Sunday, July 18, 2010

Kj patut ikut contoh Rosmah

The wife of the prime minister, Rosmah Mansor, today opened the Sabah Wisma Wanita here and asked the Finance Ministry to consider allocating funds for a similar building in every state.

Rosmah, isteri kesayangan Najib, Perdana Menteri Malaysia telah menjelajah jauh dan mendahului kebanyakkan Menteri kabinet Najib dalam menunjukkan prestasi idea dan kerja. Walaupun tanpa sebarang jawatan jawatan rasmi dalam kabinet dan parti tetapi Rosmah mampu menyumbangkan sesuatu kepada negara.

Kj selaku Ketua Pemuda wajar mencontohi Rosmah dalam menggerakkan Pemuda untuk membantu Najib menjadikan 1Malaysia satu realiti.

Kuasailah Pemuda dari segi sokongan, semangat dan roh serta berhentilah dari menjadi budak suruhan pada mana2 pihak. Mengakulah diri sebagai Melayu yang belum menyumbangkan sesuatupun pada bangsa sendiri.

Ku Li Says, Perkasa Fills Umno Youth ‘Vacuum’... No wonder KJ is Mad...http://bumiyang.blogspot.com/2010/07/ku-li-says-perkasa-fills-umno-youth.html

Saturday, July 17, 2010

Tanpa PAS and UMNO (PaU), orang Melayu hendak ke mana..

Orang Melayu kena gunakan persatuan untuk bersatu padu tanpa taksub kepada fahaman politik apabila pemimpin parti politik yang mereka sertai sedang berada dalam keadaan mabuk kuasa dan sindrom takut hilang kuasa. Pemimpin Melayu dan Islam hari ini merasakan mereka berada dipuncak kuasa atas kekuatan undi bukan Melayu.

Pemimpin UMNO percaya orang Melayu tidak mempunyai pilihan lain selain dari memilih UMNO dan pemimpin PAS percaya penggunaan sentimen Islam akan mmemastikan orang Islam memilih PAS.
Mereka saling tuduh menuduh, salah menyalah untuk mengekalkan sokongan dan ketaksuban penyokong masing2 dan berlumba lumba untuk mengambil dan menawan hati bukan Melayu dan Islam.


Apakah benar di PRU13 nanti, orang Melayu dan Islam tidak punya pilihan lain selain PAS dan UMNO. Ada sesiapa di sini yang nak cadangkan Anwar sebagai penyelamat..

Wednesday, July 14, 2010

MCA makan umpan sendiri..

RM1B peruntukan untuk sekolah2 cina sebagai jaminan untuk mengembalikan sokongan pengundi cina kepada MCA secara langsung dan secara tidak langsung kepada BN?

Wajar juga MIC, Gerakan dan lain lain parti komponen BN menuntut perkara yang sama?


UMNO, u tak tuntut apa apa ka? u hanya pertahankan pintu gol yang sudah bocor ka? haiya..

Kalau saya adalah seorang PM, saya akan bertanya balik kepada MCA, tolonglah jangan minta benda yang bodoh kalau awak mahu saya jawab dengan cara yang lebih bodoh.

Atau saya nak bagitahu Chua, hanya cina bodoh sahaja yang akan sokong MCA di PRU13 nanti kerana MCA adalah seperti perempuan pelacur yang sudah dibogel dan divideokan dan tidak punya apa2 harga untuk tawar menawar.

Wa cakap lu....Melayu pun dah sokong DAP.

Wednesday, June 30, 2010

Tun Dr Mahathir - Ramai orang...

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.

Di Mana kan Rakyat Cari Ganti
Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum

Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Mereka ini masih boleh mengundi...jangan terlepas pandang.


Rumah Titian Kasih diarah kosongkan segera

Rumah Titian Kasih diarah kosongkan segera.Perintah mahkamah telah didapatkan oleh pemilik rumah.

Mana dia YB YB ? Takkan yang ini Najib buat tak nampak..

Baitulmal berlambak duit nak simpan buat apa?

Monday, June 28, 2010

Lesen judi batal - Melayu dapat apa.

