Saturday, July 27, 2013

Najib PM yang hebat - ada sesiapa boleh nafikan?

Orang Melayu jangan menaruh harapan yang tinggi kepada pimpinan UMNO




Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam DAP memudahkan saya bercakap mengenai kepentingan orang Melayu yang tidak berani disuarakan oleh ahli UMNO. Jika Cina DAP tidak menyuarakan kepentingan Melayu, itu tidak jadi masaalah kepada saya selagi saya sendiri boleh melakukan nya. Apa yang diharap pada bangsa lain untuk menyuarakan kepentingan Melayu? Yang orang UMNO sibuk hendak paksa cina bercakap dan menjuarai Melayu mengapa?
Kita lah yang bertanggungjawab atas masa depan bangsa kita. Dan bila saya sebut ‘kita’ tidaklah bermakna , Melayu itu mesti Melayu dalam UMNO. Orang Melayu dalam PAS, PKR bahkan DAP pun berhak menyuarakan hal2 kepentingan bangsa Melayu.
Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang mengaku menjuarai bansga Melayu mengkhianati kepentingan bangsa mereka sendiri. Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang menggunaknan nama bangsa Melayu untuk kepentingan peribadi. Ini kita tak terima.
Najib sebagai pemimpin terrtingi UMNO memperlihatkan betapa lemah nya dia dalam menjaga kepentingan Melayu. Dalam masa pentadbiran PM yang dulu2- MIC hanya diperuntukkan satu kerusi menteri. Yang lain hanya layak jadi timbalan menteri. Sudah parti tersebut minority, tapi Najib memberi mereka tempat prominent dalam cabinet. Berapa orang India mesti dihadirkan dalam pentadbiran negara?
Mana ada wanita UMNO jadi menteri penuh? Najib meletakkan wanita dari Sarawak jadi Menteri Penuh yang tak tahu latar belakang di Semanjung. Apa sudah jadi dengan Najib?
Ada orang UMNO yang sanggup mendedahkan rasuah dikalangan pimpinan UMNO? Ada yang sanggup mendedahkan soal kemiskinan dikalangan orang Melayu? Ada orang UMNO berani mendedahkan keperitan hidup orang Melayu? Jika tak berani, ketepi- saya boleh buat demikian. Saya boleh bercakap dan bersuara untuk bangsa saya dimana orang UMNO bacul dan tak berani.
Dari segi perjuagan UMNO sudah banyak menyimpang. Pimpinan nya mementingkan diri sendiri. Asset orang Melayu seperti tanah, hartabenda, saham tidak dijaga malah dibaham oleh pimpinan UMNO. Saham RM54billion yang diperuntukkan dibawah DEB habis dijual oleh golongan elit Melayu untuk mengayakan diri mereka. Pimpinan UMNO tak pandai mengurus asset bagi pihak orang Melayu. Tanah reseb Melayu tinggal sebahagian kecil dari yang asal dan tidak di ganti. GLC banyak yang rugi walaupun dikendalikan oleh orang Melayu. GLC rugi tapi pimpinan GLC kaya raya.
PNB misalnya mahu membina menara dan bangunan yang tinggi menelan belanja berbilion Ringgit. Perlukah PNB kepada bangunan baru? kalau berbilion Ringgit itu diagihkan dalam bentuk dividend bukan kah itu lebih baik untuk orang Melayu?
Komitment dan dedikasi pada perlaksanaan dasar2 yang menguatkan orang Melayu tidak mengiringi deklarasi dan pengucapan. Pimpinan UMNO lebih mengutamakan jeritan dan pekikan slogan daripada memberi isian kepada pengucapan. Najib terutama nya, lebih menyerlah pada segi melaungkan itu dan ini, tapi laungan tersebut tidak berisi.
Menjelang Perhumpian Agung UMNO pada bulan Disember ini, pelbagai spekulasi telah dibuat. Adakah Najib akan dicabar?  Jawapan rengkas nya, ya dia akan dicabar. Pencabar nya ialah Muhyidin Yassin. Walaupin Muhyidin dilaourkan sebagai berasa letih untuk berlawan, dia tidak ada pilihan lain. Jika dia tidak mencabar, dia akan di pinggirkan sedikit demi sedikit. Bukan rahsia lagi, Najib membarisi tenaga2 untuk mengepung dan mengekang Muhyidin. Jika Muhyidin tidak berbuat sesuatu, masa depan nya akan gelap dan masa depan UMNO sebagai sumber pengharapan orang Melayu pun akan muram.
Ketika Pak Lah hanya memenangi 140 kerusi parlimen tapi undi popular nya 51%, Muhyidin mengepalai gerakan untu mengusir Pak lah. Akhirnya Pak Lah terpaksa berhenti jadi presiden UMNO dan PM. Menantu nya tinggal dalam kegelapan manakala pimpinan setara dengan KJ mendapat tempat dalam pentadbiran negara.
Jika Muhyidin tidak menggesa Najib berhenti, maka dia akan dilihat sebagai tidak konsisten. Ternayata Najib gagal dalam banyak hal. Twitter nya dan blog nya tidak akan dapat menyembunyikan kekosongan dalam diri Najib. Dia hanya lebih dari segi bentuk, tapi kurang dalam segi isi.
Dia gagal bila berjaya mendapat hanya 133 kerusi parlimen berbanding dengan Pak lah 140 kerusi. Undi popular dalam tangan Najib hanya 47% berbanding Pak Lah dengan undi popular 51%. Betul UMNO menang lebih banyak kerusi tapi kemenangan itu disebabkan gerrymandering. Kepadatan pengundi yang kurang dalam kawasan yang ditandingi oleh UMNO membenarkan Najib memenangi lebih banyak kerusi untuk UMNO. Bawah pimpinan Najib, parti MCA hanya menang 7 kerusi parlimen berbanding dengan dibawah Pak lah dimana MCA menang 15 kerusi.
Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Najib gagal menawan Selangor. Perak hanya menang tipis. Terengganu menang tipis juga. Buat pertama kali di Negeri Pahang, ada 12 ADUN pembangkang dalam dewan undangan negeri.
ETP, GTP nya lebih indah khabar dari rupa. Dari jauh kelihatan jelita, bila dekat mendukacitakan. Itu kita bincang dibahagian lain.-sakmongkol.ak47

