Sunday, January 24, 2010

Anwar memerlukan provokasi - ceramah tanpa permit


Ceramah di Kg Kerinchi, Lembah Pantai - Polis halang ceramah Anwar.

Anwar tak layak bercakap di Lembah Pantai, sebab dia world class, bukankah dia sering menghebahkan bahawa dia baru saja balik dari benua sana benua sini kerana dijemput untuk bercakap mengenai ekonomi, politik, sosial, Islam dan pelbagai lagi yang tinggi tinggi..di hadapan professor, ilmuan dan pemimpin dunia ? Apakah belum cukup pentas itu untuk dia harus berada di pentas Lembah Pantai untuk menghebahkan kepada dunia...pi mai pi mai dok cerita dia kena fitnah kes Saiful. tak dak cerita lain.
Cerita yang berulang ulang itu elok balik pi cerita kat azizah dan anaknya nurul di rumah - tak perlu permit polis.
Dan kalau dah tak ada permit polis, yang dok bangang tebiang nak pi berceramah untuk apa - sekadar nak provokasi nak panggil orang ramai datang berduyun duyun dengar cerita dia...nak bagitau negara ini negara polis dan polis jadi suruhan UMNO.
Bro, itu modal dalam poket atas gua laa...

Terkini: YB Zul akan dikenakan tindakan oleh PKR. Pasai apa? Pasai dah tahu YB tu tak boleh 'yes man 24 jam".

Saturday, January 23, 2010

Di luar topik semasa...



Di luar topik semasa.
Serupa tapi tak sama.
Bakal MB Kelantan.
Bakal MB Selangor.
Ada gaya ke tidak.

Menjunjung kasih...


Tunku Ibrahim Ismail Dimasyhur Sebagai Sultan Johor

The oath-taking ceremony was witness by Sultanah Zanariah, his wife Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah and all of his children and siblings.Also present were Johor Islamic Religious Council advisor Datuk Noh Gadot, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and state executive council members.


THE new Sultan of Johor is known for being friendly and down-to-earth, as much as he is known for possessing a colourful character.
Fondly known as 'Ku Yem' - a contraction of 'Tunku Ibrahim' - among his subjects, Tunku Ibrahim Ismail was proclaimed the Sultan of Johor following his father's death.

His willingness to go down to the ground to visit ordinary Johoreans, joining them in meals, games and prayers, has earned him the reputation of being a caring prince.

Penghormatan terakhir..




Former prime minister Mahathir Mohamad said Sultan Iskandar was a ruler whom people were sometimes 'fearful of because of his peculiar style of doing things'.
'But he was a very nice person,' he added.
Sultan Iskandar became Malaysia's eighth king when Tun Dr Mahathir was in his third year as prime minister.

Friday, January 22, 2010

Salam terakhir...


Abdul Ghani berkata, jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada pukul 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada pukul 2 petang. - Bernama

Monday, January 18, 2010

Nazri Mendahului Sultan dan Majlis Raja2 Melayu, Mahkamah, Majlis Fatwa...




Kata Nazri Aziz: Bukan Islam di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/19/nation/5497328&sec=nation




Bukankah itu juga menganggu proses mahkamah ?


Bukankah itu juga menghina mahkamah ?


Bukankah itu juga mendatangkan rusuhan dan ketegangan kaum seterusnya mengancam keselamatan negara ?


Bukankah itu melanggar fatwa dan titah Sultan ?


Bukankah itu sembah derhaka namanya ?




Kesian pada Najib yang ada pecacai sebegitu rupa..


SEPINTAS LALU MENGENAI MIDDLE MALAYSIA DAP:
Apa sahaja yang dinamakan oleh DAP seperti Middle Malaysia atau 1Malaysia oleh Najib, ia sebenarnya seperti gula gula getah, enak dikunyah tetapi tidak mampu ditelan.

Lebih lebih lagi dalam keadaan negara di ambang kecah dan kecoh, adalah sukar menghasilkan sesuatu yang ideal dengan aman kerana prasangka kuat yang ada di semua pihak.

Ketika Mahathir meninggalkan legasi terbaik untuk Paklah, ia seharusnya diteruskan dengan sesuatu yang mengukuhkan dan bukannya cuba menunjuk pandai dengan merungkai untuk membina semula, akhirnya seperti tikus membaiki labu hinggalah ke hari ini.

Rakyat ingin menasihati parti parti tersebut bahawa slogan slogan mereka bukanlah tangkal azimat yang boleh menyelamatkan Malaysia jika 'cakap tak serupa bikin'. Rakyat ingin melihat 'tindakan' dan bukannya laungan slogan dan drama slogan yang dipamerkan media sekadar untuk terus 'memuji diri sendiri'.

Apa juga slogan, akhirnya setiap parti akan kembali kepada 'perkauman' untuk survival mereka. Tidak salah untuk kembali kepada kaum masing2 kerana itu yang kita mula dan asaskan sejak dulu. Tetapi dalam masa yang sama kembalilah kepada roh Perlembagaan dengan menghayati dan menghormatinya.

Ada orang suka taruk sendiri pasir di periuk nasinya..

http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/01/sand-for-singapore.html#more
PASIR PASIR PASIR PASIR PASIRPASIR...

Penjawat awam dan orang politik yang masih kekal dan tak serik serik jadi pengkhianat..

6ANGKA