Saturday, May 4, 2013

berita gempar dari ganu...

seorang pengundi minta spr conteng mukanya dng dakwat kekal untuk membuktikan bahawa dakwat itu boleh dipadamkan dengan cara mendiamkan diri atau sekadar minta nasihat tok garu...

# usahawan kilang spender ini dilihat bergerak ke arah balai polis...apa dia buat kat sana >> http:/dinturtle.blogspott.com

usaha terakhir - sms

setakat pukul 9pagi...aku sms 49 di seluruh malaysia terutama selangor dan 13 sms ke kelantan minta mereka pangkah bn...

aku dapat balasan 7 sms menyatakan 'takut ada gaduh-gaduh'
2 sms nyatakan 'kekalkan kelantan'
1 sms nyatakan 'mesti uuuubah'

yang lain-lain 'silent'

apa petanda tu.....

pengkhianatan di minit akhir terhadap pas...

melalui beberapa blog diberitakan karpal telah membuat pengumuman dan ketetapan awal, mendahului tarikh mengundi jika pakatan haram menang, perdana menteri haram yg pertama ialah anwar dan hadi sekadar tpm - sadis dan mengecewakan bagi seorang pejuang sejati dan mulia bercap isle seperti hadi hanya layak duduk di belakang pemimpin yg menyokong lgbt. mana majlis syura nak letak muka!!!!

maaf - aku terpaksa undi mca besok, sekurang-kurangnya aku masih berketuakan najib.

rakyat takut keluar mengundi ?!

soal keselamatan harus diutamakan mulai sekarang hingga ke tempoh masa yg sesuai...

samada ia dirancang atau secara kebetulan oleh mana2 pihak, keselamatan bukan terletak di tangan pembangkang atau bn tetapi terletak kpd pihak keselamatan, yg kena bertanggung jawab ialah menteri kdn dan kpn.

jika ada apa2 terjadi yg boleh meragut nyawa atau kecederaan dan kestabilan negara bahu yg kena pikul adalah mereka berdua, rakyat sudah bosan dengan cara mereka tangani keadaan. pdrm berada dalam tahap kesangsian akan kecekapan risikan mereka dan sejauh mana langkah pencegahan yg telah diambil, akan di ambil dan apa strategi mengekang apa jua spring.

jika rakyat takut keluar mengundi - keputusan pilihanraya kelak bukan gambaran sebenar.

apa signifikannya tetiba mukhriz diistihar...

muhyiddin umumkan tokpa jadi mb jika bn menang di kelantan sangat berketepatan dlm missi merebut kelantan - pengumuman dibuat semasa muhyiddin di kelantan dan tokpa dijangka menang mudah.

kenapa pula najib yg berada di kl tiba2 mengumumkan mukhriz sebagai mb jika bn menang di kedah?

apakah kedudukan mukhriz di dun ayer hitam agak runcing untuk menang kerana kekangan kuat pas atau ada cubaan sabotaj dalaman.

bagaimana pula bakal mb di perlis, johor, selangor, melaka dan tidak ketinggalan n9 - masih terbuka pada semua?

Friday, May 3, 2013

botak kepala mempermain dewa...

terlalu banyak info pun pening kepala
terlalu banyak video pun hujungnya mcam tak percaya
terlalu banyak ceramah pun naik menyampah
terlalu banyak fatwa pun ramai dah tak endah
tak bawa senjata, tapi tikam melayu dng perkauman, dng ugama
ulama politik ulama sesat ulama duit ulamak kuasa
roket tak sampai ke bulan, dacing pun tak seimbang
ada yg botak kepala mempersenda dewa
bala mati pun selepas guna nama dewa
rakyat disumbat pelbagai cerita...

nak undi parti mana - cari yg halal
nak pangkah siapa - pilih najib atau anwar

cukuplah dua panduan tu....selamat mengundi

rakyat pasti rindukan pembangkang...

di blog pro masing2 meramalkan parti yg mereka sokong akan berada di putrajaya pada pagi 6mei atau sekurang-kurangnya seawal 12malam 5mei - pasti ada penyokong yg sanggup berkumpul lebih awal dari itu - diharap pdrm menutup semua lialaun ke arah putrajaya kecuali penduduk tetapnya. wajar husam dibenarkan masuk kerana janjinya pada anwar untuk tolong buka pintu bilik pm.

kebiasaan yg kalah akan berwajah muram, sudah tentu diharapkan pakatan haram menang - tak sanggup rasanya aku melihat muka2 tak hensem, muka uzur, muka sakit, muka veteran politik, muka bongkak, muka komunis spt nik aziz, hadi, stopa, anwar guan eng, kit siang dalam kemurungan yg amat sangat.

biarlah pakatan menang untuk kita dapat mendengar ucapan hebat dan wajah riang mereka selepas berabad lamanya mereka nantikan untuk tumpaskan bn - berikanlah mereka sedikit rasa terhibur kerana perjuangan mereka belum selesai - selepas itu mereka akan berebut pula kerusi pangkat dan jawatan sesama mereka, diharap tidak berlaku pertindihan kerusi pm' menteri dan sebagainya yg akan diumumkan oleh presiden masing2...

banyak lagi adegan2 dan rentetan peristiwa yg akan berlaku dan belum lagi termasuk beberapa negeri yg mereka tawan. diharap perebutan itu tidaklah sampai ke tahap perang saudara kerana takut2 ada yg merajuk dan bergabung dng umno untuk membentuk kerajaan campuran....najib sedia berundur dan muhyiddin kekal di tempat sekarang.

jika pakatan menang rakyat pasti kehilangan dan kerinduan kpd demonstrasi, guling atas jalan, lompat atas kereta dan pelbagai lagi aksi monyet - takkan pakatan nak buat lagi mcm tu kalau dah bentuk kerajaan.

tanpa aksi beruk negara akan aman - itulah yg dimaksudkan oleh pembangkang - mereka mampu membawa keamanan jika pakatan menang.

6ANGKA