Sunday, July 24, 2011

Pok Nik mungkin tak dapat menjawab...

Minta rakan2 yang nak komen pasal PAS atau Kerajaan Kelanta n atau PAS Kelantan yang sewaktu dengannya supaya memperlahankan komen2 anda kerana Pok Nik buat masa ini dikhabarkan kurang sihat yang amat sangat. Dalam keadaan sebegitu sudah tentu komen2 anda tidak dapat dijawabnya, jadi jangan buang masa.


Sebaiknya cari dan cadangkanlah  calon2 sesuai yang wajar memangku kalau tidak mahu menggunakan 'ganti'

Apapun kita berdoa, Pok Nik kembali sihat dan segeralah meletak jawatan bagi membolehkan kerusi MB Kelantan tidak menjadi perebutan yang akan  melemahkan kerajaan kelantan dan PAS Negeri. Tidak menjadi masalah kalau itu menjejaskan dalaman PAS tetapi lebih penting pergolakan akan menjejaskan rakyat Kelantan keseluruhannya.

Tak perlulah sampai Allah pecat jawatan itu dari Pok Nik....burok benor !!!

DAP rehat berpolitik sempena Ramadhan????

Perlahankan  politik sepanjang Ramadan? -

DAP dan lain lain parti tidak berasaskan Islam tidak tertakluk. Mereka juga sudah tidak perlu menghormati Ramadhan atas nama dan kebebasan hak mereka.. Hak mereka tidak boleh disentuh, dicabar dan dilarang. Hak orang Islam boleh dipertikai dan disaman - inilah hasil sejak era Paklah dan dimakmurkan lagi oleh PAS.

Ini bermakna kata-mengata, kritik-mengkritik dan tuduh-menuduh antara satu parti politik dengan parti politik yang lain (parti lawan) perlu dihentikan. Ini kerana Ramadan menghendaki mereka yang berpuasa mendisiplinkan anggota tubuh badan mereka daripada melakukan perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai lagha (tidak berfaedah atau tidak berguna). 
Kenapa pada bulan ramadhan sahaja? lain lain bulan semua tu jadi halal?



Anggota mulut perlu digunakan untuk bertasbih, bertahmid dan membaca ayat-ayat suci al-Quran bukan untuk berceramah di pentas-pentas politik yang pasti melibatkan kritikan, sindiran terhadap parti lawan kerana ini adalah asam-garam ceramah politik.  Kalau tidak pendengar akan mengantuk dan tidak bersemangat (tidak bertakbir atau ucapan-ucapan lain seperti hidup satu-satu bangsa). 

Begitu juga dengan anggota badan lain manusia seperti kaki, telinga, mata dan tangan (malah hati pun) perlu turut didisiplinkan. Pergerakan semua anggota badan manusia hanya untuk mengingatkan Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung.  
Apakah benar semasa puasa sebulan Ramadan, politik mengambil cuti istirehat?







PAS Kelantan tak sokong "BERSIH"...

TUMPAT  23hb Julai 2011 - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran. Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini.

"Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir. Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat. (sumber Kosmo)
Nik Aziz sebok kempen bersih di tempat lain, tempat sendiri pengotor... 

 

Saturday, July 23, 2011

Anwar masih cantik kerana bedak 3 inci....


Najib ala-lembek Paklah... Ku Li terbaeeeeekkkkk


Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ilham Ku Li Bagi membolehkannya menjadi Presiden dan didukong Timbalan2 dan Naib2 yang berlatabelakang tokoh2 politik yang sudah dibuang masa sudah cukup menggambarkan halatuju mereka sekurang kurangnya untuk mengimbangi Perkasa yang dilihat banyak menyokong UMNO.


AMANAH juga mahu mengimbangi Najib yang terlalu banyak menonjolkan Alahyarham Tun Razak dan menenggelamkan lain2 PM sebelum ini termasuk TAR yang diambil kesempatan oleh Ku Li melihatkan perkembangan semasa di mana Anwar makin dihimpit dan tenggelam dan di kalangan PAS pula tidak ada tokoh yang benar2 mampu menerajui negara senadainya pembangkang menang di PRU13. 

