
UMNO dan PAS kena berdiri teguh di belakang Ustaz Azizan dalam isu perobohan rumah sembeleh babi di Kg Berjaya, Alor Setar yang menyebabkan DAP tarik diri dari kerajaan Kedah.
Kerajaan Kedah di bawah pimpinan PAS diharap tidak berkompromi dengan isu remeh ini kerana ia akan kehilangan sokongan dari orang Melayu dan Islam. Sebagai tempat yang menyalurkan pelbagai masalah pencemaran sewajarnya ia dialihkan ke tempat lain.
Nyata kerajaan UMNO Kedah sebelum ini leka atau tutup sebelah mata.
Satu tamparan hebat buat Nik Aziz yang mengagung agungkan perjanjian bersama pakatan apabila menolak perbincangan dengan UMNO sedangkan DAP Pusat merestui tindakan DAP Negeri.
Kata Ustaz Azizan :
"Dulu masa kita bincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau sekarang kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun mereka kacau," katanya.













