Friday, June 4, 2010

ADA SESIAPA LAGI NAK BERDEMO...

Israel tetap halang kapal bantuan aktivis

05/06/2010 2:55am

BAITULMAQDIS 4 Jun - Israel akan tetap menghalang sebuah kapal bantuan yang disertai beberapa aktivis daripada menghampiri sempadan Gaza, Kata Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman hari ini.

Kerajaan rejim Zionis itu tetap berkeras menghalang kapal bantuan, Rachel Corrie daripada menghampiri perairan Gaza walaupun menerima tekanan antarabangsa ekoran serangan ganas tentera mereka terhadap sebuah lagi kapal bantuan, Mavi Marmara hingga menyebabkan beberapa aktivis terkorban Isnin lalu.

“Kami akan tetap menghalang kemaraan kapal itu (Rachel Corrie) dan mana-mana kapal yang cuba mengugat kedaulatan negara ini.

“Kapal Rachel Corrie tidak akan sama sekali diberi peluang untuk menghampiri perairan Gaza,” kata Lieberman kepada stesen televisyen tempatan. - Reuters

Thursday, June 3, 2010

Akujanji

Berita terkini: 8pm 4jun10

KJ sudah bersedia dilantik jika PM sokong dan bersetuju untuk dia menjadi Menteri 100 Kapal, misi ke gaza membawa bekalan makanan.
Ideanya: Israel tidak mampu menahan atau mengganggu jika 100 kapal belayar dari seluruh dunia menuju ke Gaza.
See: Pemikirannya memang hebat...





Saya Polan bin Polan

dengan ini membuat
aku janji dan berikrar
dengan sesungguh dan sesuci hati
bersetuju untuk bertanding
jawatan Ketua Pemuda
1UMNO 1Malaysia
untuk bangsa, ugama
dan negara
Saya berjanji jika menang
akan berjuang
jawatan dan pangkat
untuk diri sendiri
Jika tak dapat
Saya akan gunakan
Ketua2 Pemuda Negeri
Untuk Mendesak Perdana Menteri

Yang Terdesak
Kera Jantan

Kg Baru - Antara Mimpi dan Realiti

Kg. Baru bukanlah sekeping tanah milik kerajaan yang boleh dibangunkan esok paginya atas perancangan yang dibuat hari ini.
Kabinet dan kerajaan hanya boleh membuat cadangan yang pastinya akan dibentangkan dan dibuat pindaan berkali kali kerana hakikatnya Kg Baru adalah milik individu2 yang terdiri dari pelbagai fahaman politik, ideologi dan status.


Berdasarkan senario politik Malaysia hari ini di mana PAS, UMNO dan Melayu PKR tidak pernah menunjukkan kematangan mereka untuk duduk semeja mencari jalan penyelesaian dan merapatkan jurang perbezaan pendapat, pembangunan Kg Baru akan tinggal perancangan di atas kertas sahaja untuk tempoh berbelas atau berpuluh tahun lagi.

Untuk apa sekarang kita bertelagah?!

Wednesday, June 2, 2010

jangan Gopoh bangunkan Kg Baru

Secara spontan, saya berfikirkan bahawa pembangunan Kg Baru mestilah dibangunkan secara tradisi, berperancangan melangkau puluhan tahun (10 fasa mungkin) dan paling penting ianya dibangunkan secara unik,teliti, berperingkat, lain dari yang lain dan muncul sebagai satu lagi tanda mercu negara, khususnya melambangkan kebangkitan dan keunggulan Melayu dan islam di Malaysia.

KLIA, Menara Petronas Berkembar, Putrajaya adalah antara 'pembangunan' yang dibangunkan bukan semata mata dimaju dan dibangunkan tetapi dibangunkan secara pemikiran yang berwawasan, unik, canggih hingga mampu menjadi satu tarikan dunia. Tentunya ia bukan idea Mahathir seorang tetapi satu gabungan pemikiran yang diterajui Mahathir.


