Mahathir menyatakan UMNO akan kalah teruk jika piliharanya dilakukan sekarang kerana dua faktor, pertama kerana UMNO masih berpecah dan hilang semangat dan keduanya UMNO perlu kembali semula kepada perjuangan asal.
Mungkin saranan dan ingatan itu silap dan sedikit pun tidak membimbangkan Najib kerana dia berkeyakinan apa yang dilakukan sekarang memihak kepada UMNO lebih2 lagi ahli2 UMNO sudah tidak punya pilihan kecuali menerimanya sebagai yang terbaik malah sikap komponen sangat2 menyukai semua langkah2 yang dilakukannya.
Dalam ketika Mahathir memperingatkan tentang puak di dalam UMNO, Najib secara spontan menjawabnya dengan memperingatkan pula agar MCA tidak berpecah lebih dari satu seolah-olah menafikan UMNO juga berada dalam kedudukan yang sama.
Bagi Najib, Melayu sudah tidak perlu pergantungan kepada kerajaan, tidak perlu subsidi atau peruntukan khas sebaliknya harus maju bersaing demi maruah tetapi dalam masa yang sama segala bentuk subsidi dan peruntukan khas menjadi-jadi dan makin galak disalurkan pula kepada bangsa yang kononnya bukan subsidi atau muka 'tempel' seperti cina atau india.
Pantang bersuara, Najib cepat2 hulurkan pada sekolah jenis cina atau india dalam segala bentuk erti bantuan malah gereja juga mendapat tempat lewat kebelakangan ini. Apakah ini yang dimaksudkan reformasi atau pembaharuan yang didewa-dewakan Najib? Dan hari ini Pemuda MCA minta kerajaan memperuntukan tambahan bantuan lagi dan MIC pula minta 5 juta untuk membantu kaumnya?
Dalam ketika Melayu mahu ditolak jauh untuk menjadi bangsa subsidi, kaum2 lain pula akan dimanja-manjakan dan mengambil tempat? Apakah ini yang Najib maksudkan UMNO kembali kepada perjuangan asal dan sama maksudnya dengan Mahathir.
Walaupun bapa Najib, Tun Razak pernah menjadi Perdana Menteri tidak bererti Najib boleh memerintah negara ini seperti negara ini mak bapak dia punya dan jangan kerana terdesak untuk terus berkuasa, semua dan segala atas nama 'Melayu' mahu dijual murah2.
Ketentuan untuk UMNO dan BN menang kali ini bukan ditentukan oleh undi kaum cina atau india tetapi ditentukan oleh kekuatan penyatuan Melayu...semakin mengikut telunjuk kaum asing dan meminggirkan hak Melayu sekadar memberi keyakinan dan semangat kepada mereka bahawa orang Melayu sudah lemah dan inilah masanya kepala Melayu dipihak-pijak.
Apakah Mahathir akan terus membiarkan UMNO ranap dan musnah di tangan Najib atau bangkit sekali lagi untuk membetulkan keadaan. Nyata Mahathir sudah tidak mampu untuk kali ini dan akan kecewa dengan segala yang bakal dilihatnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
Adalah baik untuk Melayu untuk tidak membuat pergantungan kepada kerajaan tetapi kenapa tiba2 ada peruntukan atau tambahan peruntuhan lebih dari biasa kepada kaum lain?
ReplyDeleteMereka nyata sakit hati dengan hak istimewa Melayu dan berjaya mempengaruhi kerajaan untuk melupuskannya tetapi tanpa segan silu mereka pula tampil dengan pelbagai permintaan. Pemimpin Melayu yang lemah seperti Najib memang mudah diperdayakan oleh mereka.
NAJIB AKAN TERSUNGKUR JUGAK NANTI, X CAYA TGKLAH... AKU DAPAT RASAKAN ADA 'PERISTIWA BESAR' UNTUK MR NAJIB, MUNGKIN TAHUN 2011 ATAU 2012!
ReplyDeleteNajib mungkin ok, tapi belum cukup bagus untuk hati majoriti Melayu kerana samada benar atau tidak, dia dilihat lebih pentingkan bangsa lain dari Melayu, dia cukup takut dan kemaruk undi kaum lain sedangkan sejarah di pilihanraya kecil lampau menunjukkan berapa pun bagi pada kaum lain, tiada penghargaan dari mereka, Najib tidak belajar.
ReplyDeleteMalangnya PAS pun sama.