Sunday, July 3, 2011

Rakyat majoriti mendesak....

Rakyat majoriti yang akur atas titah DYMM Yang Di Pertuan Agung berhubung sewajarnya pembatalan BERSIH 2.0 9hb Julai mendesak polis mengambil tindakan yang lebih drastik terhadap mana mana individu yang bukan sahaja telah melakukan tetapi juga yang berpotensi untuk melakukan apa sahaja bentuk hasutan dan cubaan hasutan serta provokasi di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969. 

Majoriti rakyat tidak mahu tindakan hanya di ambil ketika keadaan sudah menjadi buruk dan hilang kawalan. Langkah2 pencegahan juga mesti di ambil seawal mungkin 6hb hingga 12hb Julai memastikan tidak ada apa apa perhimpunan lain yang berpotensi untuk disalahguna oleh prokomunis ini.

Pengawasan, pemantauan dan pengawalan juga kena dibuat terhadap semua rumah ibadat yang ada kemungkinan sabotaj dilakukan di sana untuk mencetuskan pertikaian ugama dan kaum ke arah huruhara.


Nama2 besar dalam BERSIH, parti politik, NGO dan orang perseorangan perlu diletakkan di bawah pengurungan di rumah atau tempat khas dalam tempoh tersebut jua.


Malaysia yang berbilang kaum hanya memerlukan api kecil untuk membakar menjadi besar seterusnya mencetus dan meletup yang sudah tidak terkawal lagi. Langkah pencegahan yang tegas perlu di ambil.


Rakyat majoriti merayu kepada pihak berkuasa untuk bertindak sekarang. Tidak wajar ada pengecualian, kompromi pada mana2 pihak demi keselamatan dan keamanan.


BERSIH 2.0 sebenarnya satu permulaan dan cubaan puak tertentu untuk melihat sejauhmana ketahanan rakyat dan negara. Sudah pasti akan ada lagi yang serupa untuk terus mengancam negara dari dalang dalam dan luar negara.

Sejauhmana keadaan sebenarnya?

http://dukeofumno.blogspot.com/2011/07/gemparrrr-bershit-sudah-mula-bergerak.html

Kerajaan sudah bersedia?
Polis sudah bersedia?
Melayu sudah bersedia?

Kerajaan Melayu di asak begitu rupa hingga terpaksa menggunakan segala sumber yang ada tetapi nampak macam tidak berdaya melawan badai, kenapalah begitu lemahnya Najib..

(( Ambiga mungkin tidak kaut sangat, tetapi siapa sebenarnya yang lemah....??!! ))

lawak cina kapir DAP Penang..


