Wednesday, April 4, 2012

Sakmongkol siar ke tidak komen aku ni...


"Rakyat mesti menolak parti yang menggunakan bangsa, agama dan raja Melayu sebagai platform perjuangan. Sebab ini akan membawa kepada kehancuran dan porak puranda - apa punya dangkal punya statement !!!


Bukankah PAS perjuangakan agama?
Bukankah DAP perjuangkan bangsa?
Bukankah Anwar perjuangkan 'gay'
..............




TUESDAY, 3 APRIL 2012

Dari 1Malaysia ke 1 Auta.(Blog Sakmongkol)


Apa yang boleh kita jangkakan bila Najib memberi lapuran keatas diri nya sendiri? Takkan dia nak kata dia tidak baik? Dia tidaklah dumb as he looks untuk menurunkan markah keatas hasil kerja nya. Tentu semua baik. Dan dakwaan itu akan di sambut dengan ululah-ing dari para pengampu yang mahu di calunkan semula sebagai calun. Ini perkara biasa dalam budaya UMNO. Kualiti perkhidmatan kepada masyarakat adalah perkara secondary. Yang lebih utama ialah kepandaian menjilat Najib di bahagian yang tidak di pancar matahari. 

Aku komen: Siar ke tidak?

Bukankah semua parti di Malaysia termasuk UMNO telah lama memperjuangkan soal ugama dan bangsa masing2bangsa, agama dan raja Melayu sebagai platform perjuangan ) dan hasil perjuangan tersebut Malaysia kekal aman dan makmur hingga ke hari ini kecuali dalam tempoh sekarang menjadi kacau bilau apabila seorang pemimpin usang yang tidak bermoral mahu jadi PM didokong oleh golongan yang kecewa seperti aspan dan sakmongkol yang terpinggir dari UMNO.

Apakah rakyat Malaysia sekarang ni tak aman macam di Thailand, Syria, Mesir, Uganda, Sudan. 



Apakah hari-hari di Malaysia kita akan dengar bunyi bom dan mortar.



Apakah saban malam pun tak nyenyak tidor takut kena bom Israel.

Tahniah Sak. Bila nak serahkan semula gelaran Dato' yang dapat dari Sultan dan Raja Melayu yang berbangsa Melayu dan Islam. Tak standardlah nak pakai title yang direkomen oleh UMNO semasa menjadi 'barua' UMNO itu lagi?!


# Melayu DAP cakap pasal demokrasi berdegar degar depan tuan mereka tapi komen kena muka tak berani nak siar. Ego tercalar agaknya di depan penyokong sendiri apabila diperlekehkan. Konon suruh berhujah macam anak jantan tapi baru kena backhand dah lari keluar gelanggang.
..................................................



MONDAY, 19 MARCH 2012


jadi anak jantan, buka gelanggang lawan berhujjah.

# rupanya dia pun tak jantan juga 




Tuesday, April 3, 2012

Bila agaknya sumpah laknat nak sampai...


Ada ke syarat tambahan...

Apakah ini satu lagi syarat tambahan untuk naik roket sebelum menuju ke syurga? Ini bukan tuduh tapi aku tanya..orang PAS jangan saman aku pulak...eeeee..takutnya



Satu lagi nak tanya..apakah Melayu DAP juga diiktiraf untuk mendapat keistimewaan ini seperti yang didakyah Poknik.

Monday, April 2, 2012

PERKASA jahat...

Memang tak patut pun pompuan tu kena tendang, yang patut kena tendang atau terajang jantan di sebelah tu..


Babi punya Ketua Menteri - isu kecik dia layan, isu besar dia lari masuk jamban.

Ahli PERKASA Pulau Pinang tendang Perempuan..


Seorang kakitangan jabatan penerangan kerajaan Pulau Pinang membuat laporan polis hari ini ke atas pertubuhan pro-Melayu PERKASA atas tindakan anggota pertubuhan itu ke atasnya dalam perhimpunan anjuran pertubuhan tersebut Jumaat lalu.

Lilian Chan berkata, beliau telah ditendang dua kali di bahagian kakinya oleh seorang anggota PERKASA dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang, di bangunan Komtar yang menempatkan pejabat ketua menteri.

Chan (kiri) berkata beliau telah diarahkan oleh penyelianya Yap Lee Ying untuk membuat liputan perhimpunan itu ketika insiden itu berlaku.

"Apabila saya ditendang untuk kali kedua, saya tanya orang itu – Ketua Pemuda PERKASA Pulau Pinang Risuan Azuddin – kenapa dia tendang saya?," katanya yang pernah menerima latihan daripada Malaysiakini.

Dia tidak jawab (soalan) saya. Pada masa itu, polis dan pegawai kesalamat Komtar sedang mengarahkan mereka untuk meninggalkan kawasan itu," kata Chan.

Katanya kumpulan kira-kira 30 orang itu pada awalnya menyerbu ke dalam bangunan pejabat tersebut dan menuntut untuk bertemu Lim.

Ibu kepada empat orang anak itu menerima rawatan selepas insiden berkenaan dan telah diberikan sijil cuti sakit kerana kesakitan yang dialami di bahagian kakinya.

Chan mendakwa, beliau juga sebelum ini pernah dikasari anggota kumpulan berkenaan pada 26 Februari lalu dalam perhimpunan anti-Lynas di Esplanade, Pulau Pinang.

Malaysiakini

Sunday, April 1, 2012

Bunuh UMNO jalan pintas ke syurga...

