Di induk UMNO, Muhyiddin yang pada awalnya kelihatan 'kuat dan selamat' kini tersepit.
Mat Taib dan Ali Rustam yang awalnya dikatakan mat jenin dan kutu rayau kacau daun, kini benar benar jadi hanturaya.
Di Wanita UMNO, Sharizat yang kelihatan 'selamat dan tenang' kini resah dan cemas. Rafidah yang cucu kata mari, akar umbi kata pergi pun masih mahu 'berlakon' walaupun sekadar watak nenek.
Di Pemuda UMNO, keceriaan Mukhriz tidak lama kerana saat akhir diburu 2K dan mereka di simpang tiga yang berbeza laluan walaupun sama haluan. Siapa yang akan setia kawan jika kawan makan kawan, bukan sekadar berani tetapi berani berubah.
Inilah nama nama hebat yang kini sedang berhadapan dengan mainan politik mereka sendiri dan akhirnya mereka akur, kuasa akhirnya di tangan perwakilan.
Bagi yang menggunakan wang, jika mereka tewas, mereka hilang wang dan jawatan, jika mereka menang, mereka sekadar daging busuk dan bukannya pejuang.
Bagi yang menang tidak bertanding..mereka akan berhadapan dengan diri sendiri untuk menyelewengkan kuasa atau menggunakannya dengan baik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UNTUK UMUR BAWAH 35
J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...
-
Perlantikan yang tidak sempurna sepenuhnya tetapi terbaik dan tepat kepada kekeperluan perundangan. Ia diperkenan dan dicadangkan oleh ked...
-
Klik TERKINI APA SUDAH JADI.. # orang kedah makan nasi sebab tu tak berapa nak bodo.. .. POSTING ASAL Kenapa pemban...
-
Maklumat lanjut cari sendiri.. Dah malas nak tulis panjang²...tulis panjang stau pendek memang dah tentu PH pilihan rakyat, a...
http://satublogtotal.blogspot.com/2008/11/shahrizat-kluangman-kata-muhyiddin.html
ReplyDelete