PULAU PINANG 3 JULAI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas kenyataan terbuka Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang menafikan penglibatan Umno negeri itu dengan sebuah demonstrasi ganas Jumaat lalu.
“Kerajaan negeri Pulau Pinang berasa terkejut dengan pembohongan terbuka Zainal Abidin Osman yang mendakwa Umno tidak terlibat dengan demonstrasi ganas yang mengganggu aliran trafik sejauh 10 kilometer dan menyerang dua wartawan pada 1 Julai lalu di Komtar dan Jambatan Pulalu Pinang,” kata Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini.
Menurut Guan Eng, penafian yang dibuat oleh Zainal sekaligus menunjukkan sikap pengecut Umno Pulau Pinang walhal pada hari tersebut Senator dari Umno, Ezam Mohd Noor sendiri ditangkap polis kerana terlibat dalam demonstrasi itu.
“Rakam video menunjukkan Senator Umno, Ezam Mohd Noor ditangkap polis kerana terlibat dalam perhimpunan haram menunjukkan Umno adalah pengecut kerana menafikan penglibatan mereka. Ini adalah contoh terbaik peribahasa Melayu, “baling batu sembunyi tangan”,” kata Guan Eng.
Tambah beliau, Zainal bersikap berani dan memohon maaf kepada orang ramai di atas penglibatan Umno dalam demonstrasi ganas tersebut.
Dalam pada itu, Guan Eng turut menyatakan kekesalannya di atas tindak tanduk Ezam yang menghasut orang ramai untuk menggulingkan dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Di manakah hormat yang perlu ditunjukkan oleh Umno terhadap demokrasi dan mandat saya selaku Ketua Menteri yang sah?” kata Guan Eng.
Malah ujarnya, layanan media arus perdana terhadap insiden-insiden yang melibatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional juga kekal berat sebelah apabila tidak ada satu pun media itu melaporkan tentang penahanan Ezam.
“Tiada langsung berita oleh News strait Times tentang dua wartawan yang diserang Umno mahu pun peserta demo yang menghalang laluan trafik di tengah Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan trafik sejauh 10 kilometer. Pemimpin Umno Negeri dan Pemuda Umno turut hadir pada perhimpunan haram yang ganas itu,” kata Guan Eng.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Pemuda Umno Pulau Pinang bersama Perkasa Pulau Pinang berarak dari Masjid Kapitan Keling sehingga ke bangunan Komtar kononnya menuntut Guan Eng meletak jawatan kerana menyokong himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini.
Dalam demonstrasi ganas itu, beberapa cermin kereta dipecahkan dan dua wartawan dari akhbar Cina juga dicederakan.
............
1. Zainal Abidin Othman kata UMNO Negeri tidak terlibat dan bukannya kata orang UMNO tidak terlibat - buta ke cina ni.
2. Minta maaf? - pernahkah DAP minta maaf pada rakyat semasa rajin buat demo dulu?
3. Minta hormat - Kenapa kata jawatan KM nya sah kerana mandat rakyat, bukankah piloihanraya tidak bersih, jadi kerusi KM itu kotor, tidak sah, menang sebab tipu, perkauman?
4. Minta hormat? - hormat ke DAP kepada polis yang mengharamkan BERSIH
5. Wartawan akhbar cina? - kenapa nak layan so special wartawan akhbar cina? kenapa wartawan utusan dianaktirikan? Kalau nak special jadilah china doll, dapat tilam empuk atau pergi Libya, buat laporan dari sana.
6. Demo minta letak jawatan - bila lu nak letak jawatan atau bubar dewan.
7. Demo ganggu traffik - lu tau pun ganggu trafik, buatlah BERSIH di Penang, apasal KL?

8 perkara lulus - ramai nak sokong BERSIH

Wajar sokong BERSIH jika 8 perkara ini di ambil perhatian dan tindakan sertamerta oleh Ambiga:


1. Ambiga berundur dari megetuai BERSIH dan gantikan dengan Mat Sabu
2. Anwar sumpah laknat. Tunjukkan jam omega atau Mengaku dia pelaku dalam vdedio seks

3. Minta Anwar menjelaskan aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram di negara ini.
4. Nik Aziz bertaubat nasuha dari fatwa sedap mulut dia
5. PAS kembali semula ke perjuangan Negara Islam

6. Pembangkang berhenti dari fitnah
7. DAP hentikan rasuah dan perkauman
8. DAP minta maaf pada keluarga Teoh Beng Hock sebab sebenarnya merekalah dajal dan dalang

Saturday, July 2, 2011

Jika Demo di Kelantan - Halal atau haram...

Perhimpunan BERSIH yang tidak menajadi kenyataan pada 9hb atas tindakan polis demi keamanan dan keselamatan rakyat dan  negara wajar disokong walaupun sebenarnya situasi sebenar pada hari tersebut belum lagi menentu. Pengalaman yang lepas menunjukkan pasti tetap ada segelintir yang akan turun mencabar arahan polis dan kerajaan semata mata menunjukkan 'kedegilan' mereka.

Jika ini berlaku, pertembungan yang memungkinkan tangkap menangkap akan berlaku disusuli dengan tuduh menuduh selepas itu yang kemudiannya mahkamah menjadi tempat untuk 'mengadu dan mendapat keputusan'. Rentetan peristiwa itu sudah cukup menunjukkan rakyat dan polis membuang masa kerana kerenah segelintir pemimpin politik yang kononnya demi kesejahteraan rakyat tetapi sebenarnya menyusahkan rakyat dan banyak pihak lain.

Beberapa pemimpin Pembangkang sudah mula menunjukkan tipu  muslihat mereka untuk dilihat 'hero' di mata rakyat dengan sengaja melakukan provokasi untuk 'ditangkap' oleh pihak polis. Tindakan mereka semata mata publisiti untuk meyakinkan kepada penyokong bahawa mereka sanggup kedepan dan berkorban. 

