Wednesday, September 5, 2012

Terima Kasih Pembangkang...

Wajar aku berterima kasih kepada pembangkang kerana semasa aku memilih untuk menyokong kerajaan sekarang, aku sebenarnya tidak pasti apakah pilihan aku itu betul

Tetapi hari ini, nyata pilihan aku tepat kerana pembangkang memang menjijikkan, penuh dengan taktik kotor semata mata untuk kepentingan peribadi dan bukannya untuk dan demi kesejahteraan rakyat agar dapat hidup dalam harmoni.

Bukan zaman Jepang sahaja ada Melayu jadi talibarut tetapi zaman sekarang pun ada Melayu sanggup jadi talibarut dengan sedikit upah...

Kerajaan dahulu dan sekarang banyak kelemahan dan kesilapan tetapi itu akan menjadi berganda kesilapan dan kesalahan kita yang lebih besar jika kita terpedaya dengan memilih pembangkang di PRU nanti - kluangman


doakan yang terbaik buat anwar, nik aziz dan pas

Pendekatan kutuk dan fitnah yang di ambil ke atas kerajaan nampaknya tidak membawa kesan yang baik kepada pembangkang malah mereka semakin terdesak, makin nyawa-nyawa ikan kerana kesilapan yang mereka ulangi dengan tindakan biadap, tidak rasional dan gagal menunaikan tanggungajwab seperti dalam manifesto PRU yang lalu.

Cuma DAP nampak terus stabil kerana mereka mempunyai sikap perkauman yang tinggi, mereka bukan anti Melayu, tetapi mereka anti orang miskin yang kebetulan majoritinya Melayu !!

Jadi untuk melihat nasib seterusnya Nik Aziz, Anwar dan PAS adalah wajar pendekatan berikut dipertimbangkan: doakan mereka jadi baik sebab sah mereka memang jahat,  doakan mereka mati cepat kalau hidup menyusahkan orang lain dan  doakan anwar atau nik aziz  jadi PM kalau mereka mahu bertaubat dan insaf  untuk tidak pecahbelahkan Melayu dan Islam.!!

Sunday, September 2, 2012

bee end terdesak sangat ni...

satu suasana provokasi sedang terancang untuk meraih simpati bagi satu kebangkitan ala spring arab setelah harapan mereka melalui pilihanraya sudah pudar !!!

siapa punya kerja ni? siapa yang bee end ?

Saturday, September 1, 2012

Bas mewah terjun gaung..pemimpin pembangkang mampuih

Kalau nak buat drama,kena jumpa anak Yusuf Haslam,biar nampak real,ganazzzz..macam KL gangster..kalau setakat simbah cat...alahai macam drama pondan tua. Takkan budget tak cukup kot...dapat billion billion dari luar negara.






Insiden simbah cat dan baling batu bas yang berlaku di Kota Bahru cuba digambarkan sebagai orang Kelantan sangat buruk laku sama perangai dengan tetamu yang datang berceramah.

Drama ini merupakan tamparan kepada nik aziz yang digambarkan tidak pandai mendidik anak Kelantan.

Apakah benar orang Kelantan berperangai tak senonoh macam tu !!!


Wednesday, August 29, 2012

Berita Malang hari Merdeka !!!


Anda tidak perlu menjadi seorang atlet dengan masa depan yang cerah untuk terlepas daripada dijatuhkan hukuman kerana kesalahan merogol. Cukup sekadar menjadi seorang yang tidak lulus sekolah dan juruelektrik, anda meminta maaf dan kemudiannya anda lepas daripada hukuman penjara. Keputusan mahkamah untuk membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan  ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik menyebabkan Facebook dan Twitter dipenuhi dengan luahan kemarahan masyarakat yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tersebut.

Hukuman ini sama dengan hukuman kontroversi untuk bekas pemain bowling kebangsaan Noor Afizal Afizan yang dikenakan ikat jamin RM25, 000 kerana mahkamah berpendapat dia mempunyai masa depan yang cerah.

Antara yang meluahkan kemarahan termasuklah beberapa personaliti. Pelakon Ida Nerina memberitahu Daily Chilli, "Apa yang para hakim lakukan adalah sangat jijik. Mengapa? Adakah juruelektrik ini juga mempunyai masa depan yang cerah? Untuk melakukan apa? Membetulkan mentol lampu?"

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz berkata ini kerana mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.

Ida agak lucu apabila istilah "muda" diambil kira dalam menjatuhkan hukuman ini. Hakim berkata, "Dia (Chuah) berusia 22! Mangsa berusia 12 tahun!. Sukar untuk menahan keinginan nafsu tetapi dia perlu tahu apa yang lebih baik. Tidak ada alasan. Saya kecewa bila membaca berita ini," kata yang pelakon berusia 48 tahun itu. Ida begitu kecewa sehingga begitu lebam bahawa dia menulis didalam Facebook nya.



MALAYSIA MEMALUKAN !! Satu lagi kes rogol bawah umur. Perogol tidak dipenjara. Apa yang terjadi pada kita? Ini sangat dahsyat! Dia (mangsa) berusia 12 tahun!! "

Pelawak dan pengacara Afdlin Shauki, 41, bapa kepada tiga anak perempuan, berkata, "Ia memberikan satu mesej yang kabur terhadap mereka yang melakukan hubungan seks dengan bawah umur. Dua keputusan mahkamah ini tidak baik dan sangat membimbangkan, terutama bagi seorang bapa kepada tiga anak perempuan ," katanya.

Afdlin berkata, "Mangsa begitu muda dan belum boleh membuat keputusan yang betul. Jadi undang-undang yang ada adalah untuk melindungi mereka daripada perlakuan seks antara orang dewasa dan bawah umur .. Jika dia (Chuah) sedih di atas apa yang dia lakukan, dia harus bersedih di dalam penjara! "

Pelawak dan pengacara Harith Iskandar, 45, yang baru sahaja menjadi bapa kepada seorang bayi lelaki Mei lalu, juga turut marah dan tidak percaya. Menurutnya bahawa undang-undang sepatutnya bertujuan untuk melindungi mangsa tetapi ia gagal untuk berbuat demikian. "Tiada apa-apa halangan. Seorang rakan saya secara sinis berkata anda boleh dikenakan hukuman yang tegas jika berkhalwat!" katanya.

Pada 20 Julai, mahkamah telah mendapati Chuah bersalah kerana merogol gadis berusia 12 tahun 10 bulan, di flatnya di Air Itam antara jam 7.00 pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan antara jam 2.25 petang hingga 2.45 petang keesokan harinya

Tuesday, August 28, 2012

Obama nak jumpa Nik Aziz - tak perlu protokol, tak perlu hantar surat temujanji..


KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya.

Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.SH

6ANGKA