Bagaimanakah urusan ini dijalankan?
Pertama sekali perlu ditegaskan bahawa ini bukan program, bukan pelaburan dan bukan sebarang bentuk perniagaan. Ia hanyalah satu perkongsian maklumat berkaitan urusan jual beli emas fizikal tulen dengan menggunakan kemudahan Ar-Rahnu daripada pelbagai agensi.
Ini adalah satu kaedah bagaimana seseorang boleh memiliki dan mengumpul lebih banyak emas fizikal secara sah sebagai aset, dengan menggunakan ilmu serta kebijaksanaan masing-masing.
Urus niaga ini melibatkan tiga pihak secara telus dan sah:
-
Pembeli
-
Penjual
-
Ar-Rahnu
Kaedahnya adalah seperti berikut:
-
Pembeli membeli emas fizikal daripada penjual yang sah.
-
Pembeli hanya membuat bayaran awal sebanyak 20%.
-
Baki 80% akan diperoleh selepas emas fizikal diterima dan seterusnya digadaikan di Ar-Rahnu.
-
Wang gadaian tersebut digunakan untuk melangsaikan baki bayaran kepada penjual.
Setelah bayaran selesai:
-
Akad jual beli berlaku secara sah.
-
Emas tersebut menjadi milik penuh pembeli.
-
Emas berada di Ar-Rahnu atas nama pembeli sendiri.
-
Segala urusan seterusnya tertakluk kepada terma dan syarat Ar-Rahnu.
Apakah kelebihannya?
Potensi keuntungan diperoleh apabila harga emas meningkat.
Bagaimana dengan risiko?
Risikonya adalah seperti yang ditetapkan oleh pihak Ar-Rahnu, antaranya:
-
Bayaran upah simpan (ujrah) yang wajib dibayar apabila tiba tempoh.
-
Risiko emas dilelong sekiranya gagal menebus dalam tempoh yang ditetapkan.
Ilmu dan pengurusan yang baik sangat penting untuk mengawal risiko tersebut.
No comments:
Post a Comment