Isu penjualan tapak masjid oleh kerajan DAP di Pulau Pinang masih dalam tahap 'diam babi' oleh Eng Guan.   Memang sudah kebiasaan babi, kalau kenyang memang diam dan muka tak malu.

Bagaimanapun beberapa Melayu DAP telah menjawab bagi pihak tuan mereka dengan alasan biasa "UMNO adalah dalangnya" dan ada juga yang tidak menjawab tetapi sebabliknya melontarkan beberapa saolan lain yang tidak relevan. Memang dasar Melayu kalau masuk DAP diajar jadi biawak lidah bercabang.

Dan cuba2lah tanya PAS apa hukum dan dalilnya isu di atas. Jawapan mereka tentulah 'sedap mulut' dakyah songsang mereka yang menghalalkan cara. Kalau si Anwar Bio Seksual (setakat ini tuan punya badan tidak pun menafikan)  pun dibela mati-matian apatah lagi kalau 'tauke' mereka yang dikritik.

Kepada Melayu DAP dan ahli PAS fanatik - teruskanlah usaha memusuhi dan membunuh UMNO kerana itu sahajalah yang mereka mampu lakukan sebagai jalan pintas masuk syurga seperti yang didakyah oleh Poknik.

Saturday, March 31, 2012

Betul ke PAS Kelantan sokong Anwar..

Komen di blog pro pembangkang: Datuk Sri Anwar Ibrahim menunjukan keretanya  yg kemek dilontar dgn objek keras sewaktu dalam perjalanan ke Padang Perdana Kota Bharu untuk berceramah sempena Solat Hajat 'Putrajaya Bermula Di Sini'.

Angkara siapa ?????? tentunya angkara mereka2 yang bimbang akan kehilangan kuasa pada PRU 13 nanti.Diajak bersemuka menikus,hanya berani berselindung disebalik bayang2 yang penuh fitnah dan tindakan tidak bermoral.Amat memalukan !!!!!!!!!


Kita pun simpati, Kesiannnnnnnnnnnnnnn sungguh anwar, tak sangka di Kelantan pun dah ramai yang tak suka dia. Betul ke PAS Kelantan sokong Anwar???

Najib pun boleh jamin masuk syurga..

Seorang ahli PAS yang telah dijamin masuk syurga oleh Nik Aziz dalam peerjalanan menuju ke Syurga, sampai sahaja dipintu syurga dia dikehendaki mendaftar diri dengan menyemak buku pendaftaran samada namanya tersenarai atau tidak. Sudah hampir beberapa jam puas dibeleknya tetapi namanya tidak tercatat. Lalu dengan berani dia bertanyakan Malaikat yang ada di situ.

Malaikat yang bertugas dengan sekali semak sahaja telah memberi jawapan, sah dia tidak tersenarai.
Ahli PAS tidak berpuashati kerana dia telah dimaklumkan oleh Nik Aziz yang menjaminnya masuk syurga.

Jawab Malaikat: Kalau Nik Aziz dibolehkan menjaminnya masuk syurga jika bermusuh dengan UMNO maka Najib juga boleh menjamin perkara yang sama kepada ahli UMNO jika bermusuh dengan PAS.
Ahli PAS tersebut makin pening kepala dan muram.

Kata Malaikat lagi, awak juga tidak layak masuk Syurga sebab terjatuh kerana sedang memasang bendera kapir.

Ahli PAS????????!!!!!!!!!!!!

"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka
2 orang khawarij meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika sedang menggantung bendera PAS dan DAP.


# Soal syurga dan neraka bukanlah milik manusia wajar tidak menjanjikan sesuatu hatta orang yang menjaminnya pun belum tentu masuk syurga.



Tindakan Nik Aziz baru2 ini akhirnya mendapat respons dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyelar PAS masih tidak serik menyalahgunakan kuasa Allah dengan memberi jaminan setiap Pengundi yang memangkah PAS bakal dianugerahkan Syurga.

Beliau antara lain menjelaskan, tidak ada disebut Allah swt berkaitan janjiNya kepada mana2 hambaNya bakal dipilih ke syurga jika memilih mana2 parti politik melainkan setiap Umat Islam beriman dan bertaqwa kepada Maha Pencipta.

PAS seolah2 memberi jaminan tersebut tanpa merujuk terhadap pengundi yang bakal memilih mereka. Adakah pengundi yang tidak melaksanakan Rukun Islam itu dijamin terus ke Syurga hanya kerana mengundi PAS?

PAS tidak boleh terlalu yakin akan perjuangan syiar Islam mereka kerana bersekongkol dengan sebuah Parti yang bukan sahaja tidak menerima sebarang Sistem Perundangan Syariat Islam, malah menjadi penghalang serta penentang kuat Sistem tersebut.

 Malah PAS sanggup menerima Prinsip Perjuangan DAP yang sudah pasti tiada ruang untuk melaksanakan sistem tersebut.

Teguran Jamil Khir ini bukan memberi ruang kepada setiap Umat Islam agar tidak lagi terpengaruh dengan janji tersebut. Nik Aziz sebelum ini telah menjelaskan akan tetap mempertahankan akan terus berkempen dengan menjanjikan Syurga kepada setiap pengundi yang memangkah parti tersebut pada PRU13.

Malah lebih dari itu, beliau turut mengemaskini fatwa beliau dengan menjelaskan bahawa mengundi setiap Gabungan Pakatan Pembangkang iaitu PKR dan DAP turut dijamin beliau akan ke Syurga pada hari perhitungan di akhirat nanti. KLIK DI SINI untuk kenyataan penuh beliau.

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...