Thursday, July 25, 2013

Sunday, July 21, 2013

UMNO perlukan Anwar - jangan malu buat pengakuan ini.

Tingkat 4 kawal paklah, siapa control najib ?Rosmah? Bukan...najib disqualified presiden umno dan pm, benar kata anwar, najib tidak popular dan najib dipilih menggantikan paklah tanpa undian.

Mahathir bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan najib memartabatkan melayu dan Islam di malaysia.

Dari sudut politik, setuju tak Najib digantikan dengan Muhyiddin? Sebelum setuju atau tidak..kita kena tengok 'sepak terajang' kedua-dua mereka ini. aku rasa kurang lebih sama sahaja, ada kelebihan dan kekurangan najib di satu2 tempat, begitu juga muhyiddin..jadi kalau tukar atau ganti..tak banyak kesan, tak banyak perubahan.

Calon yang lebih sesuai ialah zahid, tetapi hidup mati balik pun zahid takkan langgar Najib, zahid pasti lebih menang kalau dia langgar Muhyiddin ?!

Najib mesti digantikan dengan satu karaktor Mahathir atau Anwar yang mampu membawa perubahan kepada UMNO, Melayu dan Islam.

Mencari karaktor ini di kalangan UMNO, di kalangan orang Melayu memang TIDAK ADA. Dan prasayarat lain karaktor ini mesti diujudkan dalam UMNO.

Kalau karaktor ini ada dalam PAS atau PKR, karaktor ini tidak dapat berkembang kerana persekitaran tidak begitu serasi, selesa dan sama selera seperti yang ditunjukkan oleh ahli2 UMNO.

Kalau karaktor ini tidak ada dalam UMNO? Apa yang harus dilakukan...

Mahathir masih relevan untuk diangkat semula tetapi Tun sudah tidak ada cita-cita ke arah itu.

Yang ada, yang paling sesuai ialah mengembalikan Anwar ke dalam UMNO sekaligus menggantikan Najib kerana Anwar sendiri terlalu extreme untuk duduk di kerusi No 1 - seperti keris pulang ke sarung !

BELUM TERLEWAT UNTUK SELAMATKAN ANWAR > SELAMATKAN UMNO

KUALA LUMPUR: Rayuan kerajaan terhadap keputusan kes pertuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual esok, mungkin ditangguh berikutan ketua peguam bela, Karpal Singh masuk hospital.

"Kita akan buat permohonan penangguhan kerana Karpal tidak sihat. Beliau kini ada di hospital dan dijangka berada di mahkamah, dua tiga hari lagi.

"Bagaimanapun, kita belum tahu bila tarikhnya," kata Ramkarpal hari ini.

Penang Wasabi..

Saturday, July 20, 2013

Nik Aziz makin hebat - masih perkasa di bulan Ramadhan


 bab mengutuk dia nombor 1 - Maha Mengetahui ?????

“Selama 23 tahun ambo jadi menteri besar Kelantan, mereka (Umno) kata ambo tak bina masjid. Ya, Umno bina masjid tetapi mereka tidak sembahyang,”

Wednesday, July 10, 2013

Masalah CTOS belum selesai.. powerful !!!

TERIMA SATU EMAIL....

Bagi sesiapa yang ada pengalaman harap kongsikan..trima kasih.



masalah yang saya hadapi sekarang...




