Thursday, September 15, 2011

Koperal Jenain Wajar Rayu @ Mendapat Pengampunan Khas

Koperal Jenain dipenjara lima tahun

15/09/2011 1:43pm

SHAH ALAM 15 Sept. - Seorang anggota polis berpangkat Koperal, Jenain Subi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lepas.
Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.
Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi. - Bernama

Wednesday, September 14, 2011

Degil dan lebih popular..mat sabu diserang

Hakikatnya Mat Sabu berada dalam rating yang pertama dan teratas mengatasi Najib dan Anwar dari segi popular terutama dalam media internet selepas isu komunis dan bukit kepong.

Walaupun laporan polis dan pelbagai kecaman telah dibuat seluruh negara  ia tidak nampak banyak menjejaskan Mat Sabu.


Tetapi serangan kali ini penyebaran "cd phone sex Mat Sabu" sangat merimaskan Mat Sabu untuk berhadapan dengan wartawan dan media khususnya beberapa 'ungkapan'nya sudah menjadi slogan2 yang mengaibkan diri dan keluarganya termasuk partinya PAS.

Siapakah dalangnya? Mungkin ini satu peringatan Mat Sabu supaya jangan terlalu popular hingga lawan tauke?!

Ambiga menghilang diri...Pemimpin BERSIH 2.0 lintang pukang ketakutan..

Saat mencemaskan bagi semua pemimpin seperti Ambiga yang melibatkan diri dalam BERSIH 2.0. Sudah tentunya mereka akan menerima 'hukuman' yang paling berat dan tindakan keras dari kerajaan selepas ini.




A complete report on the allegations against the police handling of the Bersih 2.0 gathering in Kuala Lumpur on July 9 has been submitted to Home Minister Hishammuddin Auwww, inspector-general of police Ismail Omar said today.

Isu Rosmah.......Tun terlepas pandang

Kegagalan 1Malaysia dan Melayu dipinggirkan merupakan dua perkara pokok yang telah disuarakan oleh Tun mewakili pandangan umum orang Melayu yang 'kerugian' atas dasar Najib dan sekaligus sekali lagi UMNO tidak akan mendapat sokongan padu dalam PRU13 nanti menampakan seolah olah pembangkang itu kuat.

Ini seakan tamparan yang hebat kena ke muka Rais yang menggembar gemburkan 1Malaysia mudah difahami oleh rakyat sehingga ke tahap 90%. Satu perangkaan dan kajian yang dibuat ke atas budak tadika agaknya dan Rais sendiri tidak dapat lari dari 'syok sendiri'  sepertimana menteri2 penerangan yang lalu. Sikap bodek melampau Rais tidak lebih dari 'senjata makan tuan' bukan sahaja kepada Rais tetapi lebih parah kepada UMNO dan kerajaan itu sendiri. Rais boleh dikategorikan kini sebagai menteri yang sudah tidak lagi berpotensi untuk menang dalam PRU13 kelak.

Adalah agak terlewat untuk Najib membetulkan 'kerugian' Melayu dalam pendekatan 1Malaysia dan itu tidak boleh dimenangi dengan mudah kecuali membatalkan slogan tersebut secara perlahan-lahan dengan menggantikan suatu slogan lain yang lebih seimbang. Pendekatan 'hidup berugama dan saling menghormati' perlu lebih diterapkan kerana ia ada kaitan dengan pengurangan jenayah dan sensisitiviti keugamaan selain dari menanam ciri-ciri kemanusiaan yang lebih baik.

Pendckatan itu kelak sekaligus menempelak PAS yang dilhat menukar konsep Negara Islam kepada Negara Kebajikan yang tidak disenangi oledh ramai ahlinya sendiri walaupun dapat menawan segelintir pengundi bukan Islam.

Pendekatan Najib yang terus merugikan Melayu bermula seawal dia menjadi PM dengan membatalkan beberapa peruntukan berbentuk geran dan pinjaman dibawah Jabatan Pembangunan Koperasi khusus untuk usahawan Melayu dan begitu juga dengan kegagalan penambahan kuota biasiswa dan kemudahan pendidikan ke atas pelajar Melayu sebaliknya terdapat pertambahan ketara bagi bukan Melayu. Sikap lembut dan tewas kepada beberapa tuntutan bukan Melayu banyak mengguris hati orang Melayu untuk terus memberi kepercayaan kepada UMNO.

Lebih teruk lagi kerajaan Najib didapati sangat lemah dalam menguruskan dan menjamin kedudukan Melayu dan Islam seperti termakstub dalam Perlembagaan di mana tidak ada tindakan keras di ambil bagi yang menggugat dan mencabar keistimewaan tersebut. Belum pernah terjadi sebelum ini Melayu, Islam dan Sultan yang berkait dengan keamanan dihina, dikritik secara terbuka tanpa tindakan keras kerajaan.

Apa yang Tun suarakan adalah perkongsian dan pandangan sebenar dari majoriti Melayu yang suara mereka ditenggelamkan oleh bisikan dan pembohongan pemimpin2 Melayu di sekeliling Najib dan jika suara Tun tidak diberi perhatian, UMNO akan tenggelam sekali lagi, lebih teruk dan tidak terduga kerana derhaka kepada Melayu dan Islam.

