Abdul Ghani berkata, jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada pukul 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada pukul 2 petang. - Bernama
Friday, January 22, 2010
Monday, January 18, 2010
Nazri Mendahului Sultan dan Majlis Raja2 Melayu, Mahkamah, Majlis Fatwa...
Kata Nazri Aziz: Bukan Islam di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/19/nation/5497328&sec=nation
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/19/nation/5497328&sec=nation
Bukankah itu juga menganggu proses mahkamah ?
Bukankah itu juga menghina mahkamah ?
Bukankah itu juga mendatangkan rusuhan dan ketegangan kaum seterusnya mengancam keselamatan negara ?
Bukankah itu melanggar fatwa dan titah Sultan ?
Bukankah itu sembah derhaka namanya ?
Kesian pada Najib yang ada pecacai sebegitu rupa..
SEPINTAS LALU MENGENAI MIDDLE MALAYSIA DAP:
Apa sahaja yang dinamakan oleh DAP seperti Middle Malaysia atau 1Malaysia oleh Najib, ia sebenarnya seperti gula gula getah, enak dikunyah tetapi tidak mampu ditelan.SEPINTAS LALU MENGENAI MIDDLE MALAYSIA DAP:
Lebih lebih lagi dalam keadaan negara di ambang kecah dan kecoh, adalah sukar menghasilkan sesuatu yang ideal dengan aman kerana prasangka kuat yang ada di semua pihak.
Ketika Mahathir meninggalkan legasi terbaik untuk Paklah, ia seharusnya diteruskan dengan sesuatu yang mengukuhkan dan bukannya cuba menunjuk pandai dengan merungkai untuk membina semula, akhirnya seperti tikus membaiki labu hinggalah ke hari ini.
Rakyat ingin menasihati parti parti tersebut bahawa slogan slogan mereka bukanlah tangkal azimat yang boleh menyelamatkan Malaysia jika 'cakap tak serupa bikin'. Rakyat ingin melihat 'tindakan' dan bukannya laungan slogan dan drama slogan yang dipamerkan media sekadar untuk terus 'memuji diri sendiri'.
Apa juga slogan, akhirnya setiap parti akan kembali kepada 'perkauman' untuk survival mereka. Tidak salah untuk kembali kepada kaum masing2 kerana itu yang kita mula dan asaskan sejak dulu. Tetapi dalam masa yang sama kembalilah kepada roh Perlembagaan dengan menghayati dan menghormatinya.
Ada orang suka taruk sendiri pasir di periuk nasinya..
http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/01/sand-for-singapore.html#more
PASIR PASIR PASIR PASIR PASIRPASIR...
Penjawat awam dan orang politik yang masih kekal dan tak serik serik jadi pengkhianat..
PASIR PASIR PASIR PASIR PASIRPASIR...
Penjawat awam dan orang politik yang masih kekal dan tak serik serik jadi pengkhianat..
Sunday, January 17, 2010
Cina, India, Melayu - masing2 ada hantu.. Rais kena pantau
Beware of Facebook, Twitter: Rais warns
posted by null at Malaysiakini - 1 hour ago
The government has warned against excessive use of micro-blogging sites like Facebook and Twitter, arguing that they could erode the country's culture.
posted by null at Malaysiakini - 1 hour ago
The government has warned against excessive use of micro-blogging sites like Facebook and Twitter, arguing that they could erode the country's culture.
Dato' Rais patut juga menegur semua rangkaian TV yang berlumba lumba dengan cerita seram, cerita hantu, ceplos, keliwon dan pelbagai lagi tahyul bukan sahaja di rangkaian Melayu tapi rangkaian Tamil dan Cina juga turut mempamirkan hantu masing masing.
Terlalu banyak cerita seram mungkin antara faktor remaja ke arah Facebook dan Twitter.
Dato' Rais juga patut menasihati agensi dan pihak berkuasa tertentu bahawa di Facebook dan Twitter terdapat anak remaja yang 'nakal' tetapi tidaklah sampai mengancam keselamatan negara.
TERKINI:
Penuntut ngaku tak bersalah beri komen dalam Facebook
18/01/2010 11:35am
PETALING JAYA 18 Jan. – Penuntut tahun satu Akademi Seni dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen pada laman web Facebook yang bersifat mengancam dengan niat mengganggu orang lain. - Utusan
Saturday, January 16, 2010
Auuuuwwwwwwwwwkkkkkkkkkkkkk,,,,,
Di kampong saya: Ada seekor anjing siang malam tak ada angin tak ada hantu, dia dok menyalak jugak...itu anjing kurang ajar namanya, terlebih sekolah...tak reti bahasa mana nak di salak mana nak shut up... ( ? : Wrong to say civil court can’t decide on issue...star online)
Sesekali, boleh kita dok syihh..shihh..kat anjing tu, tapi kalau dah dok memekak berkali kali...yang patut kena baling dengan batu ialah tuannya..
Tapi berani ke orang kampong nak berhadapan dengan itu laki punya nyonya...ayoyoyo !!!
Friday, January 15, 2010
Peluang terakhir..
posted by Rahmah Ghazali at Malaysiakini.
Tindakan DAP sangat dipuji, apa guna kita terlalu sebok sangat dengan beberapa isu, berlawan sesama sendiri, apa guna menang satu atau dua kes, apalah sangat kalau kalah dua tiga kes, yang kita bertegang leher bukannya dasar, bukannya pokok, lebih remeh temeh.
Beng Hock sudah mati, Anwar masih bebas, Nik Aziz masih MB, KDN sudah merayu, RPK sudah terlepas, Kali masih jutawan, Paklah tengah buat bungalow mewah, Zahid Hamidi dah naik pangkat 'jaga' Malaysia, PDRM tangkap ayam betina dalamd reban, Nazri masih Menteri, Kj masih kempunan Timbalan Menteri, Mukhriz dah dapat jawatan, Mahathir masih ummpph, Rosmah masih lawa, Najib masih bergaya, Lim Eng Guan masih KM, Hassan Ali masih exco, Hadi masih Presiden, Ariffahmi masih CEO, Husam tak jadi letak jawatan, Liow Tong Lai makan hati, Sultan Kelantan masih kat hospital, gempa di Haiti angkara UMNO, nasib Saiful tidak terbela dan banyak lagi...
UMNO, PAS - Kalau menang semua perkara sekarang tapi esok kalah dalam pilihanraya, apa nak dikato !!
Banner di atas - mana tulisan Jawi - apa yang nak dibanggakan oleh PAS dalam bersetiarapat dengan DAP.
Siapa yang 'jaga' Malaysia..
PM, TPM, Menteri KDN tidak berada di dalam negera, siapa yang layak 'menjaga' Malaysia.
PETALING JAYA 15 Jan. – Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghantar komen berbentuk ugutan dalam laman Facebook berhubung isu kalimah Allah.
Apakah budak ini betul betul memberi ancaman kepada keselamatan negara, di harap mahkamah sekali lagi membuat keputusan 'adil dan bijak'. Apa yang wajar dia dikenakan hukuman ke PLKN Zahid - jangan rosakkan masa depan budak nakal main main ini walaupun kita tidak sokong apa yang dia lakukan.
Bagaimana pula dengan pelajar yang permainkan dan putarbelit lagu 'Negaraku" !!!!
Bagaimana RPK yang menderhaka kepada Sultan?
Kenapa tidak ada kesungguhan di sana?
Ohhhh...siapa yang jaga Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...