Wednesday, January 13, 2010

Kenapa kerap sangat ugut dengan ISA...


Kalau dilihat kepada kecuaian dan tiada tindakan pencegahan KDN dalam menghentikan isu 'Allah' diheret ke mahkamah ia boleh dilihat sebagai (persepsi) memang satu agenda yang sengaja dirancang oleh UMNO secara tidak langsung kerana 'tindakan susulan' seterusnya (seperti sekarang) dilihat menguntungkan UMNO dari segi dilihat sebagai memelihara Islam.

Isu ini buat seketika menenggelamkan semua agenda dan isu pembangkang dan kalau dilihat kepada 'popular', UMNO sedang mendahului walaupun suasana ini kurang baik untuk BN Sarawak.


Hishammudin tidak wajar menawarkan ISA kepada mana mana pihak dalam isu ini kerana menggunakan ISA sebagai amaran dan ugutan seolah kerajaan sudah tidak ada mekanisme pengawalan ke atas isu sekarang. ISA akan dilihat sebagai jalan paling mudah sedangkan masih banyak akta akta lain yang boleh digunakan untuk membendung masalah ini.


Malaysia mempunyai banyak akta untuk digunakan dalam isu sebaran sms palsu, pembakaran dengan tujuan khianat, hasutan dan sebagainya.


ISA jika selalu digunakan sebagai amaran tanpa tindakan, maka kerajaan akan dilihat sebagai tidak berani dan tidak tegas..


Undang undang bukan satu jalan terbaik dan juga bukan lagi menjadi 'takutan' pada mana mana pihak jika sikap hotmat menghormati sudah tidak ujud di Malaysia malahan kadang2 undang2 dijadikan senjata oleh sesetengah pihak untuk menggugat ketenteraman demi kepentingan politik sempit sesetengah pihak.


Kita sudah mencapai perpaduan maksimum di zaman Mahathir dan kini kembali 'terlepas'.. dan sudah sampai masanya Hishammudin menjadi 'juara rakyat' - juara menyelesaikan masalah.
Adakah dia 'fit' untuk jawatan tersebut...
ISA adalah untuk pencegahan - kenapa yang macam ni, jika salah fakta, tidak di ambil tindakan atau itu sebenarnya fakta??!!

2 comments:

  1. hairan juga saya kenapa pembangkang kali ni senyap pula apabila kerajaan mainkan lagu isa. kenapa tak bising2. adakah ini bermakna mereka kini dah faham bahawa isa ada gunanya?

    ReplyDelete
  2. Pembangkang sebenarnya 'dah lama faham' ISA banyak gunanya jika tidak digunakan sewenang wenangnya.

    Apa yang mereka bimbang 'mereka'lah sebenarnya pelampau yang boleh diseret oleh ISA.

    Dasar pembangkang, kalau kena batang hidung sendiri, semuanya tak bagus.

    Apa yang disyorkan ialah kerajaan sewajarnya menggunakan ISA dengan cepat dan tepat kepada sasaran sebelum isu itu belumpun sempat terjadi, itulah pencegahan namanya.

    Apa yang berlaku sekarang, kerajaan amat lembek, lemah, leka dan teragak agak untuk mengambil tindakan sehingga makin sukar untuk bertindak apabila ia sudah menjadi polemik, isu, emosi dan cakapan umum dan dipolitikkan.

    Kesan kegagalan itu, negara tidak stabil dari segi perpaduan kaum dan ugama seperti sekarang dan turut menjejaskan tumpuan yang sepatutnya dihalakan kepada kebajikan dan pembangunan rakyat.

    ReplyDelete

6ANGKA