Bukan sebulan, bukan setahun tapi dah 20 tahun, UMNO Kelantan cakap tak serupa bikin...dengan segela kemungkaran dan kelemahan PAS, Kelantan masih belum dapat ditawan, itu sekadar menggambarkan UMNO Kelantan lebih teruk dari PAS Kelantan dan masih terus ditolak oleh rakyat...
( Ultraman kalau dah boleh terbang kenapa perlu berbasikal... )
KOTA BHARU 22 Okt. - UMNO Kelantan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja.
Ketua Penerangannya, Datuk Dali Hussin berkata, jentera parti sentiasa menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihan raya dan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi PRU-13.
"UMNO Kelantan mempunyai barisan atau jentera parti yang cukup mantap dan sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihan raya, kerana kerja-kerja ini (kerja pilihan raya) dilaksanakan tanpa musim, cuma tidak didedahkan sahaja.
"Kita sentiasa komited bekerja untuk parti hingga ke akar umbi bukan saja bila saat menjelang pilihan raya," katanya semasa ditemui pada majlis kesyukuran di kediamannya di sini, semalam.
Menjawab soalan mengenai peluang UMNO merampas Kelantan berikutan beberapa isu rakyat yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Pas, beliau berkata, UMNO sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri.
"Sasaran kita memang untuk rampas semula Kelantan," katanya ringkas.
Teka-teki PRU-13 begitu rancak diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini dengan andaian ia adakan diadakan dalam tempoh terdekat walaupun tarikh akhir pembubaran kerajaan ialah pada April 2013.
Dalam pada itu, Dali menasihatkan semua pemimpin politik di negeri ini supaya mengelakkan sebarang perselisihan faham kerana ia hanya merugikan parti.
"Apa yang penting dan perlu ditumpukan ialah gerakan kita untuk menyelami atau memahami aspirasi rakyat ke akar umbi," katanya - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Daftar percuma dan terima ebaucer RM3000
Pemakanan antara punca otak dan minda generasi sekarang makin sesat dan liberal... Makin banyak dimakan akhirnya ke arah munafik. Kita mudah...
-
Tidak sia sia umno kalah, negara beruntung, rakyat gembira umno makin serasi jadi pembangkang, makin pandai makin mahir membangkang teru...
-
Apa kata Kj... https://www.bnbbc.my/ketidaktentuan-politik-jika-rakyat-pilih-pembangkang/ http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/ne...
-
Ada yang dah keluar parti, ada yang nak keluar parti, ada yang baru merancang nak keluar parti..kesimpulannya sudah tidak berminat...
No comments:
Post a Comment