Sunday, May 13, 2012

Anwar hanya tak ada dua perkara...

Anwar bolehlah dikategorikan sebagai manusia yang berani, gigih dan hebat, cuma 2 perkara dia gagal

1) Bercakap benar   2) Sumpah laknat..

Ada ke yang tak setuju?

apa pula anwar minta pada Najib?

Wow..Anwar memang hebat...terkejut berok DAP dan PAS !!!!
Tapi aku percaya kalau dengan paklah dia minta dah tentu dengan Najib pun dia ada minta secara langsung atau melalui kroni. Kalau ada biarlah DS Najib sendiri dedahkan...


Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor secara terbuka mengakui sanggup bersumpah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepda bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula dalam cubaan menghalang DS Najib mengambilalih kepimpinan sebagai Perdana Menteri.






Apa komen KJ? Jangan buat tak tahu pulak..


Baik punya ceritaaaa...

Saturday, May 12, 2012

Nik Aziz: 1Malaysia

Alangkah baiknya PAS bersendirian dan menjadi pembangkang contoh nenegur dan bekerjasama dengan  UMNO untuk memajukan Melayu dan Islam.

Apakah yang menjadi penghalang, perlukah menawan putrajaya dalam permainan politik yang paling kotor sedangkan mentadbir negeri melebihi 20 tahun pun belum membuktikan apa2 untuk pihak musuh dan lawan menjadi hormat dan segan.

Apalah etinya poknik dianggap ulama' yang kini tinggal nama sahaja sedangkan ilmu dan amalnya sudah mula dipersoal dan nampak rapuh dihujung telunjuk orang lain.

PAS perlu merenung jauh semula asal dan halatuju mereka, sekurang kurangnya kembali kepada asal dengan penambahbaikan dan biarlah mereka mendapat kuasa dari rakyat yang kini lebih bijak menilai.

Menganggap rakyat mudah dipengaruhi dan digula-gulakan adalah satu satu kesilapan. Jangan mana2 parti pilitk pun terfikir rakyat boleh diperbodohkan dengan sewenang2nya sekadar menabur wang atau janji2 manis.

Mungkin segelintir terpengaruh tetapi mustahil untuk memporbodohkan rakyat pada semua masa, pada semua tempat atau pada semua keadaan.

Hari ini UMNO tidak sekuat dulu tapi malangnya PAS semakin melakukan banyak kesilapan dan kegopohan yang tidak akan membawa PAS kemana-manapun.

Berapa UMNO bayar Dr Wanita itu?

Pecacai-pecacai PAS dan PKR kenapa tak siasat dan dedahkan berapa upah yang UMNO bayar kepada dr wanita itu?

Tak kan tak pandai nak mereka-reka dan seperti biasa sebarkan pembohongan demi pembohongan...

Friday, May 11, 2012

UMNO 66 - Hanya 29,761 sahaja yang hadir..catatan puak pendengki

Bekas-bekas pendemo rusuhan mempertikaikan kedangkalan otak pemimpin mereka seperti Ambiga, Anwar, Lim Guan Eng dan Nik Aziz yang tidak mengambil tawaran kerajaan untuk adakan BERSIH 3.0 di stadium.

Perhimpunan UMNO 66 dilihat bejaya di adakan secara aman dan mesej pemimpin disampaikan dengan sempurna dan jelas.

Apakah sebenarnya pemimpin pembangkang sengaja engkar arahan kerajaan dan merempuh sekatan dataran merdeka sekadar untuk melagakan penyokong mereka sendiri dengan pihak berkuasa hingga ada yang cedera dan hampir hilang nyawa.

Apakah itu yang dimaksudkan kemenangan? Kemenangan rakyat atau kemenangan peribadi mereka?

kalau 'dia' ni join PAS..UMNO pasti bungkus..gulung tikar.

Dah lunyai baru nak 'diterima' belum tentu 'sah' lagi....

Kalut gempita...

Tu belum penyanyi tahap Siti, jutaan peminat, kalau siti join PAS, mahu depa canang sampai masjid marbawi sekali lagi bawa spanduk dan banner.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Puak PAS intai..berbulu pun ada


Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Puak PAS memang boikot Utusan, memang benci UMNO, dimulut memang macam tu..tapi di hati lain pula.
Masih terjenguk, mengintai, masih nak ambik tahu, benci tapi mahu..

Kalau tanya pada anwar dan assimin mereka sebenarnya pun rindu suasana itu...

Jom tengok gambar-gambar ni, jangan malu-malu...
dah tengok memang le geram ada, berbulu pun ada, gerun pun ada, tumpang bangga pun ada... kan bagus macam tu sebab kita masih bersaudara, itu yang disebut dalam AlQuran dan hadith, tak gitu poknik !... lantaklah kalau poknik tak setuju




( cukuplah sekeping dua, layari lain2 blog yang lebih hebat liputan mereka )

Untuk makluman puak PAS, yang datang ni memanglah majoriti di angkut dengan bas dan kapalterbang dari seluruh negeri negeri termasuk sabah sarawak dan antarabangsa.

UMNO bagu duit saku, pelbagai kememudahan lain termasuk penginapan makan minum dan sebagainya.

Mereka diberi duit saku untuk datang berhimpun secara aman dan patuhi undang2, hormati fatwa.
Pasti mereka jadi ibu bapa yang bertanggungjawab, tidak pikul anak2 kecil untuk jadi perisai, paling pasti mereka tidak terajang polis atau melompat atas kereta polis dan merosakkan harta awam lain.

    

6ANGKA