Sunday, January 3, 2010

Guru dan sekolah menyusahkan..


Persekolahan baru bermula, yang memeritkan...

Soal yuran yang kena dijelaskan serentak dan beberapa yuran yang ditarik balik kerajaan cukup menyeksakan ibubapa.


Kerenah sekolah makin bertambah terutama melibatkan pertukaran anak ke sekolah lain. Sekolah begitu berkuasa penuh untuk menyatakan 'ya' atau 'tidak' ketika ibubapa ingin membuat pilihan menempatkan anak mereka di sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka.


Banyak masa terbuang dengan procedure antara sekolah dan antara PPD yang tidak pernah seragam, itu belum diambilkira kerenah perkeranian yang memberi peraturan 'ikut sedap mulut' masing masing.


Yang jadi mangsa ialah ibubapa dan anak anak sekolah. Ibubapa terpaksa bercuti atau sebagainya untuk menguruskan hal anak anak sekolah dan dan pelajar dinafikan kebebasan mereka memilih sekolah untuk belajar.


Banyak sekolah yang dianggap 'elit' hanya menerima murid yang cemerlang kerana bagi mereka pencapaian akademik semata mata adalah lambang dan status.


Guru dan sekolah ******* ini cukup menyusahkan ibubapa.

9 comments:

  1. Kita haraplah tiada perbezaan diantara sekolah elit dengan sekolah tidak elit. Kita harap guru2 disekolah biasa menitik beratkan soal akademik dan soal pengajaraan. Kalau tidak elok tuan buat posting mengenainya. Ramai yang berpendapat disebabkan kualit guru dah menurun, proses pengajaraan semakin bertambah buruk. Betulke keadaan sebegitu berlaku?

    ReplyDelete
  2. buruk sangat ke sistem pendidikan kita..atau masyarakat suka melihat A yang diperoleh anak-anak?

    ReplyDelete
  3. elok tubuh sekolah sendiri je!

    ReplyDelete
  4. Kalau ada anak bersekolah, terutama ada yang baru naik tingkatan satu. Cuba cuba lah buat permohonan pertukaran sekolah ke daerah lain kerana perpindahan pekerjaan ibubapa.

    Pengalaman seorang ibu di Negeri Kelantan, anaknya yang baru naik Tingkatan 1 telah diarahkan untuk ditempatkan di satu sekolah Kota Bharu. Kebetulan ibunya kena bertukar ke daerah lain, 20Km dari tempat lama.

    Apabila permohonan dibuat kepada sekolah yang ditempatkan, jawapannya ialah permohonan tersebut tidak dilayan sehingga 3 minggu barulah akan dipertimbangkan.

    Apabila perkara ini diajukan kepada PPD, jawapannya, mereka tidak mempunyai kuasa, terpulang kepada pihak sekolah.

    Ibu ini juga telah cuba membuat permohonan ke sekolah baru di tempat barunya, jawapannya pihak sekolah tidak dapat mempertimbangkan dalam masa terdekat dan satu surat perpindahan perlu dibduat dari sekolah lama.

    Sini tendang sana, sana tendang sini. Budak Tingkatan 1 yang belajar petang menjadi mangsa untuk berulang alik dari Kota Baharu ke rumahnya, lebih kurang 20Km.

    Apakah masalah ini terlalu rumit untuk diselesaikan dalam beberapa jam atau satu hari ???

    Anon: Cadangan elok tubuh sekolah sendiri adalah mentaliti karat yang tidak rasional.