Seperti biasa Ku Li yang memang gemar 'menunggu bola golek ke kaki' mengharapkan nasib dan keajaiban menyebelahinya. Tokoh seperti TAR juga sangat mudah ditgerima di kalangan pemimpin cina kerana tanpa TAR, mereka tidak ujud di Malaysia hari ini. Apa salah mereka balas budi TAR dengan memberi sokongan kepada Ku Li yang lebih bersih dari Anwar.


Tidak wajar ada kejutan selepas ini jika AMANAH lebih menyokong pembangkang dan langkah pertama ialah tentunya menyokong BERSIH.

Politik semasa akan melihat, halatuju kini akan bertumpu kepada Ku Li untuk dilihat sebagai potensi PM berdasarkan kemelayuannya dan keintelektualannya dan kurang kontroversi. Bagi yang kecewa dengan Najib ala lembek Paklah dan dibayangi Rosmah - Ku Li adalah pilihan yang terbaeeeeekkk.

Mengenepikan Najib adalah sekaligus bererti mengecewakan legasi Paklah dan Mahathir secara tidak langsung dan peluang ini tidak wajar Ku Li biarkan berlalu begitu sahaja bagi menebus kehampaannya masa lalu.

 

3 comments:


Anonymous said...
macam pelik, selalunya saya perhati kluangman ni anti dan benci ku li, dan sering menyebelahi tun M? hehehhe
Anonymous said...
mungkin ini kluangdiamond berbeza dgn kluangman?
Neilkie69 said...
Ialah, kluangdiamond hanya nampak diamond saja...itu baginya adalah peluang...





Antara Anwar, Ku Li dan Najib...


Kita dah tahu banyak 'keburukan' Anwar, masih cantik sekadar di make up oleh DAP dan PAS yang berkepentingan.


Berbanding Anwar, lebih baik Najib, berbanding Paklah, Najib lebih baik, tetapi takat tu je lah kot kepimpinan duapupu... yang tak best nya, Rosmah 'overexpose', even Ijat yang memang berjawatan pun tetapi kalau overexpose pun kurang elok juga apatah lagi Rosmah yang sekadar 'tumpang' title suami.
# Kehebatan Anwar dalam kelicikan berpolitik adalah setaraf Mahathir tetapi laluan dan rekod peribadinya agak sukar untuk diterima menjadi pemimpin utama negara.


Ada orang kata, apahal nak sakit hati dan rasa terganggu dengan exposure Rosmah, jawapannya ialah adakah orang akan selesa bekerja apabila isteri boss mereka, isteri CEO mereka, isteri GM mereka, isteri MD mereka pun dok sebok sama ????  Ini bukan majlis kahwin anak, ini soal pemerintahan negara, soal tugas dan tanggunjawab sebenar, bukan nak tunjuk lawa atau nak glamour. Berucap menggunakan intelek sebenar dan bukan baca skrip.
 


Sebab itulah dalam keadaan negara yang BN tidak lagi sekuat dulu dan pembangkang pun dijangka tidak mampu menawan Putrajaya (kalau mampu pun besok depa dok bergaduh pasal jawatan pula) adalah wajar kepimpinan yang agak boleh diterima semua seperti kepimpinan Ku LI menjadi alternatif yang terbaik.


Dalam politik negara semasa, mencari seseorang yang lebih baik dari Najib apatah lagi mencari seseorang yang hebat seperti Mahathir (yang tak setuju tu lantak lah..) adalah sukar dan boleh dikatakan 'tiada' dalam masa terdekat samada di kalangan BN atau Pembangkang maka Ku Li dilihat mampu sekurang kurangnya membawa suasana politik yang lebih sederhana dan kembali ke jalan asal seperti yang dirintis oleh PM Pertama hingga ke PM Keempat..

Keadaan politik semasa sudah cukup menjemukan dan dilihat tiada kesudahan yang jelas dan baik.

Negara memerlukan tumpuan yang lebih kepada realiti harmoni dan realiti ekonomi.