Najib jangan ingat orang Melayu sudah tidak ada pilihan selain UMNO, Najib jangan ingat Melayu mudah lupa pada pemimpin Melayu yang lupa daratan dan Najib kena ingat darah bangsawannya tidak akan menjamin kedudukannya yang sentiasa bernasib baik dan selalu duduk di atas. Najib perlu ingat dia bakal meruntuh UMNO dan mencoreng arang di wajah bapanya jika dia menjadi 'Melayu yang mudah lupa'.

Satu lagi isu yang Tun terlepas pandang dan tidak sentuh ialah soal Rosmah, adalah diharapkan Tun sempat membisikannya kepada Najib kerana ia tidak wajar dibuat secara terbuka.

Walaupun Tun dilayan baik dan sewajarnya sebagai mantan PM oleh kepimpinan Najib berbanding kepimpinan Paklah tetapi ia bukanlah satu 'jaminan' untuk merasakan UMNO bebas dari mendapat kritikan keras Tun di  masa akan datang.

Tuesday, September 13, 2011

Guan Eng Ketawa / Maruah UMNO PP sekadar 30j

UMNO PP akan saman lim guan eng sebanyak 30j..itukah nilai UMNO PP? Dan kalau lim guan eng  minta maaf secara sinis.....sesen pun UMNO PP tak dapat.

Jumlah itu terlalu sikit, mudah untuk dibayar jika pun lim eng guan kalah..




GEORGE TOWN, 13 Sept – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana membuat tohmahan dan fitnah terhadap UMNO bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti UMNO sebagai sebuah parti politik orang Melayu.

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata, notis tuntutan itu meminta Lim tempoh tujuh hari mulai esok untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat fitnah kepada UMNO.

Katanya, jika Lim gagal berbuat demikian, UMNO akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan susulan.

Beliau dalam kenyataannya kepada UMNO-Online memberitahu UMNO Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co. sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.

“Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, Bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan,” katanya.


13 SEPT. 2011: Penolong Ketua Penguatkuasa Jabatan Kastam, Datuk Zainul Abidin Taib dan Timbalan Pengarah Narkotik Ibu Pejabat Kastam, Liah Omar menunjukkan bungkusan dadah jenis syabu bernilai hampir RM46 juta yang dirampas, dalam sidang media di Nilai, Negeri Sembilan. - Utusan/ABDUL RAZAK AID

Sudah tentu ini bukan kali pertama mereka menyeludup, mungkin sudah beberapa kali, ke mana wang itu digunakan hasil keuntungan di masa lalu???

Siapa dalang di belakang mereka??? Apakah ini merupakan sumber kewangan untuk agenda menentang kerajaan??

Monday, September 12, 2011

Syaitan belum sms Nik Aziz....

KEMASKINI:
Dengan membahasakan dirinya 'tok guru', dengan nada merajuk Nik Aziz menyerahkan soal pencalonan kepada Parti dan katanya lagi, soal kesihatan, semua orang ada turun naik, takkan stabil selalu.

# Itu namanya masih tak sedar diri, nak tongkat langit, kenapa membiarkan parti dalam 'dilema' - kenapa tak jadi jantan, istihar mahu berundur untuk memberi peluang kepada pelapis. Soal kesihatan, Nik Aziz sudah dalam 'expired' - apa nak dalih turun naik?!!! Dah tahap kubur kata mari, rumah kata piii...

Dan janganlah berangan nak 'tunggu'  hingga ada yang pelawa untuk jadi PM pula..memang tak tercium kerusi itu. Mat Sabu lebih layak...


 
ASAL

Persaolan bila Nik Aziz wajar berundur dari MB Kelantan sama relevannya atas pergolakan di Kedah apabila pemimpin PAS Kedah sendiri sedang ghairah menghambat turun Azizan dari kerusi tersebut...

Nik Aziz mungkin tunggu syaitan untuk sms kepadanya... atau malaikat maut yang lebih cepat sampai.

Pemimpin PAS Kedah lebih berani dan praktikal sedangkan Husam Musa sekadar berangan angan di balik pintu...

Nik Aziz kini menjadi liabilti PAS Kelantan dan tidak mustahil akan terlepas kerajaan negeri jika Nik Aziz tidak berundur sekarang atau sudah terlalu lewat..

Andaian untuk Nik Aziz terus bertanding di PRU13 tetapi akan berundur sebagai MB selepas PAS kekal di Kelantan akan mengambil risiko tersendiri terutama calon yang bakal menjadi pemngganti Nik Aziz akan 'ditewaskan' oleh musuh dalaman dan rakan separti.

Tahu, buat2 tak tahu, kemudian ambil tahu, rupa2nya nak jadi hero...

Cukai 6 peratus caj telefon prabayar ditangguh

Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini.
Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat.

Apapun terima kasih tetapi soal kebaikan untuk rakyat, buat dan ambillah tindakan awal2 secara ikhlas...

6ANGKA