    ReplyDelete
  5. saya sokong sekolah elit pilih pelajar yg nak masuk. murid tangkap muat yg tahap akademik yg rendah ni pergi sekolah lain jer. kalau setakat nak menyenangkan mak bapak nak pergi bekerja saje baik tak usah. bas sekolah kan ada. murid lemah mcm ni merosakkan konsentrasi pelajar lain jer. mak bapak kena sedar, malu kalo anak jadi bahan ketawa kat sekolah yg rata2 budak cerdik. parents budak cerdik ni dah prepare anak2 dia org dari dalam perut lagi. dia org jaga pemakanan anak2 dia org, pergaulan dan minat terhadap akademik. bukan jenis yg bagi makanan segera dan biar anak melepak kat shopping complex dan cc tak terkawal.rasanya tak adil kalo tiba2 mak bapak complain yg anak dia org tak diterima masuk kesekolah tertentu sebab akademik anaknya rendah. ada sekolah lain utk dia org.

    ReplyDelete
  6. Saya dulu pun belajar di sekolah elit, Kolej Sultan Abdul Hamid, tetapi tidaklah sekolah itu menyisih semua pelajar yang kurang pandai, mereka ditempatkan di kelas yang sama taraf, bukankah kita ada kelas A B C D ....dengan kepandaian dan pengalaman guru, mereka kemudiannya telah meningkat baik.

    Dari sekolah elit tidak semuanya 'menjadi orang' sekarang dan dari sekolah tercorot, ada yang sudah mencipta nama.

    Sekolah adalah tempat 'mendidik' dan bukannya melahirkan robot atas pencapaian akademik semata mata. Di bandar bukan semua berpendapatan tinggi dan jika anak sekolah seramai lebih dari 3 orang sudah memadailah ibubapa itu menanggung kos pengangkutan yang semakin tinggi.

    Hanya yang belum ada anak sekolah atau sekadar berteori atas kertas sahaja mampu untuk menangkis semua masalah.

    Agaknya begitulah pemimpin sekarang melaksanakan dasar, melihat dan menyelesaikan masalah di atas kertas.

    ReplyDelete
  7. sama juga ibu bapa yang memikirkan diri sendiri. Hendak sekolah depan rumah atau yang elit. Elok lihat masalah fisiliti sekolah. Penerimaan pelajar bergantung kekosongan kelas. Kalau bilangan pelajar dah terlalu ramai..terpaksa ditolak permohonan. PPD tidak tahu jumlah semasa pelajar..itu sebabnya diserahkan kepada sekolah. Kalau PPD terima..dan sekolah kekurang kerusi atau kelas..yang sukar adalah proses pembelajaran.
    Elok ibu jangan fikir salahkan sekolah aje. Ada banyak sekolah swasta kalau tak mahu sekolah kerajaan! Takat 20 KM ..itu masalah ke zaman ini?

    ReplyDelete
  8. Bukan soal 20 atau 200Km. bukan soal sekolah kerajaan atau swasta, bukan soal kosong atau tidak.

    Tetapi apa yang dipertikaikan di sini ialah kenapa keputusan yang akan di ambil perlu sampai 3 minggu lebih sedangkan 'samada kekosongan ada atau tidak' sebenarnya di tangan pihak sekolah pada masa itu.

    Apakah pegawai kerajaan termasuk guru sudah terdidik kepada redtape yang di ada adakan?
    Memang ia satu peraturan tetapi kenapa peraturan itu menyulitkan rakyat dan lebih teruk peratauran antara satu sekolah dengan satu sekolah, antara PPD dengan satu PPD, antara satu daerah dengan satu daerah dan antara satu negeri dengan satu negeri walaupun dalam Kementerian yang sama akan banyak perbezaan peraturan.

    Mangsanya ialah rakyat yang terkeliru.

    Mungkin ada pula yang berpendapat selepas ini, jika tidak mahu jadi rakyat di sini, elok pindah dari Malaysia.

    Cadangan yang cukup bagus!!!!! Tapi sayangnya mereka 'anon' atau 'unknown'.

    ReplyDelete
  9. Terkini: 7hb Januari 2010
    Selepas puas turun naik sekolah, daerah ke daerah akhirnya anaknya ditukarkan ke sekolah yang lebih dekat dan akan bermula pada 11/1/10.

    Ada pakai kabel ke?

    ReplyDelete

6ANGKA