Najib ala-lembek Paklah... Ku Li terbaeeeeekkkkk

Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ilham Ku Li Bagi membolehkannya menjadi Presiden dan didukong Timbalan2 dan Naib2 yang berlatabelakang tokoh2 politik yang sudah dibuang masa sudah cukup menggambarkan halatuju mereka sekurang kurangnya untuk mengimbangi Perkasa yang dilihat banyak menyokong UMNO.


AMANAH juga mahu mengimbangi Najib yang terlalu banyak menonjolkan Alahyarham Tun Razak dan menenggelamkan lain2 PM sebelum ini termasuk TAR yang diambil kesempatan oleh Ku Li melihatkan perkembangan semasa di mana Anwar makin dihimpit dan tenggelam dan di kalangan PAS pula tidak ada tokoh yang benar2 mampu menerajui negara senadainya pembangkang menang di PRU13. 

Seperti biasa Ku Li yang memang gemar 'menunggu bola golek ke kaki' mengharapkan nasib dan keajaiban menyebelahinya. Tokoh seperti TAR juga sangat mudah ditgerima di kalangan pemimpin cina kerana tanpa TAR, mereka tidak ujud di Malaysia hari ini. Apa salah mereka balas budi TAR dengan memberi sokongan kepada Ku Li yang lebih bersih dari Anwar.


Tidak wajar ada kejutan selepas ini jika AMANAH lebih menyokong pembangkang dan langkah pertama ialah tentunya menyokong BERSIH.

Politik semasa akan melihat, halatuju kini akan bertumpu kepada Ku Li untuk dilihat sebagai potensi PM berdasarkan kemelayuannya dan keintelektualannya dan kurang kontroversi. Bagi yang kecewa dengan Najib ala lembek Paklah dan dibayangi Rosmah - Ku Li adalah pilihan yang terbaeeeeekkk.

Mengenepikan Najib adalah sekaligus bererti mengecewakan legasi Paklah dan Mahathir secara tidak langsung dan peluang ini tidak wajar Ku Li biarkan berlalu begitu sahaja bagi menebus kehampaannya masa lalu.

Wednesday, July 20, 2011

Buatlah Anugerah Yap Ah Loy @ Chin Peng...itu aku sokong

KUALA LUMPUR, July 20 — Gerakan urged Universiti Teknologi Mara (UiTM) to scrap its Ibrahim Ali leadership award as links to the Perkasa chief will cause recipients to be discriminated.
Its vice president Datuk Mah Siew Keong said today that awards should be named after distinguished individuals and not those “making racists statements and making problems.” 
(MInsider)

Itu gamaknya perangai mereka dan aku dengar UiTM memang tak ada rancangan anugerah "Ibrahim Ali" itu secara rasminya???

Aku pun pelik kenapa agaknya bangsa lain sebok sangat sentuh hal dan urusan bangsa Melayu sekarang ni, kenapa mereka ni haramjadah tak habis habis, siapa yang asal2 bagi muka kalau bukan paklah...najib mewarisi...kalau dapat kat anwar, memang lagi cepat lingkup bangsa Melayu.

Ustat Zizan tinggal seluar pendek..Pok Nick terlucut kain...



Selepas PAS Kedah diketuai Ustat Zizan tersunggkur di kaki cina DAP kini giliran Pok Nick pula terlucut kain di kaki cina MCA dalam isu pusat hiburan dan perjudian.

Kita tengok apa pula bunyi yang keluar dari ular dalam semak. 

Kalau alasan dan tuduhan: UMNO jadi dalang hingga membawa cina MCA saman..itu aku dah sebut, dah chup.. Pok Nick tolong cari jawapan lain.

Tiga penduduk Kelantan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) untuk memohon pengisytiharan bahawa kerajaan negeri itu tidak berkuasa melulus dan menggubal undang-undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.
Saman pemula itu difailkan oleh dua peniaga, Mong Meng Yit dan Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa serta Gan Han Chuan pada 6 Jun lalu.
Salinan writ saman itu diserahkan kepada pihak media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker. Pengurusan kes itu dibuat di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 17 Ogos ini. - Utusan

6ANGKA