Friday, February 6, 2009

Nizar terlepas pandang Nik Aziz..

Keadilan melalui Anwar gagal mengawal dua exconya membawa padah kepada Nizar (PAS) yang hilang jawatan.

Tingkah laku Nizar semasa menjadi MB hinggalah ke saat saat akhir pemecatannya, gagal adalah disebabkan dia begitu menjadi telunjuk kepada orang lain hingga hilang pertimbangan dan kewarasan sendiri dan UMNO menggunakan kesempatan tersebut. Satu kesempatan yang akan dipergunakan oleh sesiapa sahaja, hatta siput b.a.b.i sekalipun.

Nizar yang berlandaskan PAS hilang cara dan watak sebagai seorang PAS - malah tidak langsung ada bayangan keIslaman seperti Ustaz Azizan di Kedah yang menjadikan Kelantan sebagai rujukan kasar. Nizar tenggelam dan lemas dengan kuasa yang datang bergolek seumpama menang loteri dalam hidupnya.

Kesilapan demi kesilapan NIzar dalam tindakannya 'mendeharka' kepada Sultan sekali lagi di eksploitasi UMNO melalui media dan membawa persepsi buruk kepada rakyat yang mula hilang simpati sebaliknya memperlihatkan Nizar lupa asal usul malah rakus dalam kuasa.

Tindakan membawa ke mahkamah hanyalah tindakan untuk menutup malu atas kekecewaan dan kegagalan pakatan Rakyat. Lim Kit Siang, Karpal Singh termasuk Anwar adalah watak watak lama dan desprate dalam tiandakan mereka, strategi dan idea lapuk. Skrip lama dan tahap membosankan.

Kesimpulannya, Najib yang sering diperlekehkan, dipersenda kerana tewas di pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu akhirnya muncul dan menang di satu negeri Perak selepas beberapa jam sahaja menjadi Pengerusi BN Perak.


Anwar sudah ketinggalan 2-10..terkejar ke..

3 comments:

  1. Jadi, kesimpulannya wang dan kuasa telah membutakan xMB?

    ReplyDelete
  2. Huh! Blog2 politik penuh dengan spekulasi dan persepsi. Kebenaranya entah dimana.

    ReplyDelete
  3. Dari jauh dan atas pemerhatian, Nizar tidak mewah dengan wang tetapi begitu dikuasai DAP dalam membuat beberapa keputusan yang mengguris hati kaum lain dan dia hanya kelihatan 'rakus kuasa' dan takut kehilangan jawatan apabila di arah oleh Sultan - suka dinyatakan di sini bahawa kerakusan ini juga terdapat pada pemimpin BN seperti Idris Jusoh dan Shahidan Kassim ketika kehilangan jawatan MB selepas pilihanraya yang lalu.

    Selain dari mengikut peruntukan undang2 dan perlembagaan jelas Sultan Perak tidak menunjukkan 'favour' kepada mana mana pihak. Baginda pernah menolak permintaan Tajol Rosli untuk menubuhkan kerajaan selepas PRU12 walaupun BN pada masa itu merupakan majoriti berbanding dengan PAS, DAP dan Keadilan (sebelum digabungkan menjadi Pakatan dan memperolehi majoriti)

    Nizar yang lebih dekat dengan Sultan Perak wajar lebih sopan dan sabar dalam menghadapi situasi ini dan mengambil tindakan yang sesuai selepas meneliti dan mengkaji dalam tempoh yang lebih sesuai sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak mengengkari (deharka) kepada Sultan.

    Sebaliknya Nizar bersikap kurang ajar - senada dengan tingkah laku DAP dan Anwar yang terkenal dengan kasar dan biadab.

    Bagi rakyat, memang ia penuh dengan persepsi dan spekulasi kerana itulah yang dipertontonkan oleh pemimpin kepada kita - yang penting kita tidak menyokong mana mana pihak atas nama parti tapi menyokong pada kebenaran dan keadilan setiap masa.

    ReplyDelete

6ANGKA