Saturday, March 31, 2012

Najib pun boleh jamin masuk syurga..

Seorang ahli PAS yang telah dijamin masuk syurga oleh Nik Aziz dalam peerjalanan menuju ke Syurga, sampai sahaja dipintu syurga dia dikehendaki mendaftar diri dengan menyemak buku pendaftaran samada namanya tersenarai atau tidak. Sudah hampir beberapa jam puas dibeleknya tetapi namanya tidak tercatat. Lalu dengan berani dia bertanyakan Malaikat yang ada di situ.

Malaikat yang bertugas dengan sekali semak sahaja telah memberi jawapan, sah dia tidak tersenarai.
Ahli PAS tidak berpuashati kerana dia telah dimaklumkan oleh Nik Aziz yang menjaminnya masuk syurga.

Jawab Malaikat: Kalau Nik Aziz dibolehkan menjaminnya masuk syurga jika bermusuh dengan UMNO maka Najib juga boleh menjamin perkara yang sama kepada ahli UMNO jika bermusuh dengan PAS.
Ahli PAS tersebut makin pening kepala dan muram.

Kata Malaikat lagi, awak juga tidak layak masuk Syurga sebab terjatuh kerana sedang memasang bendera kapir.

Ahli PAS????????!!!!!!!!!!!!

"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka
2 orang khawarij meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika sedang menggantung bendera PAS dan DAP.


# Soal syurga dan neraka bukanlah milik manusia wajar tidak menjanjikan sesuatu hatta orang yang menjaminnya pun belum tentu masuk syurga.



Tindakan Nik Aziz baru2 ini akhirnya mendapat respons dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyelar PAS masih tidak serik menyalahgunakan kuasa Allah dengan memberi jaminan setiap Pengundi yang memangkah PAS bakal dianugerahkan Syurga.

Beliau antara lain menjelaskan, tidak ada disebut Allah swt berkaitan janjiNya kepada mana2 hambaNya bakal dipilih ke syurga jika memilih mana2 parti politik melainkan setiap Umat Islam beriman dan bertaqwa kepada Maha Pencipta.

PAS seolah2 memberi jaminan tersebut tanpa merujuk terhadap pengundi yang bakal memilih mereka. Adakah pengundi yang tidak melaksanakan Rukun Islam itu dijamin terus ke Syurga hanya kerana mengundi PAS?

PAS tidak boleh terlalu yakin akan perjuangan syiar Islam mereka kerana bersekongkol dengan sebuah Parti yang bukan sahaja tidak menerima sebarang Sistem Perundangan Syariat Islam, malah menjadi penghalang serta penentang kuat Sistem tersebut.

 Malah PAS sanggup menerima Prinsip Perjuangan DAP yang sudah pasti tiada ruang untuk melaksanakan sistem tersebut.

Teguran Jamil Khir ini bukan memberi ruang kepada setiap Umat Islam agar tidak lagi terpengaruh dengan janji tersebut. Nik Aziz sebelum ini telah menjelaskan akan tetap mempertahankan akan terus berkempen dengan menjanjikan Syurga kepada setiap pengundi yang memangkah parti tersebut pada PRU13.

Malah lebih dari itu, beliau turut mengemaskini fatwa beliau dengan menjelaskan bahawa mengundi setiap Gabungan Pakatan Pembangkang iaitu PKR dan DAP turut dijamin beliau akan ke Syurga pada hari perhitungan di akhirat nanti. KLIK DI SINI untuk kenyataan penuh beliau.

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...