Wednesday, September 2, 2009

Ular pun tak membelit seteruk tu..




CANTON, Ohio 2 Sept. - Seorang hakim yang tidak gembira dengan gangguan berkali-kali daripada tertuduh rompakan mengarahkan polis menampal mulut tertuduh dengan pita perekat.
Hakim Mahkamah Perbandaran Canton, Stephen Belden berkata, tindakan itu adalah cara terbaik untuk mengembalikan keamanan dalam perbicaraan yang melibatkan Harry Brown dari Canton, lapor akhbar The Repository.
Brown mengadu peguam yang dilantik oleh mahkamah tidak bersedia dan menimbulkan kemarahan hakim selepas berulang kali mengganggu perbicaraan.
Selepas memberi amaran, hakim mengarahkan polis menutup mulut Brown dengan pita perekat. - AP
Kemaskini:
Si Pembelit terpaksa pula menipu di surau, lafaz konnnya nak tinggalkan DAP - padahal nak menyejukkan puak PAS Selangor yang dengar khabarnya nak lompat keluar pembangkang, Hassan Ali pun dah kena mengadap Sultan !!!




Alangkah bagusnya jika hakim di Malaysia lakukan perkara yang sama kepada bukan sahaja kepada yang kena tuduh tetapi juga kepada para peguamnya yang terlalu banyak 'melatah' dan berkarenah sehingga kes yang patut dibicarakan telah ditangguh dan ditunda berkali kali sekadar membeli masa dan mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku.




Yang peliknya, selepas beberapa kali dia buat hal untuk ditangguhkan tiba tiba hari ini dia kata, pihak pendakwa yang sengaja melengahkan kes perbicaraannya.




Setakat yang diketahui ular pun tak lah membelit seperti si pembelit ini.



8 comments:

  1. SLM BRO..'DIA' TU BKN ULAR TP NAGE BROO!! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Setuju. Namun, masalah di sini bukan saja berkisar kepada Anwar dan para peguamnya tetapi juga kepada hakim sendiri yang telah beberapa kali tunduk kepada karenah Anwar. Penangguhan kes pasti tidak akan berlaku jika hakim bersikap tegas dan berlaku adil kepada Saiful. Lagi banyak kali ditangguh, lagi berani dan mengada-ngadalah si Anwar ini. Jadi kita patut juga salahkan hakim sendiri. Sepatutnya hakim yang tegas, adil dan berani dipilih, bukan hakim yang bacul!

    ReplyDelete
  3. yer.. hakim tu kena tegas. tak boleh melayan sangat kerenah anwar yg xde telur tu. jika dilayan, lama kelamaan yang tak ade telur boleh jadi nampak ada telur padahal tak ade telur..

    ngerti kamu kluangman?

    ReplyDelete
  4. bodo punya post. kalu mulut peguam pun tutup camane nak bicara kes.BODO.

    ReplyDelete
  5. Media Cyber, Kalau si pembelit tu asyik main belakang, camanelah pula nak nampak ada telur ke tidak... hehehehe

    ReplyDelete
  6. Tu pun depa kata hakim Malaysia telah digunakan oleh pemimpin kerajaan, tul tak?

    Nasib baik hakim kat Malaysia tak macam di Ohio tu. Di luar negara macam-macam yang pelik berlaku. Binatang pun kadang kala boleh didakwa di mahkamah. Itulah orang yang mengaku mereka lebih maju dari bangsa lain.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Tuan.
    Keadilan untuk saiful hanya terlaksana jika dibicarakan di mahkamah tinggi shariah. Selaku pengaku muslim di mulut kita perlu beri kepercayaan pada mahkamah tinggi shariah.
    Tak lah hakim bertangguh membekalkan bukti pertuduhan untuk peguambela.

    ReplyDelete
  8. Perbicaraan boleh dilakukan di mana sahaja samada mahkamah sivil atau syariah tetapi samada keadilan berlaku banyak bergantung kepada bahan bukti dan kehandalan pendakwa dan pembela.

    Tapi kalau dok lari, dok tangguh, dok helah atau lebih tepat berpolitik 24 jam dalam semua perkara tentulah perbicaraan tidak dapat dibuat dan jauh sekalilah keadilan dapat dilaksanakan.

    Agak pelik bagaimana seorang yang kononnya diwar warkan bakal PM dan disohorkan pemimpin dunia lari macam cacing kepanasan sekadar mahu bertemu dengan Saiful budak mentah, Apa sebabnya yekk !!!???

    ReplyDelete

6ANGKA