Macamana orang Melayu PP akan bersemangat dan bangkit untuk menentang DAP kalau pemimpin UMNO sendiri malu dan takut untuk menyatakan kebenaran dan kemahuan.
Pedulilah kalau cina MCA atau cina dan india Gerakan tidak mahu menyokong UMNO semata mata atas isu KM dari UMNO. Menang atau kalah bukanlah isu, biar kalah bermaruah dari tunjuk dan lagak pondan sebelum berlawan.
Kalau UMNO PP kecut dengan MCA dan Gerakan, lebih baik diam dan biarlah DAP memerintah, tidak banyak bezanya cina MCA, cina Gerakan atau cina DAP
KEPALA BATAS 1 Ogos – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menyifatkan tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman mahukan jawatannya jika BN menang pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.
Zainal Abidin yang juga Timbalan Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang berkata, kenyataan Guan Eng itu dilihat cuba untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian antara kaum.
"Dia (Guan Eng) kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjuan mesra bersama pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas di sini hari ini.
Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Guan Eng yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
Katanya, beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri. – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Two days ago, I had the good fortune to spend some time in the company of the Honourable Former Prime Minister of Malaysia. He ...
-
Dari awal posting lagi dalam blog ini, saya ingin memberi keyakinan dan kepercayaan kepada DS Najib di atas segala dakwaan terhadapnya terma...
-
Datuk Seri Jam is a Bangla who came to Malaysia as an illegal immigrant in 2003. He worked as a car wash worker, jaga kereta and later at ...
No comments:
Post a Comment