Friday, April 20, 2012

Nik Aziz sakit lagi !!!

Nik Aziz sakit lagi, kali ini lebih teruk dari sekadar 'letih' atau 'sakit jantung' yang perlu masuk wad rehat. Ini isu di mana sahaja termasuk dalam tidor pun dia boleh jadi mimpi negeri selagi tak selesaikan, duri dalam daging menjelang PRU.

Bukan sekadar isu orang asli tak bagi undi pada PAS di Kelantan tapi mungkin juga menolak pembangkang di seluruh negara.

Pok nik boleh 'celako' kan atau beri apa2 jawapan - tapi kalau jawapan tu tak ada noktah, inilah akhirnya sebab bukan poknik sorang je pandai, orang lain bijak jugok, 20 tahun  perintah Kelantan, cong yang sama tak laku lagi.

Nik Aziz juga kena fikir di luar serban, orang dalam juga mahu Poknik pening kepala dan akhirnya sudi melepaskan jawatan... Elok juga tu.


Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) hari ini memberi tempoh empat hari kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meminta maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menghina masyarakat Orang Asli yang berdemonstrasi di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Baharu Ahad lepas.

Pengerusi JOAS Kelantan, Azmi Badol berkata jika tidak, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Nik Aziz.
“Kami rasa terhina apabila mendapat tahu Nik Aziz menganggap kami bodoh dan tidak tahu bagaimana hendak menempah bas sendiri dan menanggung kos tempahan bas itu. Beliau juga mengatakan kami ini bukan orang Kelantan.
“Ini bukan masalah Orang Asli di negeri lain… ini masalah Orang Asli negeri Kelantan, ini adalah tentang nyawa kami,” katanya kepada sidang media di sini, Jumaat.
Beliau menafikan dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa demonstrasi yang dijalankan kira-kira 400 penduduk Orang Asli dari 26 pos penempatan dari Gua Musang Hulu Kelantan Ahad lepas bagi menuntut kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka didalangi oleh pihak luar.
“Sekiranya MB betul-betul tahu pihak mana yang menghantar kami untuk berdemo di luar pintu pagar SUK, sila beritahu kepada kami kerana kami sendiri pun tidak tahu,” katanya.
Pada Selasa, Nik Aziz berkata beliau tidak akan melayan tuntutan kumpulan berkenaan dan mendakwa tindakan itu dilakukan oleh pihak luar yang iri hati ke atas kejayaan Kelantan yang selama ini melaksanakan tuntutan seperti yang diminta.

 http://din.huluselangor.net/?p=13949

6ANGKA