Rakyat kena semak di kawasan mereka, adakah pemimpin2 yang kena tangkap hari ini adalah pemimpin yang sama turun padang dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasan mereka?? Sanggup memberi masa, turun naik pejabat untuk menyelesaikan masalah rakyat??  Jika mereka pemimpin yang di pihak kerajaan 4 negeri di kuasai pembangkang, adakah mereka mudah ditemui untuk mengadu?? Mereka lebih sebok dengan urusan parti, urusan peribadi atau urusan wakil rakyat??


Apakah ini Pembangkang yang mahu di sanjung? Apakah perhimpunan itu satu tindakan yang paling bijak dan sekadar itu yang mereka mampu lakukan? Walaupun menguasai 4 negeri, mereka masih menunjukkan ciri ciri pembangkang yang semata mata mahu dilihat hebat bergantung kepada 'isu' dan bukannya mereka lakukan sesuatu yang hebat dengan idea sendiri di 4 negeri yang mereka kuasai dan kemudiannya menunjukkan kepada rakyat itu kebolehan mereka memrintah?


Apa kehebatan Kelantan yang dikuasai PAS 21 tahun untuk dijadikan contoh terbaik? Pembangunannya? Akhlak rakyatnya? Islamnya? Kebajikannya? - yang tumbuh macam cendawan sekadar warung dan papan iklan "membangun bersama Isle". Pembangunan lain sekadar pembangunan biasa, rumah kedai, tesco, pusat membeli belah dan jalan2 bertampal. 

Agaknya apakah reaksi kerajaan Kelantan PAS jika esok2 rakyat Kelantan mahu berdemo di Kelantan memprotes tentang kemunduran dan pengabaian kerajaan PAS hampdir 21 tahun? Apakah demo sebegitu halal atau haram? Tuduhan yang pasti - UMNO adalah dalangnya.


Di Pulau Pinang dan Selangor pula, pembangunan jarang didengar, yang banyak ialah 'perobohan' milik rakyat yang marhaen, itukah kebajikan? Jika tidak kerana bantuan dan projek kerajaan Pusat, kedua dua negeri itu bukan kata bangunan, tiang pun belum tentu terpacak. 

Semua kelemahan2 mereka yang gagal menunaikan janji manifesto mahu ditgenggelam dan dikabui dengan provokasi seperti perhimpunan haram dan desakan serta fitnah semborono keatas pemerintah sekarang.


UMNO masih lupa daratan, PAS makin bercelaru, PKR perjuangan peribadi, DAP perkauman tebal, MCA hilang kepercayaan, MIC hilang perkataan - sedarkah mereka?


Rakyat - jom kita berfikir.

Friday, July 1, 2011

Idea Asal Mat Sabu



Selepas ini kerajaan wajar membina satu replika ibu negara KL dengan jalan2 yang menjadi kegemaran pendemo untuk berarak.

Bandar Replika terletak di tengah2 hutan Pahang yang masih luas dan projek itu diswastakan, mana2 pihak yang mahu berdemo perlu bayar termasuklah deposit untuk gantirugi kerosakkan yang dibenarkan.

Idea asal adalah Mat Sabu yang menyatakan demo akan meningkatkan perniagaan. Di replika, juga disediakan rumah penginapan termasuk rumah urut moden dan tradisional, gerai makan minum dan lain2. Perkhidmatan teksi dan bas akan meningkat penggunaanya dengan membawa penumpang dari seluruh pelusuk negara ke ibunegara replika.

Balai Polis dan Hospital dikecualikan pembinaannya kerana permit polis tidak diperlukan dan manamungkin berlaku kecederaan kerana semuanya berjalan dengan aman.






NGO dan Pejabat Agensi Perisikan Luar negara wajar dibuka bagi memberi khimat nasihat secara langsung dan tidak tersembunyi bagaimana demo perlu dijalankan secara berkesan termasuklah peruntukan besar perbelanjaan.

Astro boleh buat siaran langsung.



mykmu.net - Jangan Lupa Jemput Tokoh Ini Bersama..

laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis penulis maya (blog Politik shj) pada november .
Pencetus dan Pembawa Masalah Kepada rakyat dan negara Malaysia... Mana dia menghilangkan diri ketika segala pertelingkahan dan bala sedang di alami rakyat???

.


Ini waris yang ditinggalkannya....

6ANGKA