Wednesday, August 21, 2013

Dengar apa kata barua barua ni..

.# Aku rasa kalau Hashimah masih jadi Menteri KDN - ramai lagi penjenayah yang akan terkorban, sampai ke lubang cacing dikejarnya..



TAHNIAH PDRM..

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas dakwaan pengkritik ekoran tindakan polis menembak mati lima individu di Pulau Pinang pada Isnin.

Menafikan dakwaan bahawa polis mempunyai polisi menembak untuk membunuh, beliau berkata: 

"Semasa polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, kita dikatakan berdrama.

"Bila tembak menembak berlaku di sana sini, mereka kata polis berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa. Bila penjenayah ditembak mati, mereka kata polis (bersikap) melulu dan zalim.

"Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?" katanya dalam sidang medianya hari ini.

"Kita tidak peduli orang cakap, kita ada tugas untuk laksanakan. Kita akan jalankan tugas kita dalam memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat," tambahnya.



DAN INI...

 Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata polis tidak akan takut dengan tindakan Geng 04 yang bertindak menconteng dinding Ibu Pejabat Polis sebagai ugutan terhadap pihak berkuasa terbabit.


Menurut beliau, tindakan tersebut adalah satu perbuatan "kurang ajar" oleh kumpulan samseng yang cuba mencabar pihak berkuasa didalam menangani jenayah didalam negara.

"Saya tidak fikir (grafitti) itu bertujuan mengancam. Ia hanya dilakukan oleh 'sampah masyarakat' yang tidak menghormati undang-undang. "Jika itu adalah satu cabaran, itu bukan cara untuk melakukannya.

 "Datang bertemu dengan Ketua Polis Daerah, dan kata 'Saya dari (kumpulan) 04. Jika mereka berani, marilah," kata Thaiveegan dalam satu sidang akhbar.

 Semalam, nombor 04, simbol Swastika dan RIP (rehat dengan aman) didapati disembur pada 11 lokasi lain di Banting termasuk pondok polis dan bank dipercayai dilakukan sejurus 5 penjenayah ditembak mati di P.Pinang.

Kejadian itu juga telah membawa kepada bantahan daripada ibu bapa dan rakan-rakan ahli-ahli kumpulan dan juga beberapa ahli politik DAP yang mendakwa polis bertindak "berlebih-lebihan" dalam melakukan tembakan.

Thaiveegan menasihatkan ibu bapa supaya lebih rapat dengan anak-anak mereka dan membuat laporan jika mereka mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak baik.

 "Jika saya mempunyai seorang rakan yang saya tahu melakukan perkara tidak betul, saya akan cuba untuk membantunya atau membuat laporan. Sesetengah ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan.

 "Mereka tidak tampil ke hadapan dan memberi kerjasama. Tetapi apabila konfrontasi dengan pihak polis berlaku, semua orang menjerit dan menimbulkan masalah. "Bulan lalu ramai mengadu tentang kejadian tembak dan bertanya apa yang polis lakukan.

Jadi, apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki, rakyat perlu memberikan polis sokongan.

"Kami melakukan ini untuk melindungi masyarakat," katanya. 




Mengapa Jenayah Begitu Sinonim Dengan DAP?

