Seperti Kita JUGA tidak AKAN mempertahankan Tun sebagai PM jika prestasi dan integrasinya merosot dan merosakan Negara.

Tanpa jawatan, masih boleh sumbangkan jasa kepada Negara???
Kata² yang yang  disimpan dan digunapakai untuk orang lain.
Bila kena batang hidung sendiri, lain pula bunyinya..

Anwar BERCUTI ke Filipina, Presiden nak jumpa...
Lepas ini ke India..PM JUGA nak jumpa..
Tak cukup Hebat ke TU?

Azmin ke Morocco, jumpa Hishamuddin - takkan itu pun otai dah gigil???




# Mana² blog pun akan jadi tong sampah kalau asyik layan rengek² reforbasi.

PARADIGMA FOKUS 2019 DAN MASA DEPAN - BUKAN FOKUS INDIVIDU TETAPI ISU - ANTI RASUAH

Anti rasuah dan segala bentuk kemungkaran adalah musuh utama Negara termasuk yang mempertahankan, menyokong dan bersubahat.

FOKUS bukan lagi kepada individual dan parti tetapi APA ISU yang mereka dukong dan bawa.

Jadilah netizen yang ada disiplin ilmu sebelum kita BERLAGAK (termasuk aku) membetulkan orang lain? Boleh ke?

Salurkan masa dan tenaga lebih kepada memperkuatkan taraf ekonomi supaya kita bukan dalam kategori  kufur nikmat, MALAS dan berselindung dengan pelbagai alasan..

Worth, menuding kepada pihak lain..




#hanya komen rasional disiarkan.

Wednesday, January 2, 2019

TUN TIBAI SIN CHEW DAILY COW COW..


http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/pengiktirafan-uec-perlu-pertimbangkan.html?m=1



DAP tiada pilihan, jadikan sin chew daily sebagai tissue paper senasib utusan.

SANGAT LEMAH KALAU KITA SEKADAR MENGHARAP 2019 KERAJAAN TUNAI JANJI MANIFESTO.



Tahun 2019 perlukan kerajaan semasa terlerai dan tidak terikat dengan janji manifesto sepertimana sesetengah pihak mahu kekorupan kerajaan lama tidak lagi diungkit dan dijadikan alasan terbantutnya janji manifesto.

Lupakan janji manifesto, we need more and bigger..

Keadilan mesti pada kedua pihak.

Amat lemah dan sangat minima kalau kita mengharap sekadar janji ditepati malah kemungkinan besar hingga hujung 2019 pun masih ada yang tertangguh.

Skop yang lebih besar, jiwa yang lebih besar dan dendam kesumat busuk hati juga perlu terlerai dari kerajaan dan pembangkang untuk membangun negara tercinta.

Jika satu pihak masih berbunyi jangan salahkan satu lagi yang berbunyi.

Harapan kepada kerajaan adalah TIADA RASUAH.. tanda² gerun dan suasana "rasuah" memang menunjukan sukar untuk dilakukan sekarang..suatu petanda kejayaan awal.

Rule of laws juga memberi ruang kepada semua pihak untuk kebebasan bersuara setakat yang dibenarkan..

Dengan kepimpinan yang ada Tun, Muhyiddin, Azmin, Lim Guan Eng dan akan datang, Anwar serta yang lain tidak ada sebab Malaysia menjadi negara gagal.

Menunaikan janji manifesto adalah perkara kecil, membangunkan Negara secara pakej yang lebih besar dan menyeluruh mesti difokus dan diletakan harapan besar kepada kerajaan.










2020 wajar Malaysia kembali bangkit.

Tuesday, January 1, 2019

100 TAHUN LAGI PUN, PH TIDAK AKAN TERGUGAT DENGAN UMNO YANG MASIH MEMPERTAHAN NAJIB DAN ZAHID

Selepas Mahathir adalah Anwar.

Seeloknya Muhyiddin memberi LALUAN kepada Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Jika Anwar GAGAL mengganti Tun, calon terdekat yang paling layak adalah Azmin dan Timbalan Perdana Menteri adalah Mukhriz.

Jika ditakdirkan Muhyiddin GANTI Tun, Azmin yang paling layak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Semuanya masih terlalu awal, tiada perjanjian Tun PM hanya Dua tahun tetapi sebaiknya, serahkan kepada pengganti secepat mungkin.

Pengganti yang tulin tidak AKAN mendesak atau MEMBUAT onar. Jika terhidu, itu semua akan menjadi sebab Tun akan terus KEKAL lebih lama sebagai PM.





# Sudah tentulah Mukhriz jauh lebih baik dari Zahid dan Najib...
Kalau tak bagus, takkan pecacai meroyan...kikikikiki


Ucapan yang tepat Dan wajar dipertahan dilaksana. 


TIDAK ADA TAULIAH BUKAN HALANGAN UNTUK BERCAKAP BENAR TENTANG POLITIK, EKONOMI, ISU SEMASA, REALITI NEGARA...

  https://vt.tiktok.com/ZS8pn7xVb/   Pendekatan memakmurkan masjid sewajarnya JABATAN UGAMA mengejar penceramah yang baik Dan betul untuk di...