Friday, September 2, 2011

Isu Mat Sabu - UMNO untungnya di mana?

Sejauh mana untungnya kerajaan dan UMNO dalam soal memberi liputan yang meluas kepada Mat Sabu dalam mewirakan penyerang Balai Polis Bukit Kepong?

Sejauh mana pandangan peribadi Mat Sabu menjadi satu kesalahan dari segi undang2? Sejauh mana polis boleh bertindak sedangkan sebelum ini isu mempermainkan lagu negaraku, menghina sultan dan sewaktu dengannya, malahan isu murtad yang terang2an dan sebagai nya pun - tidak ada tindakan berkesan dari PDRM dan Peguam Negara? Laporan polis yang dibuat sekadar jadi wayang..siasatan tanpa penghujung ?!

Kesan yang nyata Mat Sabu terus lebih popular dari sebelum, Karpal juga dapat mencuri peluang membaikinya imej DAP dikacamata Melayu dan kenyataan Anwar membela Mat Sabu terus relevan dan mendapat penghargaan PAS, Pembangkang saling membantu dan erat bersatu....UMNO untung dimana atas publisti berlebihan dan kian menjadi murah itu?

...............................

Breaking News - wartawan Bernama dan TV3 ditembak sebentar tadi waktu Mogadishu jam 5.30 petang lebih kurang.

Seorang mangsa tembakan wartawan bernama Norafaizul Bin Mohd Nor yang merupakan ketua Media dalam misi ke Somalia ini Meninggal dunia akibat terkena tembakan di dada.
Mengikut laporan tembakan dilepaskan oleh tentera African Union ketika mangsa berada didalam kenderaan ketika hendak masuk kedalam perkarangan Hotel.
Seorang lagi mangsa aji seregar terkena tembakan ditangan dan kini dilaporkan Stabil.
Gomo masih menunggu laporan lanjut dari Dato Azeez yang berada dilokasi kejadian.

Al Fatihah.........

Karpal dan Anwar bertelagah

Karpal  minta Mat Sabu tarik balik kenyataannya berhubung isu 'bukit kepong' sementara Anwar mempertahankan Mat Sabu sekurng kurangnya tunggu sampai Mat Sabu memberi penjelasan.

Walaupun Karpal dan Anwar dilihat berbeza pendapat tetapi visi mereka hanyalah satu iaitu menyelamatkan Pakatan Pembangkang dari dicemuh rakyat dan dalam masa yang sama mengekalkan semangat penyokong mereka sendiri.

Nyata dengan perbezaan pendapat ini menyebabkan Mat Sabu dalam kedudukan yang lebih selesa dan selamat. Mat Sabu tidak akan ulangi seperti kesilapan Hishammuddin yang meminta maaf kepada kaum cina dan india kerana menghunus keris di perhimpunan agung UMNO.

Mat Sabu samasekali tidak akan tunduk kepada desakan tersebut, satu permainan politik yang 'betul' walaupun menyedari dirinya 'terlanjur dan tersalah ' cakap.

Mat Sabu mempunyai hak untuk memberi pandangan peribadi dalam semua isu dan samada benar, betul atau salah bukanlah memerlukan Mat Sabu meminta maaf, apatah lagi kalau 'minta maafnya' akan dipergunakan oleh UMNO untuk menjatuhkan maruah PAS.

Biarlah polis siasat, kerana PDRM memang terkenal dengan 'siasat' yang tidak ada penghujungnya.

Thursday, September 1, 2011

Ustaz Azizan tunjuk contoh pada Nik Aziz dan Najib.

 KEMSKINI

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan beliau ada mendesak atau meminta Datuk Azizan Abdul Razak agar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

“Setakat ini kami tidak membincangkan isu ini, tak timbul soal hendak menggantikan Datuk Seri Azizan, tidak sama sekali,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

“Perkara-perkara seperti ini sewajarnya telah dibincangkan di peringkat Dewan Harian atau Lajnah Politik jika benar Datuk Seri Azizan mahu digantikan . . . jadi tidak benar kepimpinan PAS mahu menggantikan beliau,” kata beliau merujuk kepada mesyuarat lajnah terakhir minggu lalu.



ASAL

Khabar angin menyatakan Hadi Awang akan mengadap Sultan Kedah untuk menamakan cadangan MB yang baru menggantikan Ustaz Azizan yang mungkin sudah tidak 'fit' untuk menjalankan tanggungjawab yang besar.

Hanya dalam tempoh sebulan selepas terlantar di IJN, Ustaz Azizan sudah ingin mengu ndurkan diri dari jawatan yang menjadi rebutan ramai, satu sikap terpuji yang menerima keadaan dan tanpa tekanan sedia mengundurkan diri, suatu yang sukar dilakukan oleh mana2 MB samada di Kedah atau lain2 negeri.

Jarang benar, orang politik yang sudah ada jawatan dan kuasa mahu turun dengan semudah itu, sejarah menunjukkan begitu ramai yang bermati matian mahu mengekalkan jawatan walaupun dilihat sudah tidak mampu meneruskan. Contoh nyata depan mata ialah seperti Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi.

Contoh semasa ialah Najib sendiri.

