Walaupun Ku Li masih beluim 'bersuara' tentang perkabaran sebenar samada dia ditawarkan menerajui Pakatan Pembangkang melalui 'pintu belakang' oleh PAS atau tidak masih lagi menjadi tanda soal besar walaupun di beberapa pihak UMNO cuba menyata dan meyakinkan bahawa itu hanya khabar angin dan bukannya realiti.
Ada anehnya bila Ku Li sendiri belum bersuara dan jika ada pun kenapa begitu lambat menafikannya sekurang kurangnya menolak pelawaan itu jika pun ada.
Bila ada sikap membisu, itu lebih membawa kepada jawapan bahawa memang benar ada pihak terutama PAS yang berjumpa dan bercakap dengannya soal itu. Kalaupun Nik Aziz menafikan, tentu wakilnya, orang kuatnya, ayam tambatannya dengan mudah dikenalpasti sebagai 'dalang' dalam perkara ini.
Tidak mungkin tidak ada pertemuan, cuma PAS mungkin agak terkilan dan malu untuk berkata 'ya' apabila Ku Li menolaknya?? Atau ada kemungkinan, Ku Li sedang memerhati suasana sebelum membuatt pertimbangan dan keputusan ???
Karpal yang menafikan perkara ini mendahului Ku Li agak melegakan anwar dan sudah tentu tidak akan ada satu umatpun di PAS yang berani dan sanggup menyanggah. Tetapi jangan istilahkannya sebagai PAS takut, sebenarnya mereka lebih kepada sangat menghormati kata2 keramat benggali itu.
Walaupun ada sedikit penafian dan dolak dalik yang dibuat, nyata perkara mengenai siapa yang mengetuai Pakatan Pembangkang selain Anwar sekarang sangat relevan dan perlu difikir secara meluas di kalangan pembangkang jika benar2 mahu memenangi pilihanraya.
Pendekatan ala- najib, calon yang boleh menang mestilah mengatasi calon yang sekadar popular atau merit boleh ditiru oleh pembangkang. Anwar sehebat manapun belit dan hujah pidatonya kini semakin hari semakin hambar dan basi ekoran peribadinya sendiri yang penuh dengan 'teori konspirasi' UMNO.
Selain dari nama2 yang sudah kurang komersial dan tidak lagi digeruni seperti Kit Siang, Eng Guan, Nik Aziz, Hadi, Azmin dan yang sedia ada, pembangkang sangat benar2 memerlukan nama lain, seseorang yang diluar tetapi agak berpengaruh untuk masuk ke dalam pembangkang dan mengetuainya untuk menambah sokongan dan kekuatan. Tanpa tokoh tertentu pembangkang berada di dalam keadaan moral yang sangat rendah untuk meyakinkan rakyat tentang kebolehan mereka memerintah negara sekaligus rakyat akan menolak mereka di PRU13 kelak.
Anwar sudah berada dalam 'nasib malang yang bertimpa timpa' dan sesuai untuk diketepi dan rehatkan seketika di luar gelanggang politik sebenar membolehkan pembangkang memberi fokus sebenar untuk menang majoriti di PRU13.
Marina Mahathir antara nama kudangan yang boleh dipertimbangkan untuk memberi nafas serta tenaga baru dan menarik lebih ramai wanita moden menyokong Pembangkang.
" Numerous people are praising Marina Mahathir for being very vocal, even if it is after Bersih 2.0, with some claiming that she is a righteous person, a great leader and a potential PM. It looks like that Datuk Marina Mahathir is ready to enter active politics in the light of growing support from Bersih supporters as well as UMNO/BN members who would surely not want to displease Tun Dr. Mahathir, knowing the Tun’s powers and influence "
Anwar tentunya tidak bermasalah untuk memberi sokongan kepada Marina malahan 'sentuhan' mereka bersama tentunya membawa 'spark' yang nyata berbeza.
Ianya juga akan jadi 'kesukaran berganda' kepada UMNO untuk menghadapinya ketika kepimpinan Najib sedang dilanda gelombang baru memintanya berundur.
Wednesday, August 3, 2011
Tamparan buat Rosmah dan Najib...
Tahniah kak Wan, sebenarnya Kak Wan boleh buat lebih dari itu... Nyatakan kebenaran walaupun pahit tentang Anwar....
KUALA LUMPUR 3 OGOS : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, rakyat Malaysia tidak akan melihat beliau membeli-belah di luar negara seperti sesetengah isteri para menteri.
Ditanya sekiranya beliau mungkin akan kerap membeli-belah di luar negara sekiranya Anwar menjadi perdana menteri, Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah."
Menurut Wan Azizah, beliau sebelum ini pernah melawat luar negara ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dipecat daripada kerajaan BN.
Namun dalam lawatannya itu beliau sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London.
"Saya telah pergi ke luar negara dan bertemu seorang isteri duta (Malaysia) dan dia bertanya saya, 'ke mana Datin Seri mahu kunjungi?'.
"Saya beritahu dia, muzium Smithsonian bagus. Kemudian dia beritahu saya, 'andalah isteri menteri pertama yang ajak saya pergi ke muzium," katanya lagi dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Katanya perkara yang sama juga berlaku apabila beliau mengunjungi Museum of London bersama isteri kepada seorang duta Malaysia.
Wan Azizah berkata, isteri duta berkenaan selepas itu memberitahunya bahawa itulah kali pertama beliau berkunjung ke muzium di negara itu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau akan mengambil sikap yang sama seperti dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Rosmah – terbaru melibatkan dakwaan pembelian sebentuk cincin berharga RM24 juta.
Dakwaan berkenaan mencetus kontroversi pada pertengahan bulan lalu apabila pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan pembelian cincin berkenaan.
Berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” didakwa telah diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini tanpa dikenakan cukai import.
Rosmah telahpun menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu fitnah yang tidak ingin dilayaninya.-Malaysiakini
Ianya dipengerusikan oleh Abdul Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad
Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain.
PENAWAR dikatakan telah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelemban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabor ke negara ini juga dijadikan penyebabnya.- sepenuhnya sila baca di (SINI)

