Wednesday, July 15, 2009

Nazri bagi pihak Najib telah memukul gendang perang dengan 3 Crooks


Now, these are all crooks." (Sekarang, mereka ini semuanya penyangak) http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20090714-154641.html

Bagi pihak Najib, Nazri telah memukul gendang perang, kalau semasa paklah, semboyan perang hanya dituju kepada Tun tapi sekarang ditambah lagi kepada dua muka baru yang lama, Abu Talib dan Tun Hanif - dalam lain perkataan team Najib bersedia berperang lebih besar kali ini.

Nazri mungkin merasakan kemenangan pasti di pihak mereka kerana slogan 1Malaysia telah mendapat sokongan rakyat sekarang berbanding dengan Malaysia Boleh yang pernah dibawa oleh Tun. Keyakinan Nazri makin bertambah apabila PPSMI ciptaan Mahathir pun mampu ditolak Najib melalui Muhyiddin secara terang terangan. Mungkin Nazri hanya menunggu masa untuk ulangi sekali lagi meminta Tun nyah dari UMNO !!!

Tidak seorang pun pemimpin UMNO tampil membuat teguran kepada Nazri, tidak Rais Yatim, tidak Muhyiddin...apakah menegur Nazri bererti menegur Najib - siapa berani!

Najib sudah berlepas ke luar negara dengan keadaan 'tidak tahu menahu' dan 'mungkin itu pandangan peribadi Nazri' atau 'nanti saya tanya Nazri' adalah jawapan yang klise.

3 comments:

  1. Bro, baik suruh Nazri ni diam la. Kang aku mula bukak mulut pasal dia kang! Betul kata Tun, simpan mamat ni dlm kabinet buat menyemak je. Bukan tau buat kerja pun! Jadi kepala samseng boleh la! Ish takkan najib nak guna dia?

    ReplyDelete
  2. Inilah menteri kepala batu dia inagt dia naik sendiri jadi menteri.bukan serving the rakyat lalu dia rasa dia hebat. Dialah yang paling pandai dari segala orang . tak bolih nak tegur sikit kalau macam ni punya tabiat,kalau dia sorang sakit tak apa tapi bolih libatkan orang lain terpalit, dan pandangan orang yang baru baik kepada parti kan ada ketumbuhan yang sukar di ubati . Kalau perlu orang yang macam ni tak perlu ada untuk menambah baikkan atau memulihkan . Patut dia ni hantar jadi despatch parlimen saja . baru dia tau langit tinggi rendah .Salam .

    ReplyDelete
  3. Ini lah contoh saorang politik UMNO yang bertamadun. Dia ingat dailah yang paling pandai, tetapi ditak sedar bahawa dia hanya bertaraf tukang karut UMNO di parliamen.

    ReplyDelete

6ANGKA