Sudah diperkatakan ada angin untuk Muhyiddin menggantikan striker utama Najib kerana sudah banyak kali gagal menjaringkan gol walaupun secara terbuka mendapat ruang dan peluang di depan pintu gol lawan.
Walaupun tidak ketara secara pressure group tetapi sudahpun tersimpan di naluri ahli UMNO, puncanya apabila melihat Najib gagal memberi persembahan terbaik ketika seluruh ahli UMNO merasakan Najib sebenarnya mampu membuat lebih baik dari sekarang, tetapi kenapa tidak?
Dengan Rosmah selalu mencelah dan menonjol ke depan menyebabkan bertambah jelek dan pelek. Dengan kelibat Hisham yang hanya sekadar memukul angin dan tidak pernah melibas menjunam pada sasaran walaupun nyata, kenapa tidak?
There is no Muhyiddin-Ku Li-Anwar Ibrahim troika and there is no Mahathir-Muhyiddin-Mukhriz troika - Rocky's Bru sedikit sebanyak penafian yang terselit kebenaran tentang adanya. Begitu juga ulasan A dangerous Troika, to get rid of Najib, is in the making??! Barking Magpie juga memberi gambaran yang sama.
Antara lain kemungkinan, jika Paklah melepaskan Anwar untuk menimbulkan kesukaran kepada Mahathir, kesempatan yang sama digunakan Najib untuk menghilangkan peluang Muhyiddin untuk kalau cuba2 menggugatnya. Dengan adanya Rosmah dan Hishammuddin, mereka menjadi trio yang cukup serasi.
Begitu juga kenapa KJ dikekalkan sebagai Ketua Pemuda UMNO walaupun terpalit dengan isu beli undi??? sekaligus mengenepikan Mukhriz? Sebaliknya jawatan Timbalan Menteri sebagai tukar ganti.
Permainan memujuk ala-najib lebih terserlah juga kepada Presiden MIC sekarang yang ditawarkan senator dan Timbalan Menteri kerana tidak terpilih mewakili BN di Hulu langat dan kemudiannya Menteri Penuh untuk MIC terus memberi sokongan dan setia pada BN?
Zahid Hamidi yang punya rangkaian yang lebih baik dari Muhyiddin juga dipujuk supaya tidak bertanding Timbalan Presiden UMNO dan sebagai gantinya diberi Menteri Pertahanan.
Begitu juga rangkaian kombinasi Paklah-Najib-Hishammudin, Najib-Hishammudin-KJ, Najib-Kj-Anwar antara gabungan yang dibina secara senyap dan nyata untuk menghalang mana2 pihak termasuk pengaruh Mahathir yang cuba menggugat Najib.
Siapa pula yang menggunakan Trio-T dan untuk kepentingan siapa?
“Saya tidak tahu (akan dicalonkan atau tidak), Perdana Menteri kena nilai sama ada saya calon boleh menang atau tidak. Mungkin laporan saya bukan calon boleh menang, kalau saya bukan calon boleh menang, saya kena terima keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri.
“Yang penting siapa saja yang jadi penyandang hari ini atau siapa ada jawatan dalam parti kalau sekiranya Perdana Menteri bagi tahu awak bukan seorang calon boleh menang maka kita kena terima jangan anggap diri terlalu hebat atau tidak boleh diganti kerana sikap seperti itu mungkin boleh menjejaskan jentera sekiranya tidak dipilih,” - KJ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
bagi aku ini adalah teori yg tidak berasas.
ReplyDeleteTeori kurang kuat asasnya tetapi najib lemah - ada betulnya.
ReplyDeleteMuhyiddin pun tak mampu.
Amerika akan menyerang negara musuhnya untuk mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah dalaman negara kepada soal patriotik dan kehebatan Amerika.
ReplyDeleteFilem2 Hindi di India yang ditayangkan melebihi 3 jam pada satu2 tayangan dengan jalan cerita membela kemiskinan dengan lagu2 yang merdu mampu memberi ketenangan sebagai makanan jiwa kepada rakyatnya yang mengalami kemiskinan.
Najib lemah ada betulnya.dia dilihat terlalu berlembut, playsave dan tidak tegas.tetapi dari satu sudut, najib semakin mendapat tempat di hati masyarakat.beberapa dasar dan pendekatan mesra rakyat yg dibawa najib mula diterima.
ReplyDeletemuhyiddin tidak mampu utk menggantikan najib dlm situasi sekarang.muhyiddin tidak mempunyai point yg kuat utk merampas kuasa dari najib.muhyiddin juga sedar najib mula disenangi rakyat, jadi bukanlah satu yg bijak utk jatuhkan najib.
mukyiddin harus sedar jika ia berlaku, org melayu semakin berpecah, umno semakin lemah.silap2 dia juga akan hilang kuasa.
so, aku rasa teori ni mmg tak berasas.
-kerani cabuk-
sebagai tambahan, jika tak silap teori muhyiddin merampas kuasa dari najib bermula dari propaganda blogger2 pembangkang.so, adakah ini propaganda versi terbaru yg ditambahbaik?
ReplyDelete-kerani cabuk-
Teori yang tak cukup asas dan tidak meyakinkan langsung dari segi logik. Hanya bagus untuk mewarnakan politik semasa....yg penting Najib perlu ingat ada TMMY yg check apa dia buat. Lately ni nampak dah mula ada propaganda lagakan TMMY dan Najib..taktik pembangkang kot
ReplyDeleteKalau sekadar taktik pembangkang, biasanya tidak termakan.
ReplyDeleteApapun memang benar di kalangan UMNO sendiri sudah ada 'ter'luah kekecewaan ke atas Najib dan mahu beralih angin, belum kencang, sepoi2 bahasa.
Dalam politik, memang 'musuh kecil' disimpan dan dipergunakan untuk menghalang musuh dalam selimut. Orang2 seperti KJ dan Nazri sangat sesuai jadi budak suruhan Najib.