Sunday, January 13, 2013

angka syok sendiri

jumlah #kl yg pastinya tidak sampai sejuta...

kalau jumlahnya 80ribu, 30% adalah remaja dan kanak-kanak.

di blog pro bn - jumlahnya dikecutkan...

di blog pro pakatan haram - digelembungkan..

apakah penting sangat kuantitinya....sedangkan kualiti...matlamat perhimpunan pun remeh dan ada yg tak tahu?


Saturday, January 12, 2013

Penangan DAP - Dari Lawyer handal jadi tikus mondok...

Tunku Abdul Aziz turut membidas sikap Karpal yang meminta beliau berhenti mengkritik DAP.
"Nampaknya Karpal terlupa, saya sudah meninggalkan parti tersebut. Antara saya dan DAP sudah tidak ada sebarang pertalian. Saya bukan lagi 'boneka' untuk menurut sebarang perintah mereka.


"Saya nasihatkan DAP untuk lebih bersikap terbuka dengan kritikan yang saya buat. Sudah semestinya saya bebas untuk mengeluarkan sebarang pendapat," ujarnya.

Dari 'lawyer' yang dikatakan handal kenapa menikus jadi 'boneka' kepada orang cina.
Itulah yang aku fahamkan dari maksud Tunku Abdul Aziz  kepada Karpal yang semakin 'tenat'? 


DAP wajar menghentikan sebarang penderaan ke atas si tua itu.

Berbeza dengan Nik Aziz yang masih diberi layanan taraf lima bintang oleh partinya dan komponen pakatan haram, Karpal tidak mendapat layanan sebegitu sebaliknya selalu disurong dan disurung ke depan apabila DAP tersepit.


Friday, January 11, 2013

#katak kalau mati pun lebih mulia..

Kawan2 aku yang segelintirnya mengalami kemurungan dan masalah rumahtangga mengambil pendekatan yang lebih untung, dari menjadi tidak beruang lebih baik jadi beruang apabila diperdaya untuk menyertai satu perhimpunan untuk mensucikan penzinaan dari seseorang yang melakukan zina tetapi tidak berani tampil ke depan untuk akui atau nafikan sebaliknya mengupah golongan jahil untuk bercakap bagi pihaknya.

Apakah benar tuduhan zina itu berlaku, bukankah salah menuduh tanpa bukti, apakah ada 4 saksi? Semua persaolan ini sebenarnya sedang disalurkan melalui undang2 untuk mengesahkan samada berlaku atau tidak. Tetapi empunya diri (tentulah penzinaan takkan berlaku sorang-sorang) sedang berusaha menafikannya di luar kotak undang2 dengan menggunakan perhimpunan jahanam !!!

Aku tidak mahu berhujah panjang dengan kawan2 aku ini, cuma sekadar mengingatkan, bermula dari niat mereka untuk pergi dan sehinggalah mereka pulang..ingatlah..jika itu satu perjalanan yang sah di sisi Islam, insyaallah mereka akan dapat pahala berganda-ganda tetapi jika itu satu yang salah di sisi Islam, mereka akan dapat bala. Bagaimana kalau dalam perjalalanan itu, pergi dan balik, mereka termati....aku rasa katak kalau mati pun lebih mulia.

Dan jika perhimpunan itu diselitkan dengan perjuangan kalimah "Allah" untuk digunapakai oleh puak musuh Islam..apapula status perjalanan, perhimpunan dan perjuangan itu? Jika nama "Allah" tidak mahu disalahguna oleh musuh Islam kenapa mereka tidak memeluk sahaja ugama Islam supaya lebih mudah menemui Allah Ya Rabbul A'alamin yang sebenar. Kalau mereka tidak berniat salahguna kenapa mereka begitu terdesak mahu menggunakannya !!!





Sunday, January 6, 2013

takkan umno terlepas kali ni... salah kira undi dan mca sokong dap.

kredibiliti partti dan pemimpin pembangkang satu demi satu, peristiwa demi peristiwa, perkara demi perkara mula terdedah dan terbongkar. terakhir dap yg dilihat bertahan dengan semua masalah rupanya begitu resah dan tertekan hingga membuat percaturan yg salah atas kesilapan kecil, isu tanpa melayu dalam jawatankuasanya cukup buat guan eng tak lena tidor hingga percaturan semula yg dijangka dapat memadam 'racialnya' kini bertambah malang dengan persepsi atau realiti yg lebih parah.