Apakah Najib dan para pemikirnya, para juaknya, para pembodeknya dan para kabinetnya mempunyai pemikiran yang sebegini ideal untuk membangunkan Kg Baru.


Pembangunan Kg Baru tidak harus menjurus hanya sekadar bangunan bertingkat tersergam dan kecanggihan prasarana biasa seperti yang terdapat sekarang di persekitaran Lembah Kelang, ia tidak harus dibangunkan sekadar mahu dibangunkan dengan cepat hingga 'terfikir' untuk di agih kepada bangsa lain atas perasaan orang Melayu tidak mempunyai kuasa beli dan kuasa memajukan.

Alangkah hina dan korupnya pemikiran sedemikian!!

Kenapa terburu buru membangun dan meng-agihkan, sekadar kerana mengejar komisyen atau terkejar projek untuk kroni. nyatakanlah dengan jelas dan terang. Tak perlu berselindung???


Kg. Baru wajar dibangunkan secara 'hijau', kekal dan bertradisi tetapi mempunyai nilai komersial yang amat tinggi, yang tidak akan terdapat di mana mana dunia.

Alangkah uniknya kalau teknologi kehidupan robotik dapat diujudkan di pembangunan Kg Baru yang mengekalkan
Islam mesti menjadi teras kepada pembangunan di mana seluruh kekayaan, keajaiban dunia Islam dapat dikumpulkan dan berpusat di Kg Baru baik dari segi siasah, ilmu, ekonomi dan sosial. Kg. Baru wajar digarap bersama dengan duduk semeja semua ilmuan dan pemimpin Melayu dan Islam dalam dan luar negara tanpa mengenal perbezaan perjuangan politik sengal dan remeh.

Pembangunan Kg Baru wajar terhasil dengan jaya di dunia pemikiran akitek Islam dan Pemimpin Malaysia yang mempunyai jiwa yang bersih untuk bangsa dan ugamanya, bukannya di tangan pemimpin yang gopoh.


Apakah Malaysia memilikinya? Siapa?

Monday, May 31, 2010

Bukan Semua "Israel" Jahat..

Kita patut lebih bekerjsama dan menjalin hubungan rapat dengan pihak pihak di Israel yang dikategorikan 'baik' selaras dengan aspirasi kedamaian dan keadilan sejagat.


Menjauhi segala dan semua bentuk dan nama "Israel" akhirnya merugikan kerana segala maklumat dalaman yang penting tidak dapat diketahui dengan jelas.
Bagaimana membuat strategi kalau kelemahan dan kekurangan musuh tidak diketahui?

Sudah sampai masanya pendekatan baru ini di ambil, masih ramai lagi rakyat Israel yang baik baik dan tidak sekejam pemimpin mereka.

Penentangan dan tekanan dari luar dan dibantu dengan maklumat dan desakan dari dalam sangat sangat berkesan jika digunakan sepenuhnya.

3 kumpulan hak asasi Israel mohon Zionis keluar nama mangsa

01/06/2010 3:11am

BAITULMAQDIS 31 Mei - Tiga buah kumpulan hak asasi Israel memohon perintah mahkamah hari ini supaya kerajaan rejim Zionis mengeluarkan senarai nama mereka yang terkorban dan cedera dalam serangan terhadap kapal misi bantuan ke Gaza.

Kumpulan itu berkata, mereka memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan maklumat seperti nama, lokasi serta keadaan mereka yang ditahan.

Selain itu, mereka turut memfailkan permohonan harbeas corpus terhadap Menteri Pertahanan Israel, Jabatan Penjara, Polis serta pihak imigresen dengan mendakwa penahanan beberapa aktivis keamanan itu sebagai tidak sah.

Petisyen permohonan itu dilakukan oleh ahli jawatankuasa pertubuhan Anti Penyeksaan dan Hak Asasi Manusia Israel, Adalah. - AFP

Judi - apahal kita sebok (II)

Ramai yang memberi pendapat di sini tersasar kepada tajuk Judi - apahal kita sebok (I) , mereka terlebih emosi dan begitu yakin lebih patriotik dan Islamik.

