semua org tahu Anwar akan diangkat menjadi pm jika pakatan haram menang, malangnya 'syok' tersebut tersedak bila tiba2 nama ku li disebut pula lebih sesuai akibat permainan tikam belakang pas semata-mata kerana nama hadi awang tidak disebut langsung oleh geng pakatan. dari berputih mata lebih baik berputih tulang.
jika benarlah itu sikap pas, nyata sangat dikesalkan kerana yg bertungkus lumus selama ini adalah anwar dan sangat tidak senonoh jika pas tidak mengiktiraf penat lelah, tenaga dan wang ringgit yang telah anwar hulurkan dengan ikhlas untuk membebaskan malaysia dari kezaliman melampau bn.
PAS kena ingat, anwar berasal dari umno, kini dia dilihat yang terbaik, kalau pilih ku li, dia pun berasal dari umno - tapi dalam ceramah selalu kutuk pemimpin umno,bila bab jadi pm nampaknya memang dah rezeki orang umno - dalam pas tak ada siapa yang layak, dalam pkr ramai terlebih layak.
Jika pkr dan pas bertelagah terus pasal kerusi pm - apakata ambik sahaja melayu dalam dap - mampukah mereka jadi pm yang terbaik tidak perlu dirisaukan kerana Guan Eng dan Kit Siang boleh jadi pensihat mereka, terbaik dan adil.