Yang diselamat dan dibawa masuk pun 'melayu' yang terus dipertikai benihnya datang dari mana?

dalam meredakan isu yg sangat terkutuk dan memalukan ini karpal sing disurong kedepan untuk menjawab, jika di dalam mahkamah pun karpal disanggah apatah lagi jawapannya di luar mahkamah' bercakap tanpa perlu dibayar. sesuatu yang menarik, jawapan karpal lebih menjurus kepada ' i dont think so...' ertinya dia pun tak berapa pasti, tak berapa tahu dan memang tak tahupun perancangan guan eng. Singh terus sing lagu guan eng.

isu ini pasti akan dialihkan segera ke suatu isu lain yg lebih hebat semata mata untuk melalaikan umno supaya sentiasa syok dan konfiden akan menang di pru13. Apapun yang berlaku pada pakatan, mca tak akan banyak untung, mca tetap akan ditolak oleh orang melayu dan cina, mca berhak ditolak kerana parti tu memang tak buat kerja, tak buat kerja bererti sokong dap.

Satu lagi isu kini ialah:

Anwar's coordinator allegedly nabbed in Pakatan's latest scandalhttp://www.rockybru.com.my/2013/01/anwars-coordinator-allegedly-nabbed-in.html


Dalam isu menjijikkan pengiraan semula undi oleh dap, adalah dinasihatkan pecacai pembangkang cubalah cari apa-apa teori untuk menyalahkan umno, selamat berjaya !!!

Saturday, January 5, 2013

selepas racial kini penipu kemudian jadi pembohong besar

anak aku tanya, kalau ada yg mengaku tak tau kira, silap kira dan masih tak tahu bagaimana kesilapan itu berlaku - aku jawab itu adalah bangang dan baghal.

anak aku tanya adakah boleh kita percaya pada org spt itu. aku jawab jangan sesekali percaya kepada penipu dan kemudian pembohong besar.

Friday, January 4, 2013

Wayang tongkoi di penang

Di PP parti yang telus mulus suci mengaku ada kesilapan dalam kiraan undi menyebabkan semua melayu tersingkir...dan atas kesilapan itu membolehkan seko melayu berada dalam jawatankuasanya. Cukup membanggakan kan!

Untuk menambahkan hebat jalan cerita, pengarah pengiraan undinya...meletak jawatan dengan 'sukarela' le kot...

Apakah pengakuan, pembetulan ini mengembalikan maruah dap sebagai tidak perkauman...hahaha mati hidup balik pun aku tak percaya.

Jangan sampai dalam cubaannya untuk dilihat tidak perkauman, secara tidak sengaja mencipta pula pembohong dan penipu paling besar !!!!!! Perkauman dan Penipu - tuduhan yg dasyat yang patut dap elakkan. Punah integriti yang selama ini pun tak berapa integriti.

agaknya berpuluh tahun dah kesilapan sebegini berulang dalam pilihanraya dap tetapi dipenyapkan? Tu pun kena siasat juga ! jangan kali ni je siasat semata-mata nak masukkan melayu.

Agaknya kalaulah dalam PRU13, tiba-tiba SPR umumkan ada kesilapan - agak2nya apa reaksi pembangkang !!! Jawapannya dah tahu sangat...

Kepada dap...tahniah atas skrip yang bagus sangat..

Tuesday, January 1, 2013

tahun baru bermaksiat

pelbagai program tahun baru anjuran kerajaan persekutuan, kerajaan negeri bn atau/dan kerajaan negeri pembangkatan jelas banyak menyusahkan pdrm dan pelbagai agensi penguatkuasaan dlm menghadapi salahguna, maksiat dan jenayah yg meningkat.

perlukah sambutan tahun baru yg langsung tidak menunjukkan tamadun manusia diteruskan di tahun2 mendatang?

6ANGKA