Di Malaysia, masih lagi ramai yang berkebolehan, mampu dan berwibawa untuk majukan bangsa dan negara. Kedah tidak perlu bergantung kepada Ustaz Azizan sahaja dan Malaysia juga tidak bergantung sepenuhnya kepada Najib.






Posting terdahulu saya berftarik 1hb ogos

Ust. Azizan berundur PAS Kedah kecoh - siapa ganti?

Tekanan dengan sikap pemimpin atasan PAS yang membelakangkan Islam dengan mendahulukan kehendak DAP dan Anwar - MB Kedah terlantar komplikasi jantung dan jika berterusan, beliau terpaksa berundur dengan meninggalkan PAS Kedah cempera mencari pengganti kerana sebelum inipun sudah ada yang memasang hajat.

Tanpa Azizan juga - UMNO Kedah mungkin boleh  meletakkan sedikit harapan untuk bangkit semula. 

YB. DATO’ IR. HAJI PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI Exco Kerajaan Tempatan dan YB. DATO’ HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL exco Ugama antara yang layak.

Bolehkah kita berjihad..

Sempena Aidil Fitri, ke arah kemenangan.

Menentang Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan seluruh DAP sebagai kapir yang paling merbahaya adalah perjuangan jihad.

Menentang Mat Sabu pembohong nombor satu, Khalid Samad pembela gereja dan Nik Aziz pendukung DAP adalah perjuangan jihad.

Menentang Anwar pengkhianat negara adalah perjuangan jihad.

Menasihati Najib untuk menasihati Rosmah juga adalah perjuangan jihad.

Apakah pandangan itu salah?





Wednesday, August 31, 2011

Pengisian Kemerdekaan...Satu yang boleh dibanggakan

Selepas 50 tahun, Singapura serah kemudahan loji air


31/08/2011 4:30pm

JOHOR BAHRU 31 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menyaksikan majlis penyerahan kemudahan loji rawatan air dan rumah pam secara rasmi oleh Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) kepada kerajaan negeri Johor.
Majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil di Loji Air Gunung Pulai di sini.
Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.
Selain Loji Air Gunung Pulai, PUB menyerahkan Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan kontrak bekalan air selama 50 tamat antara PUB dan kerajaan negeri Johor di bawah Perjanjian Air 1961 hari ini.
Dalam ucapan pada majlis itu, Abdul Ghani mengucapkan terima kasih kepada PUB kerana mengurus dan menjaga semua kemudahan loji rawatan air dan rumah pam berkenaan dalam keadaan baik sepanjang tempoh perjanjian tersebut.
"Loji rawatan air Gunung Pulai adalah berkualiti tinggi dan kerajaan Johor bercadang meneruskan usaha baik PUB itu,” katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri menimbang untuk menaiktaraf semua kemudahan berkenaan demi menampung permintaan bekalan air bagi penduduk Johor Bahru dan Pontian. – Bernama

Tuesday, August 30, 2011

Kami Menyampah Rosmah

Itulah topik utama perbualan hari raya yang tidak dapat dielakkan  ketika saling berjumpa dan kunjung mengunjung - Ingatan buat Najib, Rosmah, Rais dan Media Prima.

1Malaysia menyampah Rosmah !!!

Situasi sudah sama seperti di era paklah apabila rakyat tidak segan silu lagi mencerca dan maki hamun.

Nyata Najib tidak sedar perkara ini secara betul dan tepat, sebahagiannya di sebabkan kaki pengampu di sekekliling dan sebahagiannya lagi disebabkan ada puak yang memang sengaja mahu Najib jatuh tersungkur dan melepaskan jawatan secara malu.

Sekali lagi rakyat akan mengalih perhatian kepada pembangkang bukan kerana mereka bagus tetapi kerana Najib dan Rosmah sudah dalam ketegori 'syok sendiri' yang meloyakan. 




Anwar dipercayai dikonspirasi, Mahathir juga yang the best,  harapan baru kepada Muhyiddin, Mat Sabu yang kena beli, Melayu DAP, politik kaum cina, Melayu yang tidak merdeka dan Nik Aziz yang sudah tua...antara tajuk lain yang mendapat perhatian.






Monday, August 29, 2011

Vell Paari Samy Vellu kecut dengan Muhyiddin..

Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku. Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.
Vell Paari turut berkata ‘terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.
Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.
“Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.
Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri,” kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.
Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.
“Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak,” tambah.
Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.
Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.
Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri.
http://abushahid.wordpress.com


#  Satu signifikan dan promo yang baik untuk Muhyiddin kerana Melayu memerlukan sesaorang yang lebih melayu dalam UMNO, walaupun Muhyiddin tidak akan menggugat Najib, tetapi sokongan dan harapan orang Melayu kepada UMNO akan kembali atas faktor ujudnya orang seperti Muhyiddin di UMNO. 

Tahniah kepada pembangkang yang telah membantu kuatkan UMNO dalam isu ini walaupun niat asal mereka memecahbelahkan UMNO.

Apakah ahli UMNO akan mengambilkira pandangan komponen untuk menentukan siapa yang mereka akan pilih sebgai Presiden? Jika ada, bacul lah ahli UMNO seluruhnya membiarkan rumahtangga sendiri ditentukan oleh pihak lain. 


Hakikatnya memang benar Najib kurang perhatian kepada Melayu hingga bangsa lain selesa dengannya.

6ANGKA