Awal tahun ni suami saya ada memohon pinjaman peribadi..namun pinjaman gagal sbb CTOS..pihak bank tidak memaklumkan CTOS sbb apa..suami semak di bank Negara nama clear CCRIS takde n suami terus potong kad kredit sbb mgkin sbb kad kredit(kad kredit guna hanya isi minyak je..so tak penting)..Slps tu suami mohon lagi loan di bank yg lain...

namum permohonan gagal juga lalu suami ajukan aduan pada bank negara dan bank negara mohon minta semak di CTOS...sbb CTOS bukan bwh bank negara..bila suami semak di CTOS mmg ada masalah iaitu masalah kes saman...kes saman tersebut sebenarnya telah ditarik balik oleh bank terlibat atas kerjasama peminjam,penjamin dan bank dalam penyelesaian....apabila suami mengajukan masalah tersebut kepada bank terliabat pihak bank telah menafikan menghantar maklumat kpd CTOS dan pihak bank tidak pernah berurusan dgn CTOS..lebih mengecewakan rupanya CTOS telah mengambil maklumat daripada akbar sahaja...tak pasal2 suami perlu kemaskini maklumat dgn CTOS...

namun sampai skrg bank tak boleh meluluskan sebarang pinjaman kpd suami dgn alasan suami dah ada rekod buruk di CTOS...skrg sebenarnya bg saya BANK NEGARA dah takde fungsi kerana CTOS lebih berpengaruh drp Bank Negara...Lebih baik angkat je CTOS jd Bank NEgara spy CTOS boleh suka hati ambik maklumat peribadi org dan secara tak langsung bangkrupkan org....lagi ramai org bangkrup lagi kaya CTOS....

Saya juga tak duduk diam cari Info untuk mengadu sampailah saya dapat satu Jabatan yang menyelia CTOS ni...iaitu Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit(PPAPK)PPAK ni menyelia syarikat atau agensi pelaporan kredit spt CTOS Sdn Bhd (CTOS), Financial Information Services Sdn Bhd (FIS), Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (CBM), Dun & Bradstreet (Malaysia) Sdn Bhd (D&B) dan RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI)..

Sebenarnya untuk makluman semua data2 peribadi kita akan disalurkan oleh bank kepada agensi diatas dan kerajaan membenarkan agensi diatas mengambil data2 melalui suratkhabar dan semua saluran data2 termasuk SSM...

Bila saya bertanya terus kepada pegawai PPAPK memang amat mengecewakan sbb kerana dimaklumkan agensi2 terbabit bekerja untuk Bank...jadi kalu apa2 berlaku kepada individu mereka tak ambil peduli...Mereka hanya mengatakan individu perlu menjaga status kewangan supaya tidak megalami masalah...dan lebih meyedihkan penjamin pun adalah sama taraf spt peminjan...jadi faham2la....

PPAPK juga mengatakan CTOS tidak bolek blacklist individu tetapi apayang terjadi sekarang apabila nama berada dlm sistem CTOS secara tak langsung telah diblacklist oleh Bank...

Saya juga difahamkan rekod individu tidak bole dipadamkan dlm semua sistem agensi pelaporan sampai bila2 cuma PPAPK akan menggunakan akta bhw rekod perlu dipadam selepas 2 tahun...tp akta tu tak dilaksana lagi...

Entahlah...bila sy sendiri dapat info mcm ni mmglah sedih n geram...maklumat peribadi rakyat malaysia boleh disimpan oleh syarikat2 yg hanya nak mengaut keuntungan...

Apa nak jadi...Kerajaan pun ambik mudah perkara ni...

Bank dan ctos sama2 penipu...buat aduan@panggil lawyer pun tak guna...kes akan jadi mcm x wujud



dap mengasak...umno bertahan

mampukah umno menahan asakan dap...

najib masih cool

ni siapa pulak..rosmah kotyang ni siapa pulak !!

Saturday, July 6, 2013

Senjata Mukmin

Do'a Mohon Keselamatan

Artinya: "Ya Tuhan, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zhalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu dari tipu daya orang- orang yang kafir." (Qs. Yunus: 85-86).

Penjelasan:
Doa ini dibaca oleh kelompok minoritas yang beriman kepada Nabi Musa a.s., setelah mereka menyaksikan kemukjizatannya dihadapan Fir'aun. Ketika itu, kaum Nabi Musa as yang terdiri dari pemuda-pemuda dalam keadaan takut, bahwa Fir'aun dan pemuka-pemukanya akan menyiksa mereka. Maka pada waktu itu pula Nabi Musa as memerintahkan kepada kaumnya agar tidak takut dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah Swt., seraya berdoa dengan lafazh doa diatas. Bisa dilihat dalam Surah Yunus ayat 83-86.

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...