Orang Melayu jangan menaruh harapan yang tinggi kepada pimpinan UMNO
Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang
Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam DAP
memudahkan saya bercakap mengenai kepentingan orang Melayu yang tidak berani
disuarakan oleh ahli UMNO. Jika Cina DAP tidak menyuarakan kepentingan Melayu,
itu tidak jadi masaalah kepada saya selagi saya sendiri boleh melakukan nya. Apa
yang diharap pada bangsa lain untuk menyuarakan kepentingan Melayu? Yang orang
UMNO sibuk hendak paksa cina bercakap dan menjuarai Melayu mengapa?
Kita lah yang bertanggungjawab atas masa depan bangsa kita. Dan bila
saya sebut ‘kita’ tidaklah bermakna , Melayu itu mesti Melayu dalam UMNO. Orang
Melayu dalam PAS, PKR bahkan DAP pun berhak menyuarakan hal2 kepentingan bangsa
Melayu.
Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang mengaku menjuarai
bansga Melayu mengkhianati kepentingan bangsa mereka sendiri. Yang menyedihkan
kita ialah pimpinan UMNO yang menggunaknan nama bangsa Melayu untuk kepentingan
peribadi. Ini kita tak terima.
Najib sebagai pemimpin terrtingi UMNO memperlihatkan betapa lemah
nya dia dalam menjaga kepentingan Melayu. Dalam masa pentadbiran PM yang dulu2-
MIC hanya diperuntukkan satu kerusi menteri. Yang lain hanya layak jadi
timbalan menteri. Sudah parti tersebut minority, tapi Najib memberi mereka
tempat prominent dalam cabinet. Berapa orang India mesti dihadirkan dalam
pentadbiran negara?
Mana ada wanita UMNO jadi menteri penuh? Najib meletakkan wanita
dari Sarawak jadi Menteri Penuh yang tak tahu latar belakang di Semanjung. Apa sudah
jadi dengan Najib?
Ada orang UMNO yang sanggup mendedahkan rasuah dikalangan pimpinan
UMNO? Ada yang sanggup mendedahkan soal kemiskinan dikalangan orang Melayu? Ada
orang UMNO berani mendedahkan keperitan hidup orang Melayu? Jika tak berani,
ketepi- saya boleh buat demikian. Saya boleh bercakap dan bersuara untuk bangsa
saya dimana orang UMNO bacul dan tak berani.
Dari segi perjuagan UMNO sudah banyak menyimpang. Pimpinan nya
mementingkan diri sendiri. Asset orang Melayu seperti tanah, hartabenda, saham
tidak dijaga malah dibaham oleh pimpinan UMNO. Saham RM54billion yang
diperuntukkan dibawah DEB habis dijual oleh golongan elit Melayu untuk
mengayakan diri mereka. Pimpinan UMNO tak pandai mengurus asset bagi pihak
orang Melayu. Tanah reseb Melayu tinggal sebahagian kecil dari yang asal dan
tidak di ganti. GLC banyak yang rugi walaupun dikendalikan oleh orang Melayu.
GLC rugi tapi pimpinan GLC kaya raya.
PNB misalnya mahu membina menara dan bangunan yang tinggi menelan
belanja berbilion Ringgit. Perlukah PNB kepada bangunan baru? kalau berbilion
Ringgit itu diagihkan dalam bentuk dividend bukan kah itu lebih baik untuk
orang Melayu?
Komitment dan dedikasi pada perlaksanaan dasar2 yang menguatkan
orang Melayu tidak mengiringi deklarasi dan pengucapan. Pimpinan UMNO lebih
mengutamakan jeritan dan pekikan slogan daripada memberi isian kepada
pengucapan. Najib terutama nya, lebih menyerlah pada segi melaungkan itu dan
ini, tapi laungan tersebut tidak berisi.
Menjelang Perhumpian Agung UMNO pada bulan Disember ini, pelbagai
spekulasi telah dibuat. Adakah Najib akan dicabar? Jawapan rengkas nya, ya dia akan dicabar. Pencabar
nya ialah Muhyidin Yassin. Walaupin Muhyidin dilaourkan sebagai berasa letih
untuk berlawan, dia tidak ada pilihan lain. Jika dia tidak mencabar, dia akan
di pinggirkan sedikit demi sedikit. Bukan rahsia lagi, Najib membarisi tenaga2
untuk mengepung dan mengekang Muhyidin. Jika Muhyidin tidak berbuat sesuatu,
masa depan nya akan gelap dan masa depan UMNO sebagai sumber pengharapan orang
Melayu pun akan muram.
Ketika Pak Lah hanya memenangi 140 kerusi parlimen tapi undi popular
nya 51%, Muhyidin mengepalai gerakan untu mengusir Pak lah. Akhirnya Pak Lah
terpaksa berhenti jadi presiden UMNO dan PM. Menantu nya tinggal dalam
kegelapan manakala pimpinan setara dengan KJ mendapat tempat dalam pentadbiran
negara.
Jika Muhyidin tidak menggesa Najib berhenti, maka dia akan dilihat sebagai
tidak konsisten. Ternayata Najib gagal dalam banyak hal. Twitter nya dan blog
nya tidak akan dapat menyembunyikan kekosongan dalam diri Najib. Dia hanya
lebih dari segi bentuk, tapi kurang dalam segi isi.
Dia gagal bila berjaya mendapat hanya 133 kerusi parlimen berbanding
dengan Pak lah 140 kerusi. Undi popular dalam tangan Najib hanya 47% berbanding
Pak Lah dengan undi popular 51%. Betul UMNO menang lebih banyak kerusi tapi
kemenangan itu disebabkan gerrymandering. Kepadatan pengundi yang kurang dalam
kawasan yang ditandingi oleh UMNO membenarkan Najib memenangi lebih banyak
kerusi untuk UMNO. Bawah pimpinan Najib, parti MCA hanya menang 7 kerusi
parlimen berbanding dengan dibawah Pak lah dimana MCA menang 15 kerusi.
Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Najib gagal menawan
Selangor. Perak hanya menang tipis. Terengganu menang tipis juga. Buat pertama
kali di Negeri Pahang, ada 12 ADUN pembangkang dalam dewan undangan negeri.
ETP, GTP nya lebih indah khabar dari rupa. Dari jauh kelihatan
jelita, bila dekat mendukacitakan. Itu kita bincang dibahagian lain.-sakmongkol.ak47
Terbaik. Masih adakah peminpin Melayu yang tulen dalam pemperjuangkan nasib Melayu di masa ini. Kami rakyat sudah letih dengan retorik Najid yang penakut dengan kaum B***. Terlalu mengharap undi dari kaum B*** hinggakan Melayu yang memenangkan BN tidak dipedulukan. Semua undang-undang yang menjaga keselamatn dan kehamornian rakyat terdahulu begitu mudah dihapuskan demi memangi hati kaum B***. Hasilnya Najid sendiri tertipu dan akan terus tertipu. Kami tak rela Bumi Pusaka ini akan hancur di tangan pemimpin yang pengecut ini. Bilakah akan lahir seorang lagi pemimpin Melayu seperti Ayahand TUN M.
ReplyDeleteNajib ni melayu ke?
ReplyDelete