Tuesday, January 1, 2013

tahun baru bermaksiat

pelbagai program tahun baru anjuran kerajaan persekutuan, kerajaan negeri bn atau/dan kerajaan negeri pembangkatan jelas banyak menyusahkan pdrm dan pelbagai agensi penguatkuasaan dlm menghadapi salahguna, maksiat dan jenayah yg meningkat.

perlukah sambutan tahun baru yg langsung tidak menunjukkan tamadun manusia diteruskan di tahun2 mendatang?

3 comments:

  1. Gejala bebas social akan lebih teruk lagi jika anwar jadi pm... pm borek rakyat rintik

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. 1. Adakah kehidupan umat Islam minority AS bergelumang dengan noda dan dosa kerana tinggal dalam sebuah negara kafir? Adakah kesemua pelajar-pelajar Islam yang menimba ilmu di negara kafir menjalani kehidupan penuh kemaksiatan ketika menuntut di sana? Syiar Islam sedang giat berkembang di benua Amerika dan Eropah TANPA bantuan pemerintah2 kafirun di sana!!!

      2. Ketika bekerja dengan orang kafir di AS suatu masa dahulu, tidak pula saya terlangkah untuk minum arak, pergi ke strip club, berjudi mahupun melanggan pelacur ataupun terjerumus dalam kancah kemungkaran. Bukannya warak, berjanggut mahupun berserban. Islam saya cuma 5+6(Rukun Islam & Rukun Iman) TETAPI di dalam rumah kafirun yang saya TUMPANGI, tiada arak atau daging bXXX. Malah, tidak pernah sekalipun rakan2 kafir di sana mempelawa atau menggalakkan saya ke tempat2 yang disebutkan di atas; walaupun maksiat seumpama serta hiburan2 lain boleh saya nikmati secara percuma kerana ditugaskan ke sana.
      3. Jadi, APA MASALAHNYA kita di sini, yang tinggal di dalam sebuah negara yang 'lebih Islamnya' dari AS atau Eropah? Kita membina, membentuk dan membela ahli keluarga kita, bukannya MENTERNAK mereka. KENAPA kita begitu BACUL sehingga SENTIASA memerlukan pihak ketiga bagi menentukan supaya ahli keluarga kita berada dilandasan yang betul?

      4. Maksiat tidak memerlukan formal setup untuk berlaku. Berjudi di belakang reban ayam, tak perlu ke Genting. Sambil menonton bola bersama rakan2 di rumah pun boleh berlaku pertaruhan. Berzina dalam pondok dusun, tak perlu ke hotel. Bas ekspress berhenti sebentar semasa dalam perjalanan pun penumpangnya sempat bersetubuh haram dalam bilik air.

      Kedai yang kurang/tiada pelanggan akan tertutup dengan sendirinya. Acara yang kurang/tiada sambutan sudah tentu tidak akan diulangi. Semakin kerap kita menuding jari ke arah luar sana, semakin sukar untuk kita menyelesaikan sebarang permasalahan.

      5. Kita, sebagai ketua institusi kekeluargaan SUDAH TENTUNYA TIDAK AKAN TERLEPAS dari hukuman kerana kegagalan dan penglibatan negatif ahli-ahli keluarga kita. Kitalah, sebagai ketua dan individu paling hampir dengan ahli keluarga masing2, yang akan dipersoal terlebih dulu. Kitalah, yang gagal melaksanakan amanah. Kitalah, yang gagal memikul tanggujawab setelah mengangkat syahadah, melafazkan ijab-kabul dan sebagainya. Self-appointed responsibility; secara sukarela, bukan atas dasar paksaan atau UNDIAN, samada kita sedar mahupun tidak.
      6. SEDARLAH, musuh sebenar BUKANNYA datang dari luar. Musuh sebenarnya ADALAH diri kita sendiri, telah lama BERTAPAK DALAM diri kita. Kekurangan sebenarnya bukan terdapat di luar jendela. Kekurangan yang sebenarnya terdapat pada diri kita. Kuasa sebenarnya bukan terletak di Putrajaya. Kuasa sebenarnya terletak di tangan kita.

      MENGAPA PERLU kita rumitkan perihal hidup kita? Bukankah ganjaran BONUS kita perolehi kiranya kita dapat membentuk keluarga yang berjaya SEANDAINYA keadaan di luar sana kurang sempurna? SEANDAINYA di luar sana penuh dengan berbagai gejala dan pancaroba?

      7. Jadi, bertindaklah mulai sekarang. Lengkapkan diri. Setelah 'mengUNDI' diri sendiri sebagai pemerintah, laksanakanlah tanggungjawab dan amanah dalam mentadbir keluarga. Itulah SEIKHLAS-IKHLAS politik dan jihad.

      TIDAK PERLU menunggu PRU untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. APAHAL pulak perlu undi P_S baru hidup boleh berjaya? Kerana:
      - dikhuatiri, DIKHUATIRI pahala yang diharapkan, tetapi TETAP tersabit jua segala dosa.
      -dikhuatiri, DIKHUATIRI ketenangan, kesempurnaan hidup yang diinginkan, malangnya malapetaka huru-hara jua yang menimpa.
      - dikhuatiri, DIKHUATIRI kita mendahului ALLAH swt., terkail fitnah syirik kerana mengundi menjadi jaminan hidup ke syurga. Namun, terhumban ke neraka jahanam jua akhirnya.

      Tetapi, TIDAK DINAFIKAN, sesebuah kerajaan yang berupaya memberikan keamanan dan mengekalkan kestabilan, dapat juga membantu kita membinacapai suatu kehidupan yang lebih tenang, beryaya dan sempurna.
      Waullahua'lam.

      EVLee
      mosazah61@gmail.com

      Delete

6ANGKA