







Sejauh
manakah mahkamah
adalah tempat kita mencari keadilan???
Hari ini pelanggan2 mahkamah
datang hanya membayar satu tiket di kaunter (daftar kes) dan kemudian berduyun duyun masuk untuk menunjukkan pelbagai aksi zoo mereka?
BAITULMAQDIS 4 Jun - Israel akan tetap menghalang sebuah kapal bantuan yang disertai beberapa aktivis daripada menghampiri sempadan Gaza, Kata Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman hari ini.
Kerajaan rejim Zionis itu tetap berkeras menghalang kapal bantuan, Rachel Corrie daripada menghampiri perairan Gaza walaupun menerima tekanan antarabangsa ekoran serangan ganas tentera mereka terhadap sebuah lagi kapal bantuan, Mavi Marmara hingga menyebabkan beberapa aktivis terkorban Isnin lalu.
“Kami akan tetap menghalang kemaraan kapal itu (Rachel Corrie) dan mana-mana kapal yang cuba mengugat kedaulatan negara ini.
“Kapal Rachel Corrie tidak akan sama sekali diberi peluang untuk menghampiri perairan Gaza,” kata Lieberman kepada stesen televisyen tempatan. - Reuters
BAITULMAQDIS 31 Mei - Tiga buah kumpulan hak asasi Israel memohon perintah mahkamah hari ini supaya kerajaan rejim Zionis mengeluarkan senarai nama mereka yang terkorban dan cedera dalam serangan terhadap kapal misi bantuan ke Gaza.
Kumpulan itu berkata, mereka memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan maklumat seperti nama, lokasi serta keadaan mereka yang ditahan.
Selain itu, mereka turut memfailkan permohonan harbeas corpus terhadap Menteri Pertahanan Israel, Jabatan Penjara, Polis serta pihak imigresen dengan mendakwa penahanan beberapa aktivis keamanan itu sebagai tidak sah.
Petisyen permohonan itu dilakukan oleh ahli jawatankuasa pertubuhan Anti Penyeksaan dan Hak Asasi Manusia Israel, Adalah. - AFP