Perjuangan orang Melayu majoritinya telah berjaya untuk Najib tidak megneluarkan lesen judi bola..hore!!!! Kemenangan PAS, kemenangan Cina DAP....Melayu telah didahulukan oleh Najib....
Melayu dapat apa atas pembatalan tersebut? Melayu tak dapat apa apapun, kemenangan yang kosong! menang moral? Ye ke? pembatalan tersebut menyebabkan Melayu yang suka main semua jenis judi akan tiba tiba berhenti main judi, betul ke? Bertambahkah moral Melayu lepas ini? Kemenangan sekadar menahan, sekadar mencegah?

Bagaimana dengan pejuangan menambah?
Batalkan semua lesen judi...eh tak boleh, sensitif, dah dikeluarkan, tak boleh tarik balik...ooooo hukum ugama boleh ada kompromi? siapa cakap, cina DAP ke cina dalam PAS. Dalam Al Quran ada ke sebut lesen judi tidak boleh ditarik balik, lesen arak tidak boleh ditarik balik.. Yang kepas lepas tu halal, yang akan datang itu haram..
Itu kerajaan BN yang keluarkan, kerajaan BN lah yang kena batalkan...bukan tanggungjawab PAS, oooo gitu..
Bagaimana dengan perjuangan tambahan biasiswa, tambahan tempat anak Melayu di IPTA, tambahan bangunan asrama, tambahan bangunan sekolah Ugama, tambahan guru Ugama, tambahan gaji guru Ugama, kalau tak cukup tempat hantar ke luar negara...itu tak diperjuangkan mati matian ke?
Kaum lain berjuang dapat tambahan, dapat peruntukan, dapat kelonggaran, dapat keistimewaan, dapat percuma, dapat khas, dapat bantuan, dapat perhatian, dapat pertimbangan, dapa....t, dapa....t dapat.....
Orang Melayu berjuang, dapat bertahan, dapat lebih kurang, dapat janji, dapat amaran, dapat kejian, dapat label perkauman...semuanya tak berganjak ke depan.

Apa saja bentuk kalau gostan, itu bukan perjuangan namanya. Kalau bertahan sahaja, tak jaringkan gol, sampai bila pun tak menang.

Besok, kalau ada lagi perjuangan untuk 'bertahan' - orang Melayu lah yang paling sakan seboknya walaupun tak ada kena mengena dengan mereka.

Saturday, June 26, 2010

Najib kena jelaskan..



http://pemudabesut.blogspot.com/2010/06/najib-diugut-badan-perisikan-singapura.html

Hsien Loong kemudiannya melakukan lawatan balas ke Malaysia sebulan selepas kunjungan Najib ke Singapura.

"Semua ini mengarut dan tak masuk akal. Selepas pengumuman di Singapura , banyak bantahan kedengaran di Malaysia. Namun Perdana Menteri Singapura hadir pula ke Kuala Lumpur seolah ‘mengingatkan’ Najib mengenai sesuatu agar Najib terus mempertegaskan persetujuan Malaysia dengan keputusan berat sebelah yang dipersetujui di Singapura.

"Seolah seperti ada sesuatu yang mengikat Najib untuk akur walaupun ia jelas merugikan negara. Dari aspek politik juga Najib jelas akan rugi kerana suara bantahan yang keras sudah mula kedengaran. Namun Najib seolah terpaksa meneruskan.

"Adakah Najib diugut dalam mempersetujui perjanjian ini? Adakah ‘perisik’ Singapura telah mengumpulkan rekod tersebut? Adakah rekod tersebut digunakan untuk mengugut Najib dalam akur dan bersetuju dalam satu lagi penggadaian hak dan kedaulatan negara?," soal beliau dengan tegas.


Sekali lagi khabar angin akan menjadi persepsi benar jika tidak ditangani dengan baik. Paling malang jika khabar itu betul atau tidak, negara tetap rugi, hilang maruah dan kedaulatan.
Orang orang seperti Tun Dr Mahathir tidak harus berdiam diri dan berasa senang hati dengan gula gula kajian jambatan akan dibina semula menggantikan Tambak Johor. Begitu juga Perkasa dan lain lain NGO tidak harus berdiam diri dalam ketika rakyat dan orang Melayu seperti anak ayam kehilangan ibu. Kepentingan peribadi individu tidak begitu penting hatta walaupun dia seorang PM kerana rakyat dan kepentingan negara mendahului.

Benteng selatan sudah diceroboh ketika di utara, sudah terbina sebuah empire kecil tetapi kukuh.

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...