Monday, August 1, 2011

Nik Aziz cuba 'cover' siapa temui Ku Li ?

Nik Aziz nafi terlibat dalam perbincangan rahsia lantik Ku Li

01/08/2011 4:37pm

KOTA BHARU 1 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam perbincangan rahsia untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'lawak jenaka' yang dicipta oleh media.

Kenapa PAS perlu berselindung jika betul2 berminat dengan Ku Li kerana dari awal lagi PAS dilihat mampu serasi dan berkompromi dengan Ku Li.

Dalam isu royalti minyak pun Ku Li pernah sependapat dengan PAS.
PAS perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Anwar tanpa rasa takut atau terhutang. 

PAS kena lihat bagaimana DAP tidak pernah rasa terkongkong dengan Anwar malah dalam banyak hal Anwar dilihat terpaksa menari ikut rentak DAP.

Dalam hal dan urusan penting, siapa agaknya yang akan jadi ayam sabung  untuk Nik Aziz hantar dan uruskan???

1 comment:

  1. Pok Nik ni cita-cita dia besar tapi banyak perkara yang dia dah ingat-ingat lupa. Kesian....

    ReplyDelete

The Minister in Malaysia approved our Visa....so I quit my job...(Update 2)

https://kluangmanexpress.blogspot.com/2023/01/goodbye-malaysiaour-thoughts-of.html