Monday, March 8, 2010

Apabila pucuk dicita showcause letter yang datang...

















Peringatan kepada semua, semasa sedang duduk selesa berjawatan besar atau kecil di dalam parti masing2 kenalah tanya pada diri sendiri apakah presiden aku, pemimpin2 kanan dan parti aku ini berada di atas landasan yang betul atau cakap tidak serupa bikin...
Mengikuti perkembangan semasa, banyak sekali yang dah lompat keluar parti atau kena terajang keluar parti menyatakan kekesalan kepda parti dan si anu dan si anu yang kononnya..bla bla bla..berlori silap dan salah...dan sebahagiannya mereka sudah tahu sejak awal lagi mereka bersama.
Penyesalan hanya diluahkan bila pucuk yang dicita showcause letter yang datang...
Masihkah mereka ini boleh dianggap perjuang demi bangsa, ugama dan negara..

Sunday, March 7, 2010

Blog Mulia - 7 di antaranya...

Jika anda mahu pastikan komen anda disiarkan oleh pemilik blogg, pastikan anda memuji terutama pemiliknya, tulisannya dan pendapatnya walaupun kadang2 nampak terlebih 'cerdiknya'. Ini antara senarai blog mulia yang dimaksudkan:
1, SAKMONGKOL AK47
2. ASPAN ALIAS
3.Zulkifli Noordin
4.Anwar Ibrahim
5Kickdefella
6.Khairy Jamaluddin
7.Parpu Kari

Blog yang boleh dianggap berani tetapi terkawal adalah Penarik Beca dan Husin Lempoyang.

Saturday, March 6, 2010

Liwat - apa kata penyokong DAP, PAS.

Saya Lim Beng Kok penyokong kuat parti DAP menyeru supaya DAP menarik diri keluar dari Pakatan Pembangkang berkaitan kes liwat Anwar Ibrahim yang masih dibicarakan, sebagai parti yang mendokong moral dan ciri ciri baik tidak seharusnya dilihat sebagai penyokong kuat kepada satu perbuatan jenayah yang tidak normal.

DAP sepatutnya memberi bantuan sepenuhnya ke atas Saiful yang dilihat sedang dizalimi sepertimana sokongan DAP terhadap nenek yang membela cucunya (Norhayati) yang dikatakan dirogol oleh Rahim Thamby Chik di Melaka pada suatu masa dulu. Apakah DAP sudah kehilangan 'kemanusiaan' berhubung kes ini sekadar kerana gilakan kuasa.

Saya Hj Masu'ud bin Hj Olah penyokong kuat PAS sejak 2o tahun dahulu mencadangkan PAS menarik diri dari Pakatan sehinggalah Anwar dapat membersihkan dirinya dari tuduhan liwat. Adalah tidak wajar PAS dilihat bersekongkol dalam satu kesalahan jenayah yang sangat dilarang oleh Islam.
Nik Aziz yang turut menemani Anwar ketika kes perbicaraan baru baru ini tidak kena pada tempat dan masanya, sangat memalukan.
Tidak ada ruginya PAS berada di luar Pakatan sehingga kes ini selesai untuk memberi keyakinan moral kepada penyokongnya. Sebagai penyokong, kami turut dikecam oleh kawan dan lawan atas pendirian PAS yang masih berada di dalam pakatan Pembangkang.

Tuesday, March 2, 2010

Perang di Kelantan...

http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/03/cakap-siang-pandang-pandang/
Pergolakan dijangka berlaku antara MB dan Istana Kelantan rentetan dari pelbagai peristiwa. DYMM Tuanku Sultan Kelantan dijangka berangkat tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, besok, Khamis.

Sekali lagi perebutan 'kuasa dan pengaruh' survival politik menjadi pertaruhan dan UMNO tidak mensia siakan peluang ini. Peluang yang dicipta oleh Nik Aziz yang serba tahu dan serba pandai. Jangan salahkan UMNO yang sekadar menjala di air keruh Sungai Kelantan.

Selalunyalah, apabila istana tergugat, maka rakyat jugalah dicari untuk membetulkan keadaan. tetapi apabila mereka sedang bahagia dan bergumbira, di mana rakyat di hati mereka pada masa itu.