Blog2 handalan pro UMNO dicadang buat ruang undian untuk pembaca samada bersetuju dengan PENAWAR?
Mulakan dengan blog MiM?
Najib perlu memikirkan dengan serius kerana itu adalah suara dalaman UMNO itu sendiri, mungkin besok2 lebih banyak suara dalaman yang akan membangkitkan perkara yang sama. Najib tidak boleh buat kesilapan berganda jika cuba mengaitkan Muhyiddin dengan apa yang berlaku ini...
PANAS!! Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO desak Najib Letak Jawatan?
Semalam MSO mendedahkan PENAWAR iaitu Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO telah mengadakan mesyuarat beberapa hari lepas.Ianya dipengerusikan oleh Abdul Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad
Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain.
PENAWAR dikatakan telah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelemban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabor ke negara ini juga dijadikan penyebabnya.- sepenuhnya sila baca di (SINI)
Tuesday, August 2, 2011
Siapa "lelaki kacak" itu....
Hadis yang Menarik
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata " JANGAN SEBARKAN kerana ia tidak penting langsung.

Najib kritikal !!??
Di blog2 ahli dan penyokong pembangkang cukup riuh dikatakan Najib kritikal sedang disisih dan dalam proses penyingkiran oleh ahli UMNO sendiri yang diketuai oleh Muhyiddin dan disokong oleh mantan PM malah dikatakan rakyat juga sedang ke arah yang sama dan buktinya ialah dari pengundian di FB dan lain lain sumber.
Tetapi apa yang peliknya, berita yang mereka sendiri sebarkan itu seolah menjadi 'ketakutan' kepada mereka sendiri sedangkan pada hakikatnya jika itu suasana benar2 berlaku bukankah itu satu berita yang cukup gembira dan menguntungkan pembangkang kerana UMNO semakin tidak bersatu.
Hakikatnya Anwar yang terancam dengan isu ura2 perlantikan Ku Li mengetuai pembangkang yang diusahakan oleh PAS dengan dalangnya DAP sendiri. Anwar tidak sangka 'perangai dan tingkah lakunya tradisinya' menikam belakang di tiru dan diamalkan oleh rakan sebantal, setilam dan sekatil dengannya.
Mereka cuba menunjukkan simpati kepada Najib walaupun pada yang sama mereka cukup benci dan bimbang kepada Najib yang dilihat sebagai satu ancaman dan benteng kepada cita2 Anwar Pembangkang cukup berharap Najib lemah dan banyak melakukan kesilapan seperti di era Paklah untuk menjadi faktor rakyat memihak kepada mereka sekali lagi secara nasib seperti pilihanraya yang lepas.
Pembangkang dan Anwar sendiri sedar dirinya menjadi liabiliti terkotor dalam sejarah pembangkang dan tidak mungkin rakyat akan memilih mereka jika di pihak kerajaan sekarang Najib dan UMNO terus kukuh. Sesuatu mesti dilakukan untuk meruntuh kekuatan itu dan salah satunya ialah cuba melagakan atau mengujudkan puak dan kelompok di dalam UMNO itu sendiri.
Muhyiddin tidaklah serakus Anwar semasa menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri untuk cuba merebut kuasa dengan agenda dan strategi jahat. Muhyiddin sendiri sedar di dalam keadaan politik semasa, berebut untuk menjadi Presiden atau Perdana Menteri yang berniat baik bukanlah sesuatu yang seronok tanpa sokongan yang kuat dari ahli UMNO dan seluruh rakyat
Muhyiddin tidak terdesak atau mempunyai agenda peribadi khusus untuk merebut jawatan yang disandang Najib sekarang.
Muhyiddin tidak memerlukan jawatan Presiden atau PM untuk membersihkan nama atau mengelak disumbat ke penjara dan Muhyiddin juga tidak berhutang dengan mana2 kuasa asing??!!
Lebih penting, ahli2 UMNO sendiri melihat tidak ada keperluan besar dan tidak akan ada banyak perbezaan besar untuk Najib digantikan dengan mana2 pemimpin lain buat masa terdekat ini sekurang kurang nya sehingga PRU13. Ahli2 UMNO hanya mahu melihat sedikit rombakan dan pembaikan dalam kabinet Najib dan selebihnya ahli2 UMNO mahu melihat ketegasan dan kebijaksanaan Najib seperti di era Mahathir atau Razak dilaksana dan diteruskan untuk tidak memberi peluang komponen atau pembangkang bertindak memijak Kedaulatan dan Perelembagaan Negara.
Mengurangkan kesilapan, menguruskan isu dengan bijak hanya akan membisukan dan mematikan pembangkang itu sendiri. Itulah sebenarnya yang mereka takut.

