Bukan sekadar isu orang asli tak bagi undi pada PAS di Kelantan tapi mungkin juga menolak pembangkang di seluruh negara.
Pok nik boleh 'celako' kan atau beri apa2 jawapan - tapi kalau jawapan tu tak ada noktah, inilah akhirnya sebab bukan poknik sorang je pandai, orang lain bijak jugok, 20 tahun perintah Kelantan, cong yang sama tak laku lagi.
Nik Aziz juga kena fikir di luar serban, orang dalam juga mahu Poknik pening kepala dan akhirnya sudi melepaskan jawatan... Elok juga tu.
 Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) 
hari ini memberi tempoh empat hari kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk 
Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meminta maaf secara terbuka dan menarik 
balik kenyataannya yang menghina masyarakat Orang Asli yang 
berdemonstrasi di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
 (SUK) di Kota Baharu Ahad lepas.
Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) 
hari ini memberi tempoh empat hari kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk 
Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meminta maaf secara terbuka dan menarik 
balik kenyataannya yang menghina masyarakat Orang Asli yang 
berdemonstrasi di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
 (SUK) di Kota Baharu Ahad lepas.
Pengerusi JOAS Kelantan, Azmi Badol berkata jika tidak, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Nik Aziz.
“Kami rasa terhina apabila mendapat tahu
 Nik Aziz menganggap kami bodoh dan tidak tahu bagaimana hendak menempah
 bas sendiri dan menanggung kos tempahan bas itu. Beliau juga mengatakan
 kami ini bukan orang Kelantan.
“Ini bukan masalah Orang Asli di negeri 
lain… ini masalah Orang Asli negeri Kelantan, ini adalah tentang nyawa 
kami,” katanya kepada sidang media di sini, Jumaat.
Beliau menafikan dakwaan Nik Abdul Aziz 
bahawa demonstrasi yang dijalankan kira-kira 400 penduduk Orang Asli 
dari 26 pos penempatan dari Gua Musang Hulu Kelantan Ahad lepas bagi 
menuntut kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka didalangi oleh 
pihak luar.
“Sekiranya MB betul-betul tahu pihak 
mana yang menghantar kami untuk berdemo di luar pintu pagar SUK, sila 
beritahu kepada kami kerana kami sendiri pun tidak tahu,” katanya.
Pada Selasa, Nik Aziz berkata beliau 
tidak akan melayan tuntutan kumpulan berkenaan dan mendakwa tindakan itu
 dilakukan oleh pihak luar yang iri hati ke atas kejayaan Kelantan yang 
selama ini melaksanakan tuntutan seperti yang diminta.
 http://din.huluselangor.net/?p=13949
 
 
 
No comments:
Post a Comment