Begitulah juga pemimpin politik kerajaan dan pembangkang, bila tersepit, terdesak, rakyat dipergula, diperguna, diperkudakan, tetapi bila dah selesa - mereka kaya sorang sorang, anak menantu, ipar duai.

Pembangunan di Kelantan - siapa yang tidak tahu jika tidak dimonopoli oleh Raja Perempuan samada di atas kertas atau di papan tanda - hakikatnya siapakah pemaju di belakangnya.

Jadi adalah lebih baik, rakyat Kelantan duduk diam sambil memperhatikan gelagat pemimpin politik dan istana yang sedang bercakaran dan tersepit untuk kepentingan peribadi mereka.

Peperangan ini tidak ada kaitan dengan kebajikan untuk rakyat. Biarkan kali ini gajah sama gajah berperang dan yang kalah tetap gajah.


Sekali lagi, Melayu yang selalu rugi..

PERANG DALAM PKR
12 MP PKR Tolak Desas-Desus Keluar Parti

12 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat tampil menyatakan komitmen mereka untuk terus mendokong perjuangan parti.
“Kami mengambil ketetapan sekeras- kerasnya menolak dakwaan kami akan meninggalkan parti seperti mana yang dispekulasikan pihak- pihak tidak bertanggungjawab untuk menggugat kesatuan dan perpaduan dalam Keadilan.


4 MP PKR sudah tarik diri
28 MP PKR yang tinggal (sama jumlah dengan MP DAP)
12 berikrar untuk terus dokong PKR
Tinggal 26 MP yang belum membuat apa apa keputusan.

Kelak yang tinggal dalam PKR adalah majoritinya MP bukan Melayu dan apabila Anwar 'balik kampung' sudah tentu sebahagiannya akan masuk DAP dan sebahagiannya masuk BEBAS, PAS, UMNO dan lain lain. PKR masuk kubur.



Monday, March 1, 2010

Projek Barisan Nasional - Nik Aziz mengamuk tak dapat nama..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
02/03/2010 2:02pm
KOTA BAHARU 2 Mac - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTDL) membelakangkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta semalam.
Majlis pelepasan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia yang memulakan peringkat pertama dari sini ke Kuala Berang sejauh 174.5km itu disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Ketika ditemui di luar Dewan, beliau (Abdul Fatah) berkata, kerajaan negeri akan menilai semula peranannya dalam memberikan kerjasama pada masa akan datang. - Bernama

Apa sangatlah nak direbutkan tu... kedua dua pihak dah macam kemaruk nama dan kuasa..
Rakyat dok tonton ni...

Sunday, February 28, 2010

Najib tak pass test????

Anwar: No Way Are They Sending me Back to Jail
“I know their personal lives, I was their friend…. Who is talking about morality here? In Islam – be it sodomy, adultery, drinking or corruption – who can pass the test? Name one person. Can Najib pass the test?” he asked.

Dalam lain perkataan, Anwar dah confirm juga dia memang tak pass test..

So...kalau Najib tak pass test ? Anwar tidak boleh dihantar ke penjara?
Rakyat tak kesahlah 'apa cerita mereka berdua'.

Cuma rakyat nak tahu, ini undang2 mana depa pakai ??

Monday, February 22, 2010

Belum Sampai Setahun - Pak Lah tunjuk nasihat cara buat untung



Belum sampai setahun Pak Lah jadi Penasihat MAS, syarikat penerbangan itu dah buat untung...
Ini bertentangan sama sekali dengan ramalan awal:
MAS catat keuntungan bersih RM610j suku keempat
22/02/2010 5:14pm
PETALING JAYA 22 Feb. – Malaysian Airline System Bhd. (MAS) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM610 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2009.
Bagi tahun kewangan 2009, syarikat penerbangan kebangsaan itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM490 juta. – Utusan
Dengan perkembangan terbaharu ini adalah wajar Najib melantik segera KJ ke kabinet sekurang kurangnya sebagai Timbalan Menteri Kewangan, Pak Lah sudah tentu dapat memberi tunjuk ajar yang berguna kepada KJ untuk membantu Najib memajukan ekonomi negara.

6ANGKA