Tuesday, June 9, 2009

Perpecahan di dalam PAS - Nik Aziz boleh lakar sejarah...

DAP dan PKR mahu penjelasan Hadi berhubung kerajaan perpaduan.... inilah suara suara yang mewakili pemimpin PAS yang tewas dalam pertadingan di muktamar yang lalu.

Pemimpin PAS yang tewas tidak akur kepada perwakilan yang mewakili akar umbi, bagi mereka sokongan DAP dan PKR lebih penting dari keputusan dan suara ahli ahli PAS sendiri.

Hadi Awang dan Nasa telah jelas dengan pendirian mereka untuk memastikan PAS berada di landasan yang rasional dan betul, cuma tinggal Nik Aziz sahaja yang perlu membuat pilihan dan bersuara samada mahu bersama Hadi dan Nasa seperti keputusan di muktamar atau memilih jalan untuk mengetuai satu lagi puak untuk memulakan 'satu perpecahan' yang sangat diharapkan oleh Anwar dan Lim Eng Guan.


















Sunday, June 7, 2009

PAS masih terus sanggup menjadi kerbau kayu di Perak..

Kemaskini: 9/6/09
“Pakatan Rakyat tidak memerlukan sebuah parti yang dominan. Tidak ada parti dalam Pakatan Rakyat yang boleh mendabik dada dan berkata ia kuat walaupun bersendirian. Akuilah hakikat bahawa mereka semuanya sama dan saling memerlukan,” begitu kata Zaid Ibrahim

Catitan Asal: 7/6/09
SHAH ALAM, 7 Jun - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.

Keputusan mahkamah nak letak di mana? PAS masih bermimpi walaupun Nizar jadi MB atas dasar 'nasib' dan bijaksana Sultan Perak menolak bukan Melayu dan Islam menjadi Menteri Besar selepas PRU12.

Tuesday, June 2, 2009

Ahmad Maslan - kenapa Manek Urai dan bukannya Pontian..

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Haji Ahmad Maslan kini berada di Manek Urai sedang bersiap-siap untuk turun menoreh atau mungkin juga sudah memulakan torehan dalam misi 'tidur bersama orang kampung dan menoreh getah bersama mereka'.

Bagus, tapi sayang semuanya sudah terlewat...

Ahmad Maslan patut berada di Pontian (P164) melakukan perkara yang sama dan bukannya di Manek Urai, cara kerja wajar 'rawat sebelum parah' dan bukannya buat perangai 'mengaku saudara ketika musim durian berbuah dikampung' - dan pesan Najib 'no more maggie project' - UMNO JANGAN BUAT SILAP LAGI sebab Nik Aziz pesan - depa huluq hampa kebas tapi pangkah PAS

Senario semasa juga menunjukkan apa sahaja yang UMNO akan lakukan semuanya serta tak kena pada mata rakyat sekarang ini, rindu nak tengok UMNO bertanding tapi pangkah PAS kerana benci UMNO - inilah yang patut UMNO fikirkan. Rindu tapi benci. Kenapa ?????????????

Lambat laun UMNO akan berhadapan dengan pilihanraya kecil di kubunya yang paling kuat dan potensinya tetap sama, tewas..

Apakah Ahmad Maslan begitu yakin Pontian terlalu selamat buat UMNO hingga dia merasa tidak perlu bersama pengundinya seperti di Manik Urai..

Polis tolong atau ahlong..


Sejauh mana PDRM serius

menanganinya...bermusim

atau

hangat2 tahi ayam..

Sejauh mana kerjasama

orang awamterutama

bekas mangsa...


Ini adalah kegagalan agensi kerajaan dalam menyediakan kemudahan kepada rakyat khususnya golongan peniaga untuk terus 'survive' dan kegagalan Bank Negara melalui bank2 perdagangan yang terlalu 'sombong dan lokek' untuk membantu peniaga...

Monday, June 1, 2009

Pemimpin berkulit gelap buat gempar lagi...URGENT - Polis menjawab (war2kan)


Polis tempelak Anggota Parlimen PKR berhubung kematian suspek
01/06/2009 4:22pm
PORT DICKSON 1 Jun — Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh menempelak seorang Anggota Parlimen pembangkang kerana menyalahkan polis berhubung kematian seorang suspek pecah rumah pada 30 Mei lepas sedangkan polis tidak ada kaitan dengan kematiannya.
“Inilah yang berlaku apabila ahli politik campur tangan dan enggan meminta penjelasan sebenar dari pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini bagi mengulas dakwaan Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, daripada Parti Keadilan Rakyat, dalam blognya, kononnya polis telah menganiayai S.Tilak, 27, ketika lelaki itu menjadi tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Port Dickson.
Osman berkata polis tidak pernah menahan Tilak dalam lokap dan dia tidak pernah menjadi tahanan polis.
Katanya Tilak diserahkan kepada polis pada 7 pagi Sabtu lepas setelah dia dipercayai dipukul sekumpulan lelaki yang mendapati dia telah melakukan pecah rumah pada Khamis lepas menyebabkan kehilangan barangan kemas bernilai RM30,000.
Osman berkata bahawa selepas mengambil keterangan daripada lelaki yang menahan Tilak, polis menghantar Tilak ke Hospital Port Dickson dalam tempoh sejam tetapi dia disahkan mati pada tengah hari. - Bernama

.................................................................

Soal keselamatan dan moral anggota polis janganlah dipolitikkan hingga rakyat menjadi ragu dan hilang kepercayaan kepada polis. PDRM patut mengambil tindakan undang2 kepada mereka yang sewenang wenangnya membuat dakyah ( baca ala komunis ) palsu.

Sunday, May 31, 2009

Jom berhijrah sokong Anwar




Keluar BN, UMNO........jom kita berhijrah sokong Anwar...
Kemenangan pilihanraya kecil dengan tambahan majoriti yang mengkagumkan.....dan UMNO hanya berpeluk tubuh.

Penanti - PKR tewas











Tanpa BN atau UMNO bertanding di Penanti, PKR sudahpun tewas sebenarnya, Anwar tumbuk angin pada bebayang Najib.....geram tak terkata, apalagi kalau tewas dengan bekas ahlinya... aduhhh !!!

PKR sudah bersedia...

berlori lori alasan

berpeti peti rahsia dan kejutan

pelbagai menu..

6ANGKA