August 22, 2013   ·   5 Comments
gangster2
Sejak kejadian tembak menembak yang menyaksikan “taiko-taiko” geng 04 tumpas di Pulau Pinang baru-baru ini, pihak PDRM mempergiatkan operasi membanteras aktiviti-aktiviti jenayah di seluruh negara.
Sejak Sabtu lalu, dilaporkan beratus-ratus suspek telah ditahan pihak berkuasa di dalam operasi-operasi yang telah dijalankan secara bersepadu di setiap negeri, termasuk yang terlibat dengan jenayah dan pelbagai kesalahan lain.
Nampaknya pihak PDRM benar-benar serius. Ops Cantas dilaksanakan demi mengurangkan kadar jenayah sejak fenomena tembak menembak berlaku di negara kita hampir setiap hari.
Sekonyong-konyong itu, puak pembangkang cuba “menangguk di air yang keruh”. Kononnya Malaysia tidak lagi selamat. Johor dicop Guan Eng sebagai negeri penjenayah. Macamlah Pulau Pinang itu “suci sesuci”nya…
DAP-Gangster
Lima orang penjenayah ditembak mati, dan DAP menawarkan diri menjadi pembela mendiang-mendiang penjenayah itu. Rayer kata, mereka bukan penjenayah atau “gangster”, padahal di kereta mayat pun tertera angka “04”! Apa tandanya?
Pada hemat saya, Ops Cantas yang dilaksanakan pihak PDRM akan dikritik puak pembangkang tidak lama lagi. Maklumlah, mungkin mereka risau “konco-konco” yang menaja mereka sudah tidak bebas lagi berkeliaran mencari mangsa dan berbuat sesuka hati…
Bila kegiatan kongsi gelap diganggu, sudah tentu kurang “masyuk” dan “taiko-taiko” mereka susah dari makan. Perkara itu akan menyebabkan dana tajaan yang masuk ke poket pihak tertentu berkurangan, bukan?
Sebenarnya, saya belum pernah jumpa lagi ahli politik di negara lain yang membela penjenayah secara terbuka seperti DAP. Mereka betul-betul “hebat” kerana mampu menunjukkan “warna sebenar” mereka dikhalayak umum.
Namun saya bangga, Ketua Polis Negara bukanlah seorang yang pengecut dalam tindakannya menjaga keamanan dan keselamatan negara. Tan Sri Khalid Abu Bakar tegas memerangi penjenayah dan tidak akan membenarkan mereka berbuat sesuka hati di Malaysia.
Dulu, Wee Choo Keong pernah mengaitkan pemimpin DAP mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan “gangsterisme” dan kegiatan kongsi gelap. Malah kes kematian Teoh Beng Hock hampir menemukan pihak berkuasa dengan kegiatan haram di dalam parti “chauvinis ultra kiasu” itu.
7010fc449022ad66720c085187980aa4
Namun mungkin dia diugut dan keselamatannya terancam, mulutnya bagaikan terkunci rapat. Entah bila dia akan berani membuka mulutnya semula. Tapi beranikah dia?
Justeru itu, saya menyarankan agar pihak PDRM menjalankan siasatan secara terperinci terhadap DAP dan hubung kait parti itu dengan kegiatan kongsi gelap di negara kita. Bukanlah sengaja mahu menganiaya, tapi banyak sangat desas-desus mengaitkan parti itu dengan kegiatan kongsi gelap!
Bukan apa, saya tidak mahu sebuah parti politik yang kononnya menjaja diri sebagai “bersih” dan “telus” di depan rakyat, tapi padahal penuh dengan segala “keharam jadahan” tahap melampau sehingga merosakkan keamanan dan keselamatan negara.
Sekiranya siasatan pihak PDRM terhadap DAP itu mendapati parti tersebut punya kaitan dengan kegiatan jenayah, maka dengan bukti yang ada, ambil saja tindakan sewajarnya. Usah gentar dengan ugutan politik ganas mereka. Saya yakin, majoriti rakyat teguh bersama PDRM…


UMNO Sdn.Bhd.- Endless Possibilities

Kata Menteri yang bernama KJ itu, Menteri bernama Nazri itu begitu terserlah kepahlawanannya ekoran kehebatannya menentang puak Pakatan Haram "bersendirian" di Parlimen. Lalu Menteri KJ itu mencabar... "hang boleh buat lagu tu?!"



Mengikut lapuran "Local daily The Star reported that Shahrizat will likely be appointed the prime minister’s special adviser on women affairs. The yet-to-be announced appointment will also confer Shahrizat full ministerial status and powers, allowing her the avenue to return to the corridors of power.






Ada satu lagi kekosongan:



Masih Bolehkah Najib dipercayai





Sogokan terbaru

Selepas gagal 1Malaysia - Najib beralih kepada ...Endless Possibilities
"Menyelesaikan Masalah Tanpa Penghujung" - kemungkinan tidak berkesudahan

Bolehkah Najib dipercayai..


"Endless Possibilities " Kempen Putrajaya akan melengkapi dan tidak menggantikan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini.
Memanggil baru "kempen pelengkap", Najib berkata, kempen yang terbaru adalah sebahagian daripada rancangan penjenamaan negara.
"Ini akan dipromosikan oleh Malaysia," Najib menjawab soalan yang ditanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya jabatan itu di Putrajaya hari ini

Monday, August 19, 2013

Lee Kuan Yew - tolong komen ???

Singaporean Leads Cops On 20km Car Chase After Failed Bribe Attempt19/8/2013
 
>
Johor Bahru: A Singaporean businessman led police on a 20 km car chase when he tried to flee after failing to bribe them last Sunday.

