Friday, June 11, 2010
Perwakilan PAS tanpa penginapan..
Ana bersetuju dengan pengorbanan mereka, sejauhmana samarata dengan perwakilan dari negeri2 lain?
Lalu anak tumpangkan mereka di ofis ana cawangan Kelantan, depan Renai Hotel - ofis tapi lengkap untuk segala keperluan penginapan untuk sekadar satu atau dua famili (ala homestay), kepada sesiapa yang tak ada penginapan di Kota Bahru, hello hello lah ana di sini. Tanggung bereh.
Malamnya pula ana bertemu seorang Setiausaha Pemuda satu bahagian UMNO Kelantan, dia mengakui itulah kehebatannya perwakilan PAS, mereka guna duit sendiri tapi kalau UMNO, jangankan perwakilan, pemerhati pun 'demand' hotel. Itu baru Perwakilan Pemuda, belum lagi Wanita, Puteri dan Bahagian itu sendiri. Puluhan ribu ringgit hanya habis untuk penginapan dan kos pengangkutan sahaja.
Jadi kedua dua pihak (UMNO dan PAS) fikir fikirkanlah supaya keadaan lebih seimbang.
Monday, June 7, 2010
promosi Utusan Malaysia
Jika keputusan pun perlu ambil masa sebelum di muktmadkan, bila pula perlaksanaannya akan bermula.
Kerajaan harus senaraikan semua projek atau perancangannya yang Sudah Dimuktmadkan dan Yang Belum Muktamadkan untuk rakyat mengetahui kedudukan sebenar.
Kenapa pula beberapa faktor kerajaan menunggu reaksi rakyat sedangkan dalam beberapa perkara lain, kerajaan terus buat keputusan muktamad. MECD kenapa dihapuskan dan sampai kini apa gantiannya yang jelas dan jitu???
Sunday, June 6, 2010
Mahathir masih mendahului..
Masih ramai yang sudah lama bekerja: Samy Vellu sedang bergelut dan hilang moral.
Chua Soi Lek: Masih teraba ( memang kaki raba pun) dan mencari penawar untuk MCA mendapat semula sokongan kaum Cina - memang dah tak ada harapan: Sebagai alasan: tembak siapa sahaja, termasuk UMNO dan PERKASA.
Yang baru bekerja: sebok menghitung masa depan politik nak jadi kroni pada pemimpin utama mana.
Yang terlepas kerja: Sedang bergelut dengan kes peribadi, belum terlewat walaupun sudah dituduh liwat.
Yang tua: Masih nak pertahan saki baki pengaruh dan kuasa yang ada walaupun fatwanya dah kurang 'umpphh..'
Pemimpin utama: Siang malam fikir apa lagi slogan untuk rakyat terpesona..
Pemimpin pembangkang: memasang cita cita..
Kepada yang anti-Mahathir : banyakan bersabar...
banyak lagi...
Friday, June 4, 2010
Pelanggan tidak bersikap adil terhadap mahkamah..
ADA SESIAPA LAGI NAK BERDEMO...
Israel tetap halang kapal bantuan aktivis
BAITULMAQDIS 4 Jun - Israel akan tetap menghalang sebuah kapal bantuan yang disertai beberapa aktivis daripada menghampiri sempadan Gaza, Kata Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman hari ini.
Kerajaan rejim Zionis itu tetap berkeras menghalang kapal bantuan, Rachel Corrie daripada menghampiri perairan Gaza walaupun menerima tekanan antarabangsa ekoran serangan ganas tentera mereka terhadap sebuah lagi kapal bantuan, Mavi Marmara hingga menyebabkan beberapa aktivis terkorban Isnin lalu.
“Kami akan tetap menghalang kemaraan kapal itu (Rachel Corrie) dan mana-mana kapal yang cuba mengugat kedaulatan negara ini.
“Kapal Rachel Corrie tidak akan sama sekali diberi peluang untuk menghampiri perairan Gaza,” kata Lieberman kepada stesen televisyen tempatan. - Reuters
Thursday, June 3, 2010
Akujanji
Ideanya: Israel tidak mampu menahan atau mengganggu jika 100 kapal belayar dari seluruh dunia menuju ke Gaza.
See: Pemikirannya memang hebat...
Saya Polan bin Polan
dengan ini membuat
aku janji dan berikrar
dengan sesungguh dan sesuci hati
bersetuju untuk bertanding
jawatan Ketua Pemuda
1UMNO 1Malaysia
untuk bangsa, ugama
dan negara
Saya berjanji jika menang
akan berjuang
jawatan dan pangkat
untuk diri sendiri
Jika tak dapat
Saya akan gunakan
Ketua2 Pemuda Negeri
Untuk Mendesak Perdana Menteri
Yang Terdesak
Kera Jantan
Kg Baru - Antara Mimpi dan Realiti
Kabinet dan kerajaan hanya boleh membuat cadangan yang pastinya akan dibentangkan dan dibuat pindaan berkali kali kerana hakikatnya Kg Baru adalah milik individu2 yang terdiri dari pelbagai fahaman politik, ideologi dan status.
Berdasarkan senario politik Malaysia hari ini di mana PAS, UMNO dan Melayu PKR tidak pernah menunjukkan kematangan mereka untuk duduk semeja mencari jalan penyelesaian dan merapatkan jurang perbezaan pendapat, pembangunan Kg Baru akan tinggal perancangan di atas kertas sahaja untuk tempoh berbelas atau berpuluh tahun lagi.
Untuk apa sekarang kita bertelagah?!
Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah
Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa ada addendum Pertanyaan telah ...
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Aku pun pelik le perangai pembangkang ni, asyik komplain pasal gst, harga petrol naik, inflasi makin tinggi dan kos saraan hidup yang me...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...