Ketika pemimpin UMNO sedang menuding jari perbalahan di Pakatan Pembangkang, mereka sendiri bermasalah....
Kenapa Sharizat kemaruk..
Wanita Umno kesal kenyataan Kamilia
March 22, 2012
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Wanita Umno hari ini mempertikaikan
kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim
yang menggesa Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Umno.Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Exco Wanita Umno dan Wanita Umno negeri merakamkan kekesalan berikutan artikel yang tersiar di dalam akhbar akhbar The Star bertarikh 22 Mac itu dan menganggapnya ia hanyalah kenyataan peribadi beliau.
“Exco Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Datuk Kamilia Ibrahim.
“Kenyataan tersebut merupakan agenda dan kenyataan peribadi beliau yang langsung tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO tentang isu tersebut samada di peringkat Exco, Negeri, Bahagian mahupun akar umbi,” jelas kenyataan tersebut.