In the 11.30 pm incident, the 50-year old suspect, driving a Mercedes Benz, was headed to Singapore when he tried to cut the vehicle queue at the Bangunan Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine complex (CIQ), obstructing other vehicles in the process.

Two police traffic officers on duty at the CIQ complex then tried to take him to the nearest police station.

However, the man then got agitated and refused to cooperate, and offered a RM550 bribe to Lance Corporal Awang Mohd Massahdi Awang Abunawas and Lance Corporal Mashri Sedek.

"We were waiting for assistance before sending him to the nearby Central police station, but the suspect decided to speed off in his car,’’ said Awang Mohd.

The 20-minute pursuit took them all the way to Taman Sri Putri in Skudai, about 20km away.

Awang Mohd Massahdi, 33, and Mashri, 34, related the incident this when met after receiving their certificates of commendation from Johor police chief Senior Deputy Comm Datuk Mohd Mokhar Mohd Shariff at the State Police Contingent Headquarters on Tuesday.

Awang Mohd and Mashri said they been working with the police traffic unit for 11 and 15 years respectively.

"This is the first time someone tried to bribe us," said Mashri. The suspect has been remanded for four days from August 11 to 14, and the case is being investigated under Section 186/214 of the Penal Code, where he faces a two-year jail sentence if found guilty.

najib perlu tutup mulut pengkritiknya dng endorsement berganda

penting ke najib lepaskan jawatan atau berundur sebagai pm atau presiden umno? selesaikah permasalahan yg terbuku? setakat mana penggantinya mampu?

sudah tentu tiada siapapun mampu memberi kepastian tetapi sebenarnya ahli umno hanya setakat mahu pertandingan di adakan pada semua jawatan, secara terbuka ia tidak harus dihalang dng pelbagai alasan terutamanya ditakutkan dengan 'perpecahan' sedangkan perpecahan di dalam umno berlaku bukan atas faktor itu sahaja. cantas, pilih bulu banyak menyumbang kpd perpecahan, dendam, protes, tikam belakang yg berterusan.

jika pertandingan digalakkan sehingga menjadi lazim dan bebas, ramai calon akan menawarkan diri dan ini memberi peluang kpd perwakilan untuk menilai dan memilih calon yg benar2 berkebolehan dan bukannya calon yg diendorse atau disogok oleh presiden.

bagi calon pula, kalau benar2 mereka layak dan berkebolehan kenapa harus gentar dan yg dah rasa diri sudah dimakan anai2 eloklah berundur supaya umno mempunyai pelapis yg boleh terus di asah. umno tidak akan berjaya sekadar ada seorang presiden yg hebat jika tidak mempunyai 'team' yg boleh menyokong dengan pendekatan dan idea baru.

siapapun yg ingin menawarkan diri, otai atau pelapis - hormatilah. biarlah demokrasi subur. jika najib terpilih semula - itu endorsement berganda selepas menang pru13.

Sunday, August 18, 2013

MCA harus terima perlantikan kabinet - Tapau

TAPAU...





Kegilaan orang politik... persamaan dan tahap

"I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me" 




Model terkenal China, Zhang Xiaoyu melancarkan alat permainan seks yang didakwanya mengikut ‘BENTUK’ alat kelaminnya sendiri!
Alat itu kononnya direka mengikut ‘ukuran’ yang mampu memuaskan nafsu mereka yang selama ini menyimpan keinginan untuk berasmara dengan model terkenal ini.
Bagaimanapun ‘skalanya’ direka agak kecil dari asal bagi memudahkan ia disimpan dan dibawa ke mana-mana.
Pengeluar alat permainan seks ini mendakwa produk mereka merupakan ‘satu-satunya di dunia’ yang menawarkan ‘pengalaman keghairahan empat dimensi 4D’ kepada setiap pembeli.
Mereka yang membeli alat ini akan turut dibekalkan pelincir dan gambar bogel Xiaoyu sebagai ‘aksesori tambahan’.
Sebenarnya banyak lagi kalau hendak ditulis mengenai alat ini termasuk cara penggunaannya tetapi cukuplah setakat ini.
http://kartikel.com/news/95500/gila-model-terkenal-lancar-alat-permainan-seks-ikut-bentuk-kelaminnya-sendiri

6ANGKA