penting ke najib lepaskan jawatan atau berundur sebagai pm atau presiden umno? selesaikah permasalahan yg terbuku? setakat mana penggantinya mampu?
sudah tentu tiada siapapun mampu memberi kepastian tetapi sebenarnya ahli umno hanya setakat mahu pertandingan di adakan pada semua jawatan, secara terbuka ia tidak harus dihalang dng pelbagai alasan terutamanya ditakutkan dengan 'perpecahan' sedangkan perpecahan di dalam umno berlaku bukan atas faktor itu sahaja. cantas, pilih bulu banyak menyumbang kpd perpecahan, dendam, protes, tikam belakang yg berterusan.
jika pertandingan digalakkan sehingga menjadi lazim dan bebas, ramai calon akan menawarkan diri dan ini memberi peluang kpd perwakilan untuk menilai dan memilih calon yg benar2 berkebolehan dan bukannya calon yg diendorse atau disogok oleh presiden.
bagi calon pula, kalau benar2 mereka layak dan berkebolehan kenapa harus gentar dan yg dah rasa diri sudah dimakan anai2 eloklah berundur supaya umno mempunyai pelapis yg boleh terus di asah. umno tidak akan berjaya sekadar ada seorang presiden yg hebat jika tidak mempunyai 'team' yg boleh menyokong dengan pendekatan dan idea baru.
siapapun yg ingin menawarkan diri, otai atau pelapis - hormatilah. biarlah demokrasi subur. jika najib terpilih semula - itu endorsement berganda selepas menang pru13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi. ...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
 
 
 
No comments:
Post a Comment