Aku copy paste artikel sepenuhnya suapaya tidak keciciran maksudnya.
Lim Guan Eng dengan bongkak: Saya tidak pernah bertemu lagi dengan seorang anggota
perkhidmatan awam yang sanggup menipu secara terbuka tanpa segan silu.
Aku hampir bersetuju dengan lim guan eng tapi aku nak tanya kepada siapa harus aku percaya, kepada dia atau kepada ketua pengarah ros.
Berapa kali ketua pengarah ros menipu dan bercakap bohong berbanding dengan lim guan eng sendiri !!!
Wajar lim kit siang belikan anaknya cermin diri.
BN bertanggungjawab sepenuhnya ke atas polarisasi kaum, kata Lim Guan Eng
Kenyataan akhbar
Oleh Lim Guan Eng
yang semakin membesar antara 51 peratus penyokong PR terhadap BN,
sementara salahguna kuasa oleh Pendaftar Persatuan (ROS), pihak Polis,
Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyebelahi kepentingan BN daripada
kepentingan awam.
Tindakan terbaru oleh ROS terhadap DAP yang membawa kemungkinan
penyahdaftaran DAP dan juga larangan oleh Jabatan Imigresen ke atas Ahli
Parlimen Lembah Pantai, Nuruh Izzah Anwar daripada memasuki Sabah
menunjukkan bahawa
akan memisahkan rakyat dan tidak akan membawa ke arah penyatuan malah akan memberi kesan negatif kepada perpaduan nasional.
DAP mengecam pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman atas dakwaan
palsu beliau bahawa lebih 700 perwakilan DAP telah dinafikan hak mereka
untuk mengundi di Kongres Kebangsaan Parti pada tahun lepas kerana
mereka tidak diberi notis terlebih dahulu.
Saya tidak pernah bertemu lagi dengan seorang anggota kerana ROS telah menghantar surat kepada kami untuk menuntut bukti
notis yang dihantar kepada empat cawangan DAP bagi menghadiri kongres
parti — Taman Sri Sungai Pelek di Selangor, Taman Nesa di Skudai, Johor,
serta Desa Dahlia dan Ladang Paroi di Negri Sembilan.
Jumlah perwakilan dari keempat-empat cawangan ini adalah kurang
daripada 15 orang dan bukannya lebih 700 orang perwakilan seperti yang
didakwa oleh ROS.
Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman boleh membesar-besarkan isu ini
daripada hanya 15 orang perwakilan yang dipertikaikan kepada 700 orang
perwakilan?
Jelas sekali beliau tidak layak untuk menjadi pengarah ROS kerana
Kelmarin, Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke telah
membekalkan bukti bahawa perwakilan daripada tiga daripada empat
cawangan yang dipertikaikan telah menghadiri kongres parti tersebut.
Justeru tidak timbul sama sekali persoalan mereka tidak diberi
sebarang notis tentang kongres parti ataupun dinafikan hak untuk
mengundi.
Kecaman DAP terhadap larangan Nurul Izzah memasuki Sabah tidak ada kena mengena dengan perjanjian 20 Perkara Sabah.
DAP tidak membantah perjanjian 20 perkara tetapi sebaliknya kami membantah dan yang menentang semangat perjanjian 20 perkara tersebut.
Begitu juga, kecaman DAP terhadap pasukan polis dan jabatan imigresen
adalah terhadap penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pegawai kanan yang
sanggup menjadi alat kepada BN untuk menang pilihan raya dan bukannya
terhadap seluruh anggota jabatan-jabatan tersebut.
dalam usaha memburu melalui dakwaan-dakwaan yang tidak berasas bahawa
terdapat sekumpulan askar cyber yang dikenali sebagai Red Bean Army
telah diupah oleh DAP untuk menggulingkan kerajaan melalui internet.
DAP ingin menyatakan bahawa kami tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang kewujudan Red Bean Army, lagi-lagilah apabila
dan tidak berupaya untuk mengupah atau membayar sesiapa daripada pasukan yang kononnya dikenali sebagai Red Bean Army.
Sehingga kini, pihak polis atau
Utusan tidak pernah memberitahu siapa sebenarnya ahli-ahli Red Bean Army tersebut.
Jelas, cerita fitnah tentang Red Bean Army yang ingin menggulingkan
kerajaan melalui internet adalah cubaan untuk mewujudkan ketakutan
walaupun
Mengapa
sehingga kini SPRM masih enggan menyiasat pemimpin-pemimpin BN yang
memiliki kekayaan luar biasa seperti Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib
Mahmud?
Yang paling teruk ialah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya bertindak “lebih BN daripada BN sendiri” dalam usaha
melawan PR semata-mata kerana PR menuntut pembaharuan sistem pilihan
raya bagi memastikan senarai pengundi yang bersih dan undi popular akan
mencerminkan keputusan sebenar pilihan raya.
DAP menyeru penyokong-penyokong kami untuk bertenang dan berdiri teguh melawan dakwaan palsu terbaru ROS terhadap DAP.
Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP akan mengadakan mesyuarat tergembar
[sic]
pada hari Rabu minggu depan di ibu pejabat DAP untuk membincangkan
tindakan seterusnya bagi melawan dakwaan palsu tersebut dan tentangan
kuat daripada pengarah ROS yang dilihat sebagai sedang mengorak langkah
untuk menyahdaftarkan DAP.