Monday, August 1, 2011
Ust. Azizan berundur PAS Kedah kecoh - siapa ganti?
Tekanan dengan sikap pemimpin atasan PAS yang membelakangkan Islam dengan mendahulukan kehendak DAP dan Anwar - MB Kedah terlantar komplikasi jantung dan jika berterusan, beliau terpaksa berundur dengan meninggalkan PAS Kedah cempera mencari pengganti kerana sebelum inipun sudah ada yang memasang hajat.
Tanpa Azizan juga - UMNO Kedah mungkin boleh meletakkan sedikit harapan untuk bangkit semula.
YB. DATO’ IR. HAJI PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI Exco Kerajaan Tempatan dan YB. DATO’ HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL exco Ugama antara yang layak.

UMNO PP takut berterus terang... Katakan 'YA' jika itu hak
Macamana orang Melayu PP akan bersemangat dan bangkit untuk menentang DAP kalau pemimpin UMNO sendiri malu dan takut untuk menyatakan kebenaran dan kemahuan.
Pedulilah kalau cina MCA atau cina dan india Gerakan tidak mahu menyokong UMNO semata mata atas isu KM dari UMNO. Menang atau kalah bukanlah isu, biar kalah bermaruah dari tunjuk dan lagak pondan sebelum berlawan.
Kalau UMNO PP kecut dengan MCA dan Gerakan, lebih baik diam dan biarlah DAP memerintah, tidak banyak bezanya cina MCA, cina Gerakan atau cina DAP
KEPALA BATAS 1 Ogos – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menyifatkan tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman mahukan jawatannya jika BN menang pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.
Zainal Abidin yang juga Timbalan Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang berkata, kenyataan Guan Eng itu dilihat cuba untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian antara kaum.
"Dia (Guan Eng) kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjuan mesra bersama pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas di sini hari ini.
Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Guan Eng yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
Katanya, beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri. – Bernama

Nik Aziz cuba 'cover' siapa temui Ku Li ?
Nik Aziz nafi terlibat dalam perbincangan rahsia lantik Ku Li
01/08/2011 4:37pm
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU 1 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam perbincangan rahsia untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'lawak jenaka' yang dicipta oleh media.
Kenapa PAS perlu berselindung jika betul2 berminat dengan Ku Li kerana dari awal lagi PAS dilihat mampu serasi dan berkompromi dengan Ku Li.
Dalam isu royalti minyak pun Ku Li pernah sependapat dengan PAS.
PAS perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Anwar tanpa rasa takut atau terhutang.
PAS kena lihat bagaimana DAP tidak pernah rasa terkongkong dengan Anwar malah dalam banyak hal Anwar dilihat terpaksa menari ikut rentak DAP.
Dalam hal dan urusan penting, siapa agaknya yang akan jadi ayam sabung untuk Nik Aziz hantar dan uruskan???
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...