Apa yang di utarakan bukan sama sekali mempertikaikan tentang hukum judi, itu haram bagi umat Islam tetapi apa yang disyorkan kenapa kita terlalu terlampau mempertikaikan lesen yang mahu dikeluarkan kepada judi bola yang tentunya untuk yang bukan Islam, malahan lesen itu bertujuan mengawal perjudian sambil ada percukaian yang boleh digunakan semula untuk pembangunan.

Fokus utama patutnya membahaskan mana satu yang lebih baik: Membiarkan judi bola haram berterusan atau mengawal judi bola itu dengan perlesenan.

Takut orang Islam turut berjudi bola adalah subjektif seperti juga judi judi lain yang sudah dilesenkan. Telahpn dicadangkan langkah pencegahan ialah kita minta penguatkuasaan dipertingkatkan dengan hukuman yang lebih berat bukan sahaja kepada judi bola tetapi kepada semua judi termasuk pelacuran, sumbang mahram, rempit dan lain lain maksiat dan larangan.

Islam berkembang di celah celah jahiliyah, berkembang bukan kerana melarang orang bukan Islam itu dan ini dengan hukum Islam, tetapi berkembang dengan dakwah dan peraturan hidup yang lebih sempurna tanpa judi, pelacuran dan sebagainya. Mereka tertarik lalu masuk Islam, bukan kerana pedang atau hukum larangan.

Ada yang copy and paste petikan AlQuran menyentuh dan menyebut tentang hukum perjudian yang haram. Untuk apa? Tiada sesiapapun megnatakan judi itu halal, kerajaan pun apabila memberi lesen tidaklah sampai ke tahap mengata judi itu halal sebaliknya bertujuan mengawal.

Malang sekali tidak ada pula yang dapat menunjukkan bukti dalil dan nas bahawa cukai yang diambil atas perjudian dan aktiviti larangan Islam lain tidak boleh digunakan semula. Mereka lebih asyik bertanya mana dalil dan nas yang Islam membenarkan cukai tersebut digunakan. Bukankah dua perkara itu adalah benda yang sama secara kasarnya.

Jika kita terus mendalami Islam, nyata 'percukaian' di dalam Islam sangat luas, adil dan lengkap sehingga tidak ada satupun tertinggal termasuklah segala aktiviti bukan Islam yang akan dikenakan cukai dalam rangkuman Pengambilan harta (dari orang Islam) yang disebut sebagai dharibah dan rangkuman pengambilan harta dari orang bukan Islam sebagai Jizyah dan Hukum jizyah adalah wajib berdasarkan nash Al-Quran. Allah S.W.T. berfirman :

"Sampai mereka membayar jizyah dengan patuh, sedang mereka dalam keadaan tunduk." (Surah At-Taubah:29)

Bukan juga bermaksud bahawa orang Islam merelakan perlesenan ini dari segi hukum tetapi soal melampau lampau membantah biarlah diserahkan kepada orang bukan Islam kerana lesen judi bola ditujukan dan dibenarkan kepada mereka. Baik atau buruk biarlah mereka yang lebih berkata kata.

Sebagaimana kita yang tidak mahu mereka mencampuri soal Islam, wajar juga kita tidak mencampuri budaya hidup mereka. Banyak lagi kepincangan umat Islam yang sedang diperlakukan oleh orang Islam yang menjadi bahan sinis dan ketawa yang bukan Islam.

Fokus kita dimana?

Mugilan, Mu kena ambil tindakan 'gila'

KUALA LUMPUR, Monday 31 May 2010 — Sacked MIC Youth deputy chief V. Mugilan has announced that he will hold another anti-Samy Vellu rally within two weeks.

Mugilan wajar membawa penyokongnya untuk menyertai Kelab Penyokong PAS untuk MIC mendapat tekanan dari komponen BN yang lain termasuk UMNO.
Kempen Anti Samy akan pupus begitu sahaja jika Mugilan tidak mengambil tindakan yang lebih drastik dan kamikaze politik.

6ANGKA