Thursday, June 18, 2009

UMNO cari penyakit - masih tidak berubah

Kenapa agaknya UMNO gatal dan miang sangat nak berunding kerajaan perpaduan dengan PAS sedangkan Nik Aziz kata no..no..no...

( Dan ini pemuka pemuka Nik Aziz: Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut: Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Pemimpin UMNO seperti Muhyiddin, Mukhriz kenapa terlalu galak sangat, hemoi, terkinja kinja, tergedik gedik nak tunjuk ikhlas...

Rakyat benci UMNO bukan kerana dia berkawan atau tidak berkawan dengan PAS tetapi lebih kepada sikap dan perbuatan UMNO itu sendiri yang bermula dan berpunca dengan Paklah dan anak menantunya... Itu yang UMNO harus perbetulkan dan bukannya sebok dengan kerajaan perpaduan bersama PAS.

Kerjasama UMNO dengan PAS tidak akan merubah kebencian rakyat kepada UMNO malah PAS yang lebih mendapat kepercayaan dan undian yang meningkat di pilihanraya akan datang.

Kini UMNO tetap tidak berubah, perjuangan untuk orang Melayu masih terabai, jauh dan samar sebaliknya yang sedang digilai ialah jambatan ketiga. Kenapa perlu Najib buat kajian fleksibiliti sedangkan secara mudah ia tidak diperlukan dalam masa terdekat ini.
Apakah ada udang disebalik batu sehingga Sultan Johor terhidu - menolaknya.








2 comments:

  1. jambatan di tambak johor pun tak settle lagi dah sibuk dgn jambatan ketiga. najib harus lebih fokus dlm mengendalikan jawatannya. nampak gaya lebih kurang pak lah je stail nya

    ReplyDelete
  2. Perlu ada suara2 begini dalam umno sekiranya nak bergerak kearah yg betul 'membela melayu' tetapi sekiranya masalah bela kroni masih tak dapat dihindarkan ..memang lah menuju kearah kemusnahan. Lihatlah bertapa banyak kemusnahan terhadap' arkeb bangsa melayu yg termusnah sepanjang lebih 50 tahun umno dok menyalak memperjuangkan melayu.
    kenapa LKY tu dok pi celapak nak jumpa bini Najib??? Haram tu hukumnya bersalam dgn bukan muhrim kan? Kafir lah laginya?
    Lagu mana ni? Islam hadari dah berlalu..Islam pulak lepas ni..??

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...