Monday, June 10, 2013

najib setuju pertandingan...

antara satu petanda parti-parti politik yg berpotensi untuk berkubur selepas pru13 ialah parti-parti yg melarang atau cuba lari dari pertandingan merebut jawatan tertinggi di dalam parti tersebut - alasan takut ahli parti dan parti berpecah dan lemah adalah alasan pemimpin yg takut pada bayang2 sendiri dan sipembodek pembodek yg tehutang budi kerana dipilih sebagai calon pru13 dan diberi jawatan.

2013 dan 2014 adalah tahun terbaik semua parti diberi nafas baru dng kepimpinan baru untuk terus bersedia bagi pru14. pertandingan di semua peringkat adalah perlu  sebagai ubat dan penawar untuk menguatkan parti berkenaan. kekecewaan atau sedikit perpecahan dari pihak yg kalah adalah perkara biasa dan itu tidak menjejaskan kualiti sesebuah parti.

kehaprakian umno

seperti yg dijangkakan tanpa wakil mca di kabinet yg akan sebok dan ribut ialah puak umno, siang malam asyik merayu puak mca tarik balik ketetapan tidak menyertai kabinet...desak punya desak, mca mungkin adakan egm untuk memenuhi kemuliaan puak umno ini.

hakikatnya dlm mca sendiri tak lah berapa nak sebok, cina di luar mca lagilah tak pernah kesahpun...tapi puak melayu umno punyalah ambilberat. hatta jawatan menteri pengangkutan masih dikosongkan.

begitulah hakikatnya umno yg takut diceraikan mca.
kita tunggu....apakah mca juga lebih haprak dari umno, menyondol.

berubah arah

blog ini bercadang beralih kpd yg lain, apa sahaja yg menarik selain dari isu politik.

pada peringkat awal - ekonomi atau marketing mungkin sesuai mengambilalih keterbiasaan isu politik.

sesiapa yg bercadang memaklumkan sesuatu seperti iklan atau peristiwa menarik boleh email teus ke sini >  dotmaikay@gmail.com


Sunday, June 9, 2013

Persepsi @ Realiti: Najib sudang hilang kawalan ke atas negara

apa perasaan anda apabila zaman 'beramaran' yg dipopularkan oleh menteri dalam negeri seperti sudah berakhir atau lebih tepat peranan itu diambilalih oleh pdrm.

kini trend popular 'akan' mula digunakan secara meluas dari perdana menteri sampailah ke menteri cabok, menteri baru dan timbalan2 menteri.
'akan dikaji....'
'akan dilaksana...'
'akan disiasat...'
'akan diambil tindakan sedikit masa lagi...'
....berapa banyak akan daaaa.....

selepas pru13 - politik betul2 jadi taik - kerajaan najib hilang kawalan ke atas negara - kebebasan suara betul2 jadi kebangsatan bersuara.

kita kena setuju dng semua kritikan keatas kerajaan kerana kerajaan tidak mengambil tindakan tegas sewajarnya. ia memberi gambaran kritikan itu betul dan kerajaan berada di pihak yg salah.

najib dan penjawab *awam terus berbohong kpd org melayu - najib berjanji untuk mengatasi persepsi tetapi hakikatnya persepsi sudah hampir kpd realiti.

di mana peguam negara apabila majlis peguam kayu berpendapat kebebasan bersuara boleh sampai ke tahap bangsat? adakah peguam negara hanya berminat dng kes khir toyo



ada ke lagi melayu yg berani

melayu di pkr dan pas boleh ke dikategorikan sebagai melau yg masih berani?
melayu di umno - dari pemimpin sampailah ke akar umbi - melayu berani dah pupus
melayu yg non-party-member - berani hanya tinggal dibibir

Friday, June 7, 2013

akar pun dah tak ada umbi

percayakah anda bahawa akar umbi umno akan bangun dan berjuang menentang pemimpin umno yg sudah hilang semangat perjuangan kebangsaan dan melayu?

apakah ada akar umbi pas bangun menentang pemimpin mereka yang sudah terpesong dari perjuangan isle?


Wednesday, June 5, 2013

najib tahu pengaruh mahathir sudah tipis utk mengancamnya.

perkembangan semasa menunjukkan:

1. najib akan terus kekal pm kerana mendapat sokongan dari parti2 pembangkang yg merasakan mereka akan lebih rasa selamat dan makin kuat jika najib masih berkuasa. dikuatiri penggantinya kelak mempunyai keberanian dan sokongan padu dari org melayu.

pemimpin pembang sudah mula memujuk anwar supaya terus bersabar dan tidak meneruskan tekanan kpd najib bagi memastikan pru14 menjadi kerja mudah untuk mereka menawan putrajaya jika najib kekal sebagai pm yg terus leka mengambil hati org cina.

2. pesaing terdekat yg mampu bertanding presiden umno setakat ini adalah muhyiddin yassin dan zahid hamidi belum menunjukkan tanda2 sanggup bertanding jawatan presiden.

3. adalah dijangkakan jika ada sedikit sahaja pergerakan dari muhyiddin untuk mencabar najib, zahid hamii akan diminta untuk bertanding timbalan presiden - kedudukan yg merbahaya bagi muhyiddin. zahid tentunya lebih selesa untuk bertanding jika mendapat restu najib.

4. malah dalam keadaan sekarang, muhyiddin bila2 masa boleh dicabar dan dijatuhkan berdasarkan najib telah pun memasang orang2 nya di sekeliling muhyiddin.

5. bagaimanapun najib perlu berhati-hati kerana sentimen akar umbi umno sekarang bukan sekadar tidak berminat dengannya malah sudah benci - sudah ramai yg tukar channel setiap kali najib di udara.

6. najib terselamat dari ancaman mahathir kerana mukhriz tidak mempunyai pengaruh di pusat dan sokongan group paklah diketuai kj sebagai ketua pemuda sangat kuat di belakangnya. siapa lagi org mahathir?

sharizat atau siapa sahaja penggantinya ( halimah sidique? juga dlm kawalan najib.

permainan politik najib dalam umno memang hebat tetapi jika terus kekal - umno akan terjun longkang di pru14...terpulang kpd ahli umno.

# ramai ahli umo akan jadi non-party-member selepas pau jika najib kekal.

UNTUK UMUR BAWAH 35

  J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...