Monday, May 31, 2010

Bukan Semua "Israel" Jahat..

Kita patut lebih bekerjsama dan menjalin hubungan rapat dengan pihak pihak di Israel yang dikategorikan 'baik' selaras dengan aspirasi kedamaian dan keadilan sejagat.


Menjauhi segala dan semua bentuk dan nama "Israel" akhirnya merugikan kerana segala maklumat dalaman yang penting tidak dapat diketahui dengan jelas.
Bagaimana membuat strategi kalau kelemahan dan kekurangan musuh tidak diketahui?

Sudah sampai masanya pendekatan baru ini di ambil, masih ramai lagi rakyat Israel yang baik baik dan tidak sekejam pemimpin mereka.

Penentangan dan tekanan dari luar dan dibantu dengan maklumat dan desakan dari dalam sangat sangat berkesan jika digunakan sepenuhnya.

3 kumpulan hak asasi Israel mohon Zionis keluar nama mangsa

01/06/2010 3:11am

BAITULMAQDIS 31 Mei - Tiga buah kumpulan hak asasi Israel memohon perintah mahkamah hari ini supaya kerajaan rejim Zionis mengeluarkan senarai nama mereka yang terkorban dan cedera dalam serangan terhadap kapal misi bantuan ke Gaza.

Kumpulan itu berkata, mereka memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan maklumat seperti nama, lokasi serta keadaan mereka yang ditahan.

Selain itu, mereka turut memfailkan permohonan harbeas corpus terhadap Menteri Pertahanan Israel, Jabatan Penjara, Polis serta pihak imigresen dengan mendakwa penahanan beberapa aktivis keamanan itu sebagai tidak sah.

Petisyen permohonan itu dilakukan oleh ahli jawatankuasa pertubuhan Anti Penyeksaan dan Hak Asasi Manusia Israel, Adalah. - AFP

4 comments:

  1. kluanggold,
    susah nak cari orang yg faham begini brader.
    ramai drpd kita nak tibai siapa saja yg namanya bukan nama muslim sedangkan ramai yg kat luar sana tu sebetulnya bukan musuh islam.

    ReplyDelete
  2. So they are good Jew's and bad Jew's, tetapi macam mana nak kenal?.
    Mungkin yang pakai songkok"skull cap" tolak kebelakang tu jahat kot dan yang yang tak pakai songkok tu baik mungkin, tetapi kat Malaysia ni ramai juga yang pakai songkok"skull cap" tolak kebelakang macam yahudi,fahaman saya mereka-mereka ini untok dilihat lebih alim pulak,bagitu mengelirukan.

    Ramai dari para nabi dan rasul samaada yang diketahwi dan yang tidak diketahwi terdiri dari kalangan kaum yahudi jadi justifikasinya untok membenchi kaum ini ,yang banyak disebut didalam Al quran dan hadis tentang keburokanya, malah kalau kita menonton filem-filem Amerka pon keburokan kaum ini sering diperkatakan didalam dilog-dilog nya,juga tidak tertingal cerita-cerita tamadun manusia megiakan seadanya.

    Bagi umat Islam diakui memang sukar bagi kita menerimanya tetapi mungkin juga kita tidak begitu memahami,Waalah waalam.


    1sekolah >1bahasa >1Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Garis panduan 'kebaikan' yang saya maksudkan di sini tidaklah sampai ke hati budi mereka untuk kita kenalpasti atau dalami betul betul sebelum menjalin kerjasama.

    Memadai dengan perhubungan biasa tetapi mesra berdasarkan aktiviti mereka yang menjurus kepada norma kedamaian dan keadilan universal. Beberapa NGO's di Israel antara mungkin langkah awal yang patut didampingi oleh NGO's Malaysia dengan izin kerajaan.

    ReplyDelete
  4. saye tak kesah...
    ISRAEL adalah sebuah negare yang tidak pernah bersyukur...
    ALLAH S.W.T telah memberi segale harta dan makanan yang ade di Syurga...tetapi dye masih tidak bersyukur..tengok sekarang...dye orang nak mengembangkan tanah jajahan dye orang...tak bersyukur langsun..dah 100 tahun dye orang berperang...ALLAHUAKBAR...!!!
    PALESTINE WILL BE FREE...!!!

